TAPAI PULUT HIJAU



Salam sejahtera dan selamat hari raya semua....

Amacam raya korang semua ,harap raya tahun ni korang semua happy selalu ye....Ini entry aku yang pertama selepas cuti panjang dan kepala aku pun dah rasa clear sekarang,lebih lebih lepas rehat panjang dikampong bini aku di Binjai patah,tentu korang tertanya tanya kat mana Binjai patah ni.Ia terletak antara Sg.Besar dengan Tg.Malim.Klau tak tau juga carilah kat Google maps.Tahun ini giliran aku pula beraya dirumah isteri aku,apa nak buat......

Beraya disana tak jauh beza dengan tempat lain cuma suasana disana lebih meriah lebih lebih lagi apabila waktu malam,memang sunyi, tak dengar apa kecuali bunyi mercun dan meriam batang kelapa.Buluh buluh dah tak main .....ketinggalan zaman kata dia orang.Bunyi jangan ceritalah...bila ...BOOOOM...rasa nak gugur jantung,

Pagi raya selepas selesai sembahyang sunat raya,aku ikut Ba'arak (berarak) dari rumah kerumah.Untuk pengetahuan korang kampong ni kebanyakkannya berketurunan banjar dan jawa,jadi macam macam jenis makanan yang masuk dalam perut aku ni.Tapi ada satu makanan yang agak pelik ,bagi akulah... korang mesti tau tapai pulutkan.Kebiasaanya tapai pulut berwarna putih,tapi yang ini berwarna hijau.













Menurut dia orang sebab ia berwarna hijau ialah kerana semasa proses perapan  ia dicampur dengan air daun pucuk manis,sebab itu ia bertukar warna kepada kehijauan.Tetapi dari segi rasa tak jauh bezanya dengan tapai biasa yang berwarna putih.Bagi pendatang baru kampong itu pada mulanya agak pelik dan takut untuk merasanya,termasuklah aku,tapi sekarang ....belasah je apa yang ada......

Comments (0)

Wikipedia

Hasil carian