Salam......
Ini adalah imej enjin block yang telah mengalami kerosakkan pada bahagian dinding akibat dari berbagai sebab.Salah satunya conrod patah.Apabila conrod mengalami kerosakkan seperti patah bahagian tengah antara crankshaft dan piston dalam keadaan enjin maseh running,ia akan menghentam pada bahagian dinding block menyebabkan terhasilnya satu lubang seperti diatas.Bagi sesetengah makenik .dia akan mengambil jalan mudah dengan menggantikan yang baru atau secondhand,sedangkan ia maseh boleh diperbaiki dan boleh digunakan semula.
Sekiranya anda ingin menggantikan kepada yang baru atau seconhand,anda perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi mengganti pada bahagian bahagian yang tidak perlu diganti.Sebagai contoh sekiranya saiz piston anda 0.50m. sedangkan blok yang anda beli bersaiz standard,disini anda perlu membuat 2 pilihan samaada menukar piston anda kepada standard atau blok anda di rebore untuk mendapatkan saiz 0.50m.Sekiranya anda hanya membaikinya,kosnya jauh lebih murah daripada anda mengganti block.
Mungkin ada diantara anda yang belum pernah melihat proses baikpulih block.Disini saya terangkan satu persatu bagaimana ia dibaik pulih semula.
1.Sekeping plat akan dipotong mengikut ukuran lubang dan ketebalan dinding block itu.Sebelum memulakan proses weld.Bahagian yang berlubang tadi akan dipanaskan secukupnya untuk membersihkan dari kotoran dan minyak enjin .Setelah itu plate tadi akan ditampalkan pada lubang dan proses weld.akan dilakukan pada bahagian luar dan dalam.Jenis rod yang digunakan pun mesti dari jenis cast iron.
2.Proses terakhir adalah mengemaskini dengan menyapukan sejenis gam yang dikenali dengan nama devcon atau dengan kata biasa gam besi pada bahagian luar sahaja.Ini bertujuan untuk memastikan bahagian yang di weld. tadi tidak akan mengalami karat. Disamping itu ia akan nampak lebih kemas berbanding sebelum disapu gam.
Diharap anda semua dapat manfaat dari apa yang saya terangkan diatas disamping dapat menjimatkan kos yang diperuntukkan khas untuk kenderaan anda.