Inilah gambar rumah semasa aku kecik kecik dulu,aku gunakan perisian adobe photoshop untuk menghasilkan lukisan ini.Makan hari juga aku nak siapkan sambil sambil mengingati setiap kedudukan tiang tiang rumah ni.Seingat aku dah 3 atau 4 kali jugalah aku buat.....padam buat ......,padam dan akhirnya......
Dirumah inilah aku dibesarkan bersama adek beradek ku sehinggalah aku berumur 19 tahun ia telah dirobohkan kerana seingat aku aruah datok aku menyuruh kami berpindah kerumah dia kerana diorang tinggal berdua je.
Sampai sekarang aku maseh segar dalam ingatan aku setiap sudut rumah lama ini....dimana aku sering bergusti dengan adek adek aku diruang anjung selepas balik sekolah.....maklumlah masa tu rancangan gusti tengah top.Pantang kalau kami berkumpul dianjung,pasti aktiviti gusti jadi menu utama kami.Boleh katakan hari hari kami bergusti dan pastinya hari hari jugaklah mak aku sakit tekak .
Tapi sekarang semua tu dah tak ada lagi,tapak rumah ni pun aku dah lupa kedudukan sebenar kat mana,apa taknya.......... dah penuh dengan semak samun dan kelapa sawit.
Hanya dalam gambar sajalah yang dapat aku abadikan sebagi kenang kenangan.....
Buat masa sekarang aku maseh dalam proses menyiapkan lagi satu lakaran rumah lama aku .Kalau sebelum ni aku gunakan Adobe photoshop,kali ini aku nak cuba guna perisian Solidworks dan kalau siap nanti rumah lama aku dalam bentuk 3D lah.he..heeee.
Comments (0)
Catat Ulasan