STESEN TV ALHIJRAH

Salam 

Dengan penubuhan satu lagi stesen tv yang dikenali sebagai TV ALHIJRAH ,diharapkan akan lebih memeriahkan lagi industri bidang penyiaran disamping dapat memberi persaingan yang sihat antara beberapa stesen tv yang lain dinegara kita.Cuba korang  tonton canel ni ,apa pendapat korang semua.Untuk frekuensi TV ALHIJRAH ni korang boleh tengok pada bahagian bawah blog ini.

Latar Belakang TV AlHijrah

TV AlHijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai  platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Tujuan Penubuhan TV AlHijrah
  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan islam.




Semuga kita sebagai umat islam mendapat manfaat dari apa yang bakal kita tonton.



Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian