TAK SALAHKAN.....! ! !

Salam semua...

Malam ni aku nak release tension di tempat kerja aku pada blog aku ni....tak salah kan..Hari ini adalah hari yang lebih meletihkan dari semalam.Apa tidaknya,selain  kena handle semua  urusan kerja aku,spare parts,penerimaaan barang dan melayan kerenah pelanggan aku terpaksa pulak layan  kerenah pekerja asing yang lebih banyak bertanya dari membuat kerja.Bila diajar tak juga paham paham..........huhhhh tension aku.Sebenarnya  partner satu line ngan aku balik kampong, seminggu bercuti atas urusan keluarga,ntah ye ntah idak ,tu yang aku kelam kabut dan yang aku angin ni time banyak barang nilah dia nak balik kampong.Bos aku ni pun satu,tak paham paham,bila kerja sangkut pandai pulak komplen.......arggggggh.

Nak lagi tension......ha ni nak dijadikan cerita,malam tadi ada satu apek ni macam saje saje je datang time orang nak balik.Waktu tu  dah nak masuk pukul lapan malam dan aku dah standby nak balik,dah cuci tangan dan tunggu punchcard je,tiba tiba tercongol muka dia minta tolong tengok kan dia punya cylinderhead hyundai  apa masalahnya."wa sendiri kasi adjust ha...time pasang dia tak mau idup...apahal ha".........Dalam senyum terpaksa,aku layanlah juga apek ni walaupun dalam hati ni menyumpah,"hawau betul %;?2@ ni,dah tak boleh baru nak bagi orang buat,time orang nak balik ni la ko datang....macam la besok dah tak de siang.."aku rasa nak tukul je kepala apek ni.........gerammmmm.






Dan dalam senyum tak serupa senyum,besok pagi aku kene jugalah layan apek punya barang ni....tak termasuk barang lain lagi.......letih dan semakin letihlah aku minggu ni.Maaf...pada sesiapa yang datang melawat blog aku asyik melihat entry yang sama je........aku letih  dan sibok betul minggu ni.......ok cau cincau......!!!!


KAMBING OH KAMBING

Salam sejahtera semua...









 Kebiasaannya yang kita pernah nampak kambing mendapatkan makanannya diatas tanah,tapi kambing kambing dinegara Maghribi ini mendapatkan makanan mereka diatas pokok pulak.Mungkin agak pelik bagi kita tapi ia adalah pemandangan biasa bagi kaum asli Tamri disana.Menurut mereka, telah menjadi kebiasaan bagi  kambing kambing ini dalam bab panjat memanjat untuk memakan daun daun  diatas pokok .Bagi kaum asli Tamri ,mereka lebih suka jika kambing kambing ini mencari makanan diatas pokok kerana najis kambing kambing ini lebih bersih jika dibandingkan dengan kambing kambing yang makan diatas tanah.

Korang nak tahu ......najis najis kambing ini akan dikutip dan diproses melalui proses kisaran untuk dijadikan minyak untuk memasak dan disamping itu ia juga digunakan untuk menghasilkan Kosmetik...tapi kosmetik brand apa aku tak tahulah.Nasiblah aku tak pakai kosmetik....he.he.he.

TINGGAL KENANGAN





Inilah gambar rumah semasa aku kecik kecik dulu,aku gunakan perisian adobe photoshop untuk menghasilkan lukisan ini.Makan hari juga aku nak siapkan sambil sambil mengingati setiap kedudukan tiang tiang rumah ni.Seingat aku dah 3 atau 4 kali jugalah aku buat.....padam buat ......,padam  dan akhirnya......

Dirumah inilah aku dibesarkan bersama adek beradek ku sehinggalah aku berumur 19 tahun  ia telah dirobohkan kerana seingat aku aruah datok aku menyuruh kami berpindah kerumah dia kerana diorang tinggal berdua je.

Sampai sekarang aku maseh segar dalam ingatan aku setiap sudut rumah lama ini....dimana aku sering bergusti dengan adek adek aku diruang anjung selepas balik sekolah.....maklumlah masa tu rancangan gusti tengah top.Pantang kalau kami berkumpul dianjung,pasti aktiviti gusti jadi menu utama kami.Boleh katakan hari hari kami bergusti dan pastinya hari hari jugaklah mak aku sakit tekak .

Tapi sekarang semua tu dah tak ada lagi,tapak rumah ni pun aku dah lupa kedudukan sebenar kat mana,apa taknya.......... dah penuh dengan semak samun dan kelapa sawit.
Hanya dalam gambar sajalah yang dapat aku abadikan sebagi kenang kenangan.....

Buat masa sekarang aku maseh dalam proses menyiapkan lagi satu lakaran rumah lama aku .Kalau sebelum ni aku gunakan Adobe photoshop,kali ini aku nak cuba guna perisian Solidworks dan kalau siap nanti rumah lama aku dalam bentuk 3D lah.he..heeee.











KEJUTAN RAYA

Salam blogger semua

Suasana raya dah semakin pudar ,kuih muih dah semakin kurang,poket semakin kering.Akan tetapi yang penting semangat raya tu maseh ada dan maseh ada kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya bila bertemu dengan kawan kawan atau keluarga yang kita tidak sempat  berjumpa atau bertandang kerumahnya.Inilah yang berlaku pada aku .Ketika sedang bersantai bersama keluarga dirumah , tengah bulan lah katakan ,aku terima meseg dari keluarga aku pulak...."Kami nak datang beraya,".

Baru betul,mengelabah aku,....padan muka .Dalam kepala dah bersimpang siur, apa nak disediakan ,kuih raya dah tinggal dua tiga balang je,bila buka peti ais ,malu nak cakap,paham paham dah la ye........bila seluk poket .....hu..hu.hu.Akhirnya tabung anak aku jadi mangsa.......he..he..he "pinjam dulu nanti abah ganti".Nasib baik anak aku faham.Mehun goreng...itu je menu yang kami sempat sediakan,itupun kerana mereka dah sampai ketika program masak memasak sedang keudara.





                                                   

Alhamdulillah....akhirnya majlis berjalan lancar walaupun sekadar menjamah mehun goreng sahaja.Itu je yang sempat,nak buat camna.........Sebelum pulang kami sempat mengabadikan kenangan melalui gambar diatas...itu baru sebahagian je yang sempat possing,yang lain dah cabut dulu.Tahun depan aku kena standby lebih sikit ,almaklumlah keluarga semakin bertambah,anak anak lot semakin ramai,aku je yang maseh macam ni.....he.he.he.

SENYUMLAH....

Senyumlah kerana senyuman itu penawar..





Memandu untuk pulang kerumah atau kemana saja tentu meletihkan terutama bila pulang dari tempat kerja dengan mengharungi berbagai kerenah  asam garam dijalan raya.Seperti lampu isyarat yang rasanya   macam tau tau je kita nak sampai dia tukar warna merah pulak.Itu tak termasuk yang lampu isyarat  yang mempunyai satu warna je,oren hitam dan hitam dan kadang hitam semua.Maka semakin banyaklah sumpahan yang kita ucapkan walaupun kita sorang sorang dalam kereta.Mungkin  pemandu lain yang melihat  kita sedang terkumat kamit sorang sorang menyangka kita sedang berzikir.....Alim orang tu......walhal dalam kereta tu panas dipenuhi dengan sumpahan.





Tapi yang peliknya walau banyak mana sumpahan kita tadi,ia akan cair bila terpandang atau memandang seseorang yang sudi melemparkan senyuman manis lebih lebih lagi kalau yang empunya senyuman seorang perempuan......adusss.Secara tak sengaja kita pun akan membalas juga senyumannya walau tak tahu apa maksud senyumannya itu....ahhh..tak kisahlah janji dia sudi melemparkan senyuman.Tapi jangan pulak lebih lebih,nanti kena lempar kasut pulak........baru padan.



Akhirnya.....aku ingin bertanya,apabila perasaan kita dah reda dek senyuman manis percuma tadi,adakah ia akan tetap maintain apabila terpandang pula wajah wajah yang tidak mempunyai senyuman walaupun kita asyik jeling jeling untuk lemparkan senyuman padanya,tapi dia buat tak tau je.......control lah kononnya.Tapi perlu beringat juga,tak boleh  lebih lebih bagi jelingan,nanti kita lagi yang kena.
Rasanya kalau pemandu pemandu Malaysia ni mengamalkan sikap suka memberi senyuman walau dalam kepanasan,agaknya prestasi ditempat kerja atau dirumah akan lebih ceria ,itupun bergantung pada diri korang sendiri....susahlah kalau yang jenis........ angau atau perasan lebih.






TIDAK MINTA JADI BEGINI



Antara yang memberi dan menerima,

Katakanlah hai (Muhammad)kepada hamba hamba ku yang telah beriman,"Hendaklah mereka mengerjakan solat dan menginfakkan sebahagian dari rezeki mereka yang kami berikan secara sembuyi atau terang terangan sebelum datangnya hari ketika tidak ada lagi jual beli dan persahabatan .









Korang semua mesti biasa atau terbiasa melihat situasi situasi diatas.Ia berada dimana mana ,dikota kota besar dan didesa tidak sunyi dari pemandangan seperti ini.Siapakah sebenarnya mereka ini pada pandangan korang.Siapakah mereka pada pandangan naluri peribadi korang.Adakah mereka mereka ini insan terpinggir,atau dipinggirkan.Siapakah yang meminggirkan mereka......?


Sungguh sungguh aku katakan,mereka tidak meminta menjadi begini,bahkan mereka tidak ingin jadi begini.Akan tetapi mengapa mereka menjadi begini.Adakah kerana nasib.....,itu jawapan bagi mereka yang bongkak dengan perasaan.Adakah kerana takdir?...itu kata kata bagi mereka yang simpati sekadar didalam hati.Jawapan jawapan yang beginilah yang menyebabkan mereka tetap  dengan kehidupan mereka, terpinggir atau dipinggirkan disudut dunia yang semakin sempit dengan sifat sifat kemanusiaan.








Kebiasaanya kita akan melenting tiga empat kali andainya kita mendengar atau terdengar orang    ber sok ..sek... sok... sek tentang diri kita.Masa itu akan timbul perasaan yang berkobar kobar ingin mengetahui apa yang diaorang mengata tentang diri kita ,adakah hinaan atau pujian?....kalau hinaan,siaplah kau....kalau pujian..... ,pujilah lagi..pujilah lagi ha..ha.ha.Memang itulah sifat sifat azali kita .Akan tetapi bagi insan insan malang ini,mereka sedar mereka terpaksa membunuh sifat sifat kemanusian  mereka demi mengharapkan sedikit belas ikhsan dari kita demi menampung hayat sementara maseh ada insan yang sudi memberi simpati.....Maseh adakah insan yang berhati mulia,memberi dengan keikhlasan, bukan untuk tontonan,membantu dengan keikhlasan,bukan mengharap balasan.Maseh adakah.......... 


Hayati senikata lagu ini


Senyumku tak seghairah,   
Grak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu...


Namunku punya hati,
Juga gayaku,perasaan,
Hidupku yang begini,
Kadar waktu diizin tuhan.


Tidak ku minta lahir kedunia,
Tidak ku duga cact begini,'Bukan ku pinta kaseh dan manja,
Bukan kurayu bantu simpati.


Maafkan wahai teman,
Kumenumpang disudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua...











MUHASABAH DIRI


Malam tadi aku sempat datang menziarah ke salah satu blog SEBUAH KEHIDUPAN yang aku sendiri tidak sengaja nak kesana.Dah di takdirkan agaknya.Blog ini banyak mengandungi entry entry yang banyak berunsurkan sejarah sejarah islam.Untuk pengetahuan korang,blog ini adalah kepunyaan blogger ZharifaLimin.Semasa aku dok belek belek dari satu entry ke satu entry tiba tiba akau tersangkut pada satu entry yang bertajuk :SEBAB QURAN DIKATAKAN MUKJIZAT TERBESAR DAN SEPANJANG MASA.Didalam entry ini terdapat satu perenggan yang membuat aku terkedu sekejap bila membacanya.Sukar untuk aku tafsirkan perasaan aku ketika itu,cuma yang terdetik dalam hati aku ialah aku bangga menjadi umat nabi Muhammad s.a.w.

Korang cuba baca apa yang aku copy dan paste dari blog dia untuk kita kongsikan bersama,kemudian kita muhasabah diri kita sendiri dengan berpandukan sabda baginda Muhammad rasulullah s.a.w.Insyaallah.Sekiranya korang nak jejaki blog ini silalah ke:






Rasulullah Muhammad SAW bersabda: 

Wahai Abu Bakar, apa yang menghalangimu untuk percaya padaku sedangkan wahyu masih turun dan aku masih berada ditengah-tengah kamu sementara kamu semua menyaksikan sendiri mukjizat-mukjizat yang diberikan kepadaku? Tetapi di akhir zaman, ada segolongan ummatku yang mereka sama sekali tidak pernah melihatku, mereka tidak pernah hidup disampingku dan mereka hanya mendengar cerita tentangku tetapi mereka percaya kepadaku, merindukanku, mencintai Allah, mencintaiku, beriman pada Allah dan beriman pada kerasulanku. Iman merekalah yang lebih tinggi dibandingkan dengan kamu semua".


amin

TAWARAN DARI COCA COLA

Salam semua....

Hari ini aku menerima satu meseg yang mungkin betul dan mungkin tidak dari sesorang .Tapi dalam hati aku lebih berat mengatakan ianya mungkin satu perangkap,dan aku pun tak ambik kisah sangat benda benda macam itu sebab sebelum ni aku pun pernah dengar tentang meseg meseg serupa ini.Cuma bezanya kali ini yang aku pelik mengapa mamat ni berani menggunakan nama jenama minuman terkenal COCA COLA sebagai platformnya.Adakah disebabkan blog aku terdapat satu entry yang berkaitan dengan COCA COLA, maka meseg ini dihantarkan kepada aku ?..Ah...lantak dialah,tapi dalam kepala tu berangan juga kalau dapat rm 30,000 time time kering macam ni berbaloi jugakan....hu.hu.hu.Siapa tak nak duit ooiii....



Andainya anda mendapat meseg seperti ini adakah anda seperti saya juga....

STESEN TV ALHIJRAH

Salam 

Dengan penubuhan satu lagi stesen tv yang dikenali sebagai TV ALHIJRAH ,diharapkan akan lebih memeriahkan lagi industri bidang penyiaran disamping dapat memberi persaingan yang sihat antara beberapa stesen tv yang lain dinegara kita.Cuba korang  tonton canel ni ,apa pendapat korang semua.Untuk frekuensi TV ALHIJRAH ni korang boleh tengok pada bahagian bawah blog ini.

Latar Belakang TV AlHijrah

TV AlHijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai  platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Tujuan Penubuhan TV AlHijrah
  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan islam.




Semuga kita sebagai umat islam mendapat manfaat dari apa yang bakal kita tonton.



PORT PORTING HEAD

Salam semua....

Lepas beraya sakan ,kini aku kena pulak bekerja sakan menyiapkan kerja kerja yang tertunda selama seminggu.Kerjanya tak sesusah mana pun, cuma ia makan masa sikit untuk menyiapkanya.Sebelum raya tempohari ada seorang pelanggan yang datang untuk membuat port porting pada cylinderheadnya.Menurutnya kereta tu tak ada masalah apapun,cuma ada salah satu water jaketnya yang telah bocor akibat karat,alang alang buat top overhaul terus dia nak buat sedikit modifications headnya agar lebig power.Mercedes  230,itulah cylinderhead yang aku kena siapkan dalam minggu ni.

                                                                   









Untuk pengetahuan anda untuk membuat port porting ni memaksan masa dalam 3 ke 4 hari untuk menghasilkan result yang memuaskan.Beberapa langkah perlu dilakukan seperti mendapatkan ukuran untuk diameter o/d,kemudian membuang bahagian bahagian kasar yang menghalang perjalanan minyak atau angin dengan menggunakan special tool.Proses ini perlu dilakukan secara berhati hati kerana sekiranya terlebih gosok ia akan meyebabkan sesetengah tempat akan akan menjadi nipis dan keretakkan akan mudah berlaku.Akhir sekali setelah siap proses sebelumnya,proses melicinkan dan mengilatkan akan dilakukan dan pada bab inilah yang paling rumit.Selepasselesai barulah proses baik pulih dilakukan.

YANG MANA SATU


Salam...

Pada korang yang tengoh sibok dan tengah planing nak cari atau tukar handphone  baru tapi maseh tak tahu nak cari model apa ,cuba korang lawati link ini http://www.gsmarena.com/.Di laman ini banyak terdapat pelbagai jenama dan pelbagai jenis model handphone,lengkap dengan full phone specifications.Jadi tak perlulah korang bertanya tanya atau tertanya tanya apa kelebihan dan kekurangan jenis handphone yang korang minat tu.Ok..selamat bershopping  dan jangan rambang mata plak......















TUKAR KULIT LAGI

Salam dan selamat hari raya semua...

Sebenarnya entry ni hanya sekadar ingin memaklumkan mengenai pertukaran kulit blog aku.Seperti yang korang sedia maklum,pada yang pernah datang berziarah kat blog ni tentu perasan tentang perubahan ini.
Jadi aku minta maaf lah ye sekiranya sedikit sebanyak memeranjatkan korang yang bertandang kesini.Maklumlah aku ni jenis cepat jemu bila melihat benda yang sama je...tapi tak semua tau.!.Kulit baru ni aku dah banyak ubah suai,buang sana,tambah sini,usik sana ,usik sini,dan akhirnya macam ni lah rupanya muka blog aku...he.he.he







TAPAI PULUT HIJAU



Salam sejahtera dan selamat hari raya semua....

Amacam raya korang semua ,harap raya tahun ni korang semua happy selalu ye....Ini entry aku yang pertama selepas cuti panjang dan kepala aku pun dah rasa clear sekarang,lebih lebih lepas rehat panjang dikampong bini aku di Binjai patah,tentu korang tertanya tanya kat mana Binjai patah ni.Ia terletak antara Sg.Besar dengan Tg.Malim.Klau tak tau juga carilah kat Google maps.Tahun ini giliran aku pula beraya dirumah isteri aku,apa nak buat......

Beraya disana tak jauh beza dengan tempat lain cuma suasana disana lebih meriah lebih lebih lagi apabila waktu malam,memang sunyi, tak dengar apa kecuali bunyi mercun dan meriam batang kelapa.Buluh buluh dah tak main .....ketinggalan zaman kata dia orang.Bunyi jangan ceritalah...bila ...BOOOOM...rasa nak gugur jantung,

Pagi raya selepas selesai sembahyang sunat raya,aku ikut Ba'arak (berarak) dari rumah kerumah.Untuk pengetahuan korang kampong ni kebanyakkannya berketurunan banjar dan jawa,jadi macam macam jenis makanan yang masuk dalam perut aku ni.Tapi ada satu makanan yang agak pelik ,bagi akulah... korang mesti tau tapai pulutkan.Kebiasaanya tapai pulut berwarna putih,tapi yang ini berwarna hijau.













Menurut dia orang sebab ia berwarna hijau ialah kerana semasa proses perapan  ia dicampur dengan air daun pucuk manis,sebab itu ia bertukar warna kepada kehijauan.Tetapi dari segi rasa tak jauh bezanya dengan tapai biasa yang berwarna putih.Bagi pendatang baru kampong itu pada mulanya agak pelik dan takut untuk merasanya,termasuklah aku,tapi sekarang ....belasah je apa yang ada......

BAIKPULIH BLOCK

Salam......




Ini adalah imej enjin block yang telah mengalami kerosakkan pada bahagian dinding akibat dari berbagai sebab.Salah satunya conrod patah.Apabila conrod mengalami kerosakkan seperti patah bahagian tengah antara crankshaft dan piston dalam keadaan enjin maseh running,ia akan menghentam pada bahagian dinding block  menyebabkan terhasilnya satu lubang seperti diatas.Bagi sesetengah makenik .dia akan mengambil jalan mudah dengan menggantikan yang baru atau secondhand,sedangkan ia maseh boleh diperbaiki dan boleh digunakan semula.

Sekiranya anda ingin menggantikan kepada yang baru atau seconhand,anda perlu mengeluarkan kos yang tinggi  bagi mengganti pada bahagian bahagian yang tidak perlu diganti.Sebagai contoh sekiranya saiz piston anda 0.50m. sedangkan blok yang anda beli bersaiz standard,disini anda perlu membuat 2 pilihan samaada menukar piston anda kepada standard atau blok anda di rebore untuk mendapatkan saiz 0.50m.Sekiranya anda hanya membaikinya,kosnya jauh lebih murah daripada anda mengganti block.

Mungkin ada diantara anda yang belum pernah melihat proses baikpulih block.Disini saya  terangkan satu persatu bagaimana ia dibaik pulih semula.




1.Sekeping plat akan dipotong mengikut ukuran lubang dan ketebalan dinding block itu.Sebelum memulakan proses weld.Bahagian yang berlubang tadi akan dipanaskan secukupnya untuk membersihkan dari kotoran dan minyak enjin .Setelah itu plate tadi akan ditampalkan pada lubang dan proses weld.akan dilakukan pada bahagian luar dan dalam.Jenis rod yang digunakan pun mesti dari jenis cast iron.



2.Proses terakhir adalah mengemaskini dengan menyapukan sejenis gam yang dikenali dengan nama devcon atau dengan kata biasa gam besi pada bahagian luar sahaja.Ini bertujuan untuk memastikan bahagian yang di weld. tadi tidak akan mengalami karat. Disamping itu ia akan nampak lebih kemas berbanding sebelum disapu gam.


Diharap anda semua dapat manfaat dari apa yang saya terangkan diatas disamping dapat menjimatkan kos yang diperuntukkan khas untuk kenderaan anda.


BODOH SOMBONG

Salam....

Pada entry ini aku nak lepaskan geram aku pada seorang makenik yang aku kategorikan dalam golongan bodoh sombong.Dahlah sombong,bila aku bagi tunjuk ajar sikit bab bab setting untuk enjin campro ni dia melenting pulak, walhal head yang dia hantar untuk dibaik pulih taklah sesusah manapun,mana mana makenik pun tau cara nak atasinya.Pada makenik ni kalau terbaca entry ni aku mintak ko rendam entry ni dalam air dan minum airnya 7 hari 7malam,insyaallah dari bebal akan menjadi bangang.

Kalau dia atau kawan kawan dia terbaca entry ni,tolong kasi tau sama dia,ini adalah panduan percuma aku berikan pada yang berkenaan untuk menyelaras semula setting adjustment setelah baik pulih untuk cylinderhead dari jenis campro yang kebanyakanya terdapat pada kereta proton waja,gen 2,pesona dan saga.

1.Bila  membuat top overhaul cylinderhead dari jenis ini untuk proses baik pulih valveseat, tidak perlu membuat marking pada mana mana part yang terdapat pada cylinderhead itu kerana setiap cylinderhead yang membaikpulih valveseat perlu disetting semula.



2.Setelah valveseat siap dibaikpulih awak cuma perlu membuat final lapping ,kemudian pasangkan valve seal dan spring.Letak tepi cylinderhead setelah siap dan beralih kepada kerja membuang minyak yang terdapat pada hydraulic valve/hydraulic lifter.Perhatikan gambar dibawah.


3.Imej diatas ialah apa yang dikatakan Hydraulic valve atau lifter valve dimana awak perlu membuang terlebih dahulu kandungan mimyak yang terdapat didalamnya.Cara membuangnya ,awak terlebih dahulu perlu mengeluarkan valve yang terdapat pada bahagian tengah mangkuk itu.Setelah mengeluarkannya ia akan terbahagi kepada 4 bahagian seperti dibawah.




4.Setelah minyak dikeluarkan ,bersihkan dahulu dengan menggunakan petrol untuk memastikan tiada kotoran minyak lama yang tertinggal didalamnya.Setelah itu pasang semula bahagian yang dikeluarkan tadi dan setelah itu awak boleh masukkan semula pada cylinderhead tadi tanpa mengikut susunan seperti gambarajah dibawah.



5.Setelah semua siap dimasukkan,pasang semula pada enjin dan proses seterusnya seperti biasa.Bunyi bising akan kedengaran semasa enjin dihidupkan kerana liftervalve tadi maseh berkeadaan kosong tanpa minyak.Setelah beberapa second ia akan kembali normal setelah kandungan minyak didalamnya mencukupi.Ok siap.......kepada yang berkenaan harap awak faham dan jelas apa yang saya terangkan diatas.




Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian