APA ITU..


Salam blogger...


                        Sebenarnya  ini bukanlah entry untuk blog tutorial,lagi pun  blog aku tidak menjurus pada bab bab seperti ini.Ini hanya sebagai penerangan dan pengetahuan asas mengenai maksud dan penggunaan unsur unsur yang diperlukan dalam menghasilkan sebuah blog.Ada diantara sesetengah dari kita telah lama berblog,namun kadangkala terdapat pada bab bab yang tertentu yang diperlukan dalam menentukan  naik turun sesebuah blog kita abaikan atas sebab tidak ambil tahu atau sememangnya tidak tahu.Jadi pada entry ini aku telah kumpulkan beberapa unsur yang diperlukan dalam membina sebuag blog sebagai bahan rujukan anda termasuk juga saya.Harap anda akan dapat manfaat dari entry ini.



SEO

Search Engine Optimization ialah ringkasan maksud kepada SEO.Bertujuan sebagai enjin carian untuk mempromosikan blog dan isi kandungan agar tersenarai pada enjin carian seperti Google,Bing,yahoo,Msn,internet Explorer,Hot Mail,Skype dan bermacam macam lagi.Selain itu ia juga digunakan sebagai salah satu cara untuk anda mendapatkan traffic tertinggi dari enjin carian untuk meningkatkan pagerank blog anda.Akan tetapi ia tidak akan menjanjikan jumlah traffic yang anda inginkan sekiranya anda tidak menggunakan kata kunci / keyword yang sesuai.Untuk mendapatkan keyword yang sesuai anda boleh mendapatkan khidmat panduan dari Google adword sendiri di
 http://www.googlekeywordtool.com/


BREADCRUMB

Pada asasnya Breadcrumb dikenali sebagai link penghubung antara page ke satu page dalam sesuatu blog.Dalam erti kata lain ia juga dikenali sebagai halaman dan kebiasaanya ia akan dimulai dengan perkataan Menu dimana sekiranya pengunjung ingin kembali pada halaman utama hanya perlu klik sahaja pada perkataan menu. Ia bertujuan untuk memudahkan pengunjung sesuatu blog mencari post atau entry yang telah disimpan oleh pemunya blog
 pada menu halaman halaman tertentu.


SITEMAP

Juga di kenali sebagai peta halaman untuk semua isi kandungan yang terkandung dalam sesuatu website.Dengan adanya penggunaan sitemap pada sesuatu laman web,ia akan lebih memudahkan enjin carian untuk menjejaki atau mencari file file yang dikehendaki.Penggunaan sitemap dalam sesuatu website  juga sedikit sebanyak mempengaruhi penggunaan SEO dalam proses carian.Tanpa penggunaan site map dan SEO ini,  proses enjin carian mungkin akan mengalami sedikit masalah untuk mengindek file file yang dikehendaki.Oleh itu ia kadangkala ia akan terlepas pandang dan menyebabkan post atau entry yang anda publishkan gagal atau lambat di indek oleh enjin carian ini.


TEMPLATE BLOG

Template juga boleh di definasikan sebagai tapak atau platform untuk kita mempamerkan atau meletakkan  sesuatu kandungan berupa file file yang berbagai bagai mengikut kemahuan kita berlandaskan kepada kod kod yang telah ditetapkan oleh sesebuah template .Anda diberi kebebasan untuk mengubahsuai pada mana mana bahagian template mengikut citarasa anda sendiri.Sekiranya anda tiada kemahiran dalam cara cara untuk pengubahsuaian sesebuah template,anda boleh dapatkan bantuan melalui blog blog tutorial yang sedia membantu anda.


HTML CODE

Hyper Text Markup Language.Itu adalah maksud singkatan kepada gabungan perkataan HTML / Java script  atau kata lain ialah bahasa komputer..Kebiasaanya dalam sesebuah laman tau template,ia mempunyai format kod berbentuk HTML.Secara Visual anda tidak akan dapat melihat kod kod html ini melainkan anda menggunakan khidmat browse seperti Netscape Navigator,Kompozer,internet explorer dan banyak lagi sumber sumber browse yang terdapat di alam siber ini.Sebagai contoh ,dengan menggunakan perisian kompozer anda boleh mengedit atau menterjemahkan imej yang berbentuk visual kepada kod html dengan menggunakan 3 menu seperti  source ,split atau design.


TUMBLR

Tumblr ialah satu aplikasi yang ringkas dan mudah untuk digunakan  oleh pengguna pengguna blog bertujuan untuk memuat naik apa saja kandungan atau artikel artikel ke dalam blog mereka.Pengguna yang lebih cenderung dalam laman sosial  juga boleh menggunakan aplikasi ini sebagai alternatif untuk berhubung sesama mereka melalui perantaraan yang dikenali sebagai Tumbleblog.Untuk yang berminat  bolehlah dapatkanya di: http://www.widgetbox.com/widget/tumblr-hobo1964-1


CSS CODE

Cascading Style Sheets ialah maksud kepada CSS.Digunakan untuk mengatur penampilan atau design dalam satu halaman HTML.Penguasaan kemahiran dalam CSS membolehkan anda menguasai bahkan memberi anda kelebihan untuk mengedit template,reka letak,design dan semua yang membabitkabn gabungan HTML dan CSS


BLOG

Dalam erti kata sebenar asal perkataan  blog adalah web log.Ia adalah tempat atau suatu tapak laman dimana anda boleh meletakkan atau membuat apa apa suntingan dari segi artikel,image,vedio,muzik,widget atau apa apa sahaja mengikut kemahuan anda.Anda juga boleh mengedit kod kod HTML atau menambah kod kod javascript pada bahagian bahagian yang tertentu.


PAGE RANK

Maksud page rank dari segi asas ialah kedudukan ranking sesebuah Web site setelah enjin carian Google membuat penilaian dari segi kualiti content yang terkandung sesebuah laman web.Semakin berkualiti content sesebuah web semakin cerah peluang untuk memduduki rangking teratas diGoogle search.



META TAG

Ia adalah elemen elemen yang menggunakan kod kod HTML atau XHTML.Kebiasaannya kedudukan Meta tag ini terletak pada bahagian dibawah dalam kod HTML template.Ia juga merangkumi penggunaan deskripsi,kata kunci / keyword dari satu satu halaman web.Penggunaan Meta tag ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi SEO dan enjin carian Google.




SEO SITE CHECKUP

Ia adalah satu laman web dimana anda boleh memeriksa dan mengenal pasti masalah masalah yang terdapat dalam blog anda.Ia akan menganalisa dari berbagai sudut termasuk penggunaan keywords,meta tag,Url,robot.txt,site loading speed,HTML page size,HTML compressionvisitor brakdown,site map dan bermacam lagi.Sila ke Link berikut :http://www.seositecheckup.com/


DO FOLLOW

Ia adalah faedah  peningkatan traffik secara percuma yang diperolehi dari follower dan admin sendiri melalui melalui crawler enjin carian google melalui ruangan komen yang ditinggalkan oleh follower.





Entry akan di update dari masa ke semasa.....




                                                               

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian