Malam tadi aku sempat datang menziarah ke salah satu blog SEBUAH KEHIDUPAN yang aku sendiri tidak sengaja nak kesana.Dah di takdirkan agaknya.Blog ini banyak mengandungi entry entry yang banyak berunsurkan sejarah sejarah islam.Untuk pengetahuan korang,blog ini adalah kepunyaan blogger ZharifaLimin.Semasa aku dok belek belek dari satu entry ke satu entry tiba tiba akau tersangkut pada satu entry yang bertajuk :SEBAB QURAN DIKATAKAN MUKJIZAT TERBESAR DAN SEPANJANG MASA.Didalam entry ini terdapat satu perenggan yang membuat aku terkedu sekejap bila membacanya.Sukar untuk aku tafsirkan perasaan aku ketika itu,cuma yang terdetik dalam hati aku ialah aku bangga menjadi umat nabi Muhammad s.a.w.
Korang cuba baca apa yang aku copy dan paste dari blog dia untuk kita kongsikan bersama,kemudian kita muhasabah diri kita sendiri dengan berpandukan sabda baginda Muhammad rasulullah s.a.w.Insyaallah.Sekiranya korang nak jejaki blog ini silalah ke:
Wahai Abu Bakar, apa yang menghalangimu untuk percaya padaku sedangkan wahyu masih turun dan aku masih berada ditengah-tengah kamu sementara kamu semua menyaksikan sendiri mukjizat-mukjizat yang diberikan kepadaku? Tetapi di akhir zaman, ada segolongan ummatku yang mereka sama sekali tidak pernah melihatku, mereka tidak pernah hidup disampingku dan mereka hanya mendengar cerita tentangku tetapi mereka percaya kepadaku, merindukanku, mencintai Allah, mencintaiku, beriman pada Allah dan beriman pada kerasulanku. Iman merekalah yang lebih tinggi dibandingkan dengan kamu semua".
amin
Comments (0)
Catat Ulasan