Pertanyaan sebagai peringatan.


Salam dan selamat malam semua...




                     Aku ingin memulakan entry tengah malam ni dengan pertanyaan.Suatu pertanyaan yang  berkisar tentang kenderaan dan keselamatan.Itu pun pada korang yang sudi membacanya.Kalau rasa malas nak baca ,tinggalkan saje.Pertanyaannya begini.....Sudah berapa lamakah anda menggunakan kenderaan anda?1 tahun...2 tahun...atau sudah 10 tahun atau lebih mungkin..Adakah anda menghargainya?.Apakah cara untuk anda menghargainya?.Adakah dengan hanya dengan mencuci kekotoran habuk yang melekat pada bahagian luaran dan dalaman kereta anda sudah dikira anda menghargainya?Bagaimana dengan bahagian bahagian lain yang lebih banyak merisikokan diri anda.Adakah anda mengambil berat tentang bahagian bahagian lain seperti hal hal penyelenggaraan enjin,penjajaran tayar,sistem brek,stereng, gear box dan yang paling penting ......tangki air?



Gambar hiasan



                     Kebanyakkan dari kita hanya lebih mementingkan bahagian luaran sahaja yang dapat dilihat oleh mata kasar atau dapat dicapai oleh tangan ,sedangkan pada bahagian yang lebih penting kita tak ambil peduli sangat.Sekiranya tidak berpuas hati atau terikut ikut trend masa kini,pengubahsuaian luaran seperti penambahan spoiler ,side skirt,cermin gelap atau penggunaan mentol putih akan dilakukan agar kelihatan lebih cool dan up to date. Perkara sebegini akan terus berlarutan sehinggalah suatu masa berlaku masalah pada bahagian bahagian yang anda abaikan tadi.Bayangkan sekiranya bahagian bahagian yang telah sedia bermasalah pada kenderaan anda tadi  tiba tiba....  #*%@)))!!! ....ketika anda sedang memandu laju.Ketika itu mungkin hanya dua tempat yang akan anda pergi.Boleh tidak anda bayangkan kemana anda akan dibawa.




                                                                 Pinjam dari Google




                      Sebelum perkara yang tidak diingini berlaku, dan sebelum anda melakukan perjalanan jauh atau dekat,anda perlu ingat satu perkara..."anda yang mengawal kenderaan,bukan kenderaan mengawal anda" .Sebelum aku akhiri entry yang tak diundang ni,aku nak bagi beberapa tips keselamatan berupa  soalan yang anda sendiri kene menjawabnya secara jujur sebelum anda memulakan perjalanan.Jangan menipu diri sendiri,nanti badan sendiri yang susah.



1,      Adakah aku telah bersedia melakukan perjalanan ini.?

2.      Apakah risiko risiko yang akan aku hadapi sekiranya tiada persediaan............?

3.     Adakah aku yakin dengan prestasi kenderaan yang akan aku pandu ini.......?

4.     Apakah risiko  sekiranya kenderaan "breakdown" di tengah perjalanan.........?

5.     Adakah perjalanan aku  ini akan selamat pergi dan balik............?




                                                                             Sekian

Tutor TV online

Salam dan selamat pagi semua.....






Kepada adek adek  yang akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Astro Tutor TV akan menyediakan satu tutorial dalam talian secara langsung dalam YouTube pada jam 3 petang pada 29 September.Untuk mengetahui cerita lebih lanjut anda bolehlah masuk ke link yang ada dibawah .

Begitu juga kepada anda yang ingin mengetahui perkembangan terkini dan apa yang berlaku di sekeliling anda,dan berita berita yang terdahulu juga ada terdapat dalam halaman ini.Anda boleh klik link yang ada dibawah .


http://blin.gd/4iZ7





Ibu mertuaku

Salam dan selamat malam smua...




Semalam ketika aku sedang beristirehat dan harus beristirehat setelah berpenat lelah dikebun,aku didatang oleh seseorang yang aku kenali.......ibu mertua aku la.Ketika itu aku baru lepas siap makan tengahari.Nak pelawa makan nampak gaya lauk semua dah habis sebab hari tu isteri aku masak sikit je.Sebagai menghormati orang tua,lebih lebih lagi ibu mertua pulak tu, kenelah aku pelawa mertua aku tu makan walaupun pelawaan tu sekadar ajak ajak ayam je.///kurang ajo punya menantu .......hehehe...aku sendiri yang cakap macam tu,dia tak cakap pun...."ibu dah makan dekat rumah tadi....".Alhamdulillah.



                                                  Sekadar gambar hiasan


"Besok kamu lapang tak dhinai......".itulah pembuka kata dari ibu mertua aku yang membuat aku sedikit tersentak dari perasaan serba salah dengan pelawaan ajak ajak ayam aku tadi."Kalau lapang bolehla racunkan kebun belakang rumah tu....,dah semak sangat la....,kalau nak nanti ibu belikan racun.....ibu bagi upah sekali la...".Sebenarnya sebelum ni ibu mertua aku tu ada pelawa aku untuk racunkan kebun tu,tapi masa tu aku betul betul sibok.Jadi dengan sopan aku terpaksa tolak permintaan dia sebab masa tu aku tau dia ada dua pilihan ,kalau tak aku,ada orang lain yang nak racunkan kebun tu..cuma kene upah la sikit.Kalau dengan aku kene upah jugak la...tapi tak la semahal upah pada orang lain.....hehehe ...pandai jugak orang tua ni berpolitik."Tak ape la mak....mak bagi upah je la pada orang tu suruh racunkan....mana tau dia nak pakai duit...".Alasan aku untuk mengelak dari tugas meracun tu...3 ekar dengan semak samun setinggi aku ...rasanya nak jalan pun susah.

Peristiwa tu berlaku 3 minggu lepas,dan semalam ibu mertua aku datang mengadu yang kebun tu tak ada orang yang nak racunkan.Mungkin orang tu pun tak sanggup bila tengok kebun yang macam bukan kebun.Maklum la semenjak pak mertua aku ninggal,kebun tu dah tak terbela.Nak harap anak anak dan menantu yang lain ,jangan harap la... pi mai pi mai nanti aku jugak yang kene.Maklumla menantu  paling rajin....hihihi...Itu aku akui betul,rumput kat laman rumah aku tak sempat nak tumbuh tunas.kalau tak kene dengan  tajak,dengan racun la jawabnya.

Atas dasar keperihatinan dan baik hati.....ewaaah...aku pun terima tugasan itu walaupun aku sedar sekarang ni rumputnya mesti dah semakin tinggi dan pasti kerja meracunnya semakin payah..Tapi apa nak buat...... nasib baik dia mertua aku,kalau orang lain,siang siang aku dah mintak maap.Aduhai....besok pagi aku akan memulakan tugas,itu pun bergantung pada cuaca ...kalau panas aku on la,tapi kalau mendung atau hujan,dapatlah aku mengelak lagi........."Hujan la mak....tengok dulu la besok kalau cuaca ok.....".Hehehe.




Anda berkemungkinan akan mandul sekiranya....


Salam blogger...

Pagi ni ketika aku menaip entry terbaru untuk blog aku ni hujan baru mula turun Asalnya plan aku pagi ni nak pergi masuk kebun,tapi memandangkan cuaca tak mengizinkan,tunda petang nanti.Sementara tiada apa yang boleh dibuat ,cuba cubalah cari info yang mungkin berguna untuk dikongsi bersama.Aku terbaca satu entry dari satu majalah mengenai kesan bahaya radiasi pada telefon bimbit walaupun sebelum ini banyak info mengenainya diperkatakan.Tapi ia mungkin berbeza beza dari segi tokok tambah sebagai penyedap rasalah katakan.Cuba korang baca.....bukan banyak pun.




                                                                                  KEKERAPAN PENGGUNAAN
                                                                                               

Kepada golongan lelaki khasnya, dinasihatkan jangan menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar kerana mempunyai risiko kerosakan sperma dan mati pucuk.......ingat tu. Hasil kajian oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menunjukkan ada perkaitan di antara sperma yang berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari. Mereka yang membuat panggilan lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.Bagi yang dah kawwin dan sudah mempunyai zuriat tu tak pe la...bagi yang bujang.....baik korang jaga jaga.Jangan sampai dapat title mandul atau mati pucuk pulak .

Lelaki yang membawa telefon bimbit yang diletakkan di bahagian tepi tali pinggang atau dalam poket dengan ‘keypad’ mengarah ke luar pula akan menghadapi kesan yang tinggi kerana antena berada di belakang dan lebih hampir dengan tubuh. Bagi wanita pula yang sering meletakkan telefon bimbit di dalam beg sandang yang tergantung di sebelah payu dara turut mendapat kesan terhadap kesihatan dalamannya.Sillap silap kene barah payu dara plak...

Pihak pengeluar alat komunikasi itu sendiri telah mengeluarkan peringatan mengenai risiko penggunaannya terhadap kesihatan pengguna. Misalnya, syarikat Apple dalam buku panduannya telah memberi amaran kepada pengguna agar menjauhkan Iphone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter daripada tubuh.
Syarikat Blackberry pula menasihatkan pelanggannya supaya menggunakan telefon bimbit bebas wayar atau menjarakkannya seinci dari tubuh wanita hamil dan bahagian bawah perut remaja.

Cuba korang pikir bagaimana cara nak membawa handphone dengan cara menjarakkan 15 mm atau 1 inci dari badan anda.Ada idea tak

Tutorial apa itu




Salam blogger...


                        Sebenarnya  ini bukanlah entry untuk blog tutorial,lagi pun  blog aku tidak menjurus pada bab bab seperti ini.Ini hanya sebagai penerangan dan pengetahuan asas mengenai maksud dan penggunaan unsur unsur yang diperlukan dalam menghasilkan sebuah blog.Ada diantara sesetengah dari kita telah lama berblog,namun kadangkala terdapat pada bab bab yang tertentu yang diperlukan dalam menentukan  naik turun sesebuah blog kita abaikan atas sebab tidak ambil tahu atau sememangnya tidak tahu.Jadi pada entry ini aku telah kumpulkan beberapa unsur yang diperlukan dalam membina sebuag blog sebagai bahan rujukan anda termasuk juga saya.Harap anda akan dapat manfaat dari entry ini.



SEO

Search Engine Optimization ialah ringkasan maksud kepada SEO.Bertujuan sebagai enjin carian untuk mempromosikan blog dan isi kandungan agar tersenarai pada enjin carian seperti Google,Bing,yahoo,Msn,internet Explorer,Hot Mail,Skype dan bermacam macam lagi.Selain itu ia juga digunakan sebagai salah satu cara untuk anda mendapatkan traffic tertinggi dari enjin carian untuk meningkatkan pagerank blog anda.Akan tetapi ia tidak akan menjanjikan jumlah traffic yang anda inginkan sekiranya anda tidak menggunakan kata kunci / keyword yang sesuai.Untuk mendapatkan keyword yang sesuai anda boleh mendapatkan khidmat panduan dari Google adword sendiri di
 http://www.googlekeywordtool.com/


BREADCRUMB

Pada asasnya Breadcrumb dikenali sebagai link penghubung antara page ke satu page dalam sesuatu blog.Dalam erti kata lain ia juga dikenali sebagai halaman dan kebiasaanya ia akan dimulai dengan perkataan Menu dimana sekiranya pengunjung ingin kembali pada halaman utama hanya perlu klik sahaja pada perkataan menu. Ia bertujuan untuk memudahkan pengunjung sesuatu blog mencari post atau entry yang telah disimpan oleh pemunya blog
 pada menu halaman halaman tertentu.


SITEMAP

Juga di kenali sebagai peta halaman untuk semua isi kandungan yang terkandung dalam sesuatu website.Dengan adanya penggunaan sitemap pada sesuatu laman web,ia akan lebih memudahkan enjin carian untuk menjejaki atau mencari file file yang dikehendaki.Penggunaan sitemap dalam sesuatu website  juga sedikit sebanyak mempengaruhi penggunaan SEO dalam proses carian.Tanpa penggunaan site map dan SEO ini,  proses enjin carian mungkin akan mengalami sedikit masalah untuk mengindek file file yang dikehendaki.Oleh itu ia kadangkala ia akan terlepas pandang dan menyebabkan post atau entry yang anda publishkan gagal atau lambat di indek oleh enjin carian ini.


TEMPLATE BLOG

Template juga boleh di definasikan sebagai tapak atau platform untuk kita mempamerkan atau meletakkan  sesuatu kandungan berupa file file yang berbagai bagai mengikut kemahuan kita berlandaskan kepada kod kod yang telah ditetapkan oleh sesebuah template .Anda diberi kebebasan untuk mengubahsuai pada mana mana bahagian template mengikut citarasa anda sendiri.Sekiranya anda tiada kemahiran dalam cara cara untuk pengubahsuaian sesebuah template,anda boleh dapatkan bantuan melalui blog blog tutorial yang sedia membantu anda.


HTML CODE

Hyper Text Markup Language.Itu adalah maksud singkatan kepada gabungan perkataan HTML / Java script  atau kata lain ialah bahasa komputer..Kebiasaanya dalam sesebuah laman tau template,ia mempunyai format kod berbentuk HTML.Secara Visual anda tidak akan dapat melihat kod kod html ini melainkan anda menggunakan khidmat browse seperti Netscape Navigator,Kompozer,internet explorer dan banyak lagi sumber sumber browse yang terdapat di alam siber ini.Sebagai contoh ,dengan menggunakan perisian kompozer anda boleh mengedit atau menterjemahkan imej yang berbentuk visual kepada kod html dengan menggunakan 3 menu seperti  source ,split atau design.


TUMBLR

Tumblr ialah satu aplikasi yang ringkas dan mudah untuk digunakan  oleh pengguna pengguna blog bertujuan untuk memuat naik apa saja kandungan atau artikel artikel ke dalam blog mereka.Pengguna yang lebih cenderung dalam laman sosial  juga boleh menggunakan aplikasi ini sebagai alternatif untuk berhubung sesama mereka melalui perantaraan yang dikenali sebagai Tumbleblog.Untuk yang berminat  bolehlah dapatkanya di: http://www.widgetbox.com/widget/tumblr-hobo1964-1


CSS CODE

Cascading Style Sheets ialah maksud kepada CSS.Digunakan untuk mengatur penampilan atau design dalam satu halaman HTML.Penguasaan kemahiran dalam CSS membolehkan anda menguasai bahkan memberi anda kelebihan untuk mengedit template,reka letak,design dan semua yang membabitkabn gabungan HTML dan CSS


BLOG

Dalam erti kata sebenar asal perkataan  blog adalah web log.Ia adalah tempat atau suatu tapak laman dimana anda boleh meletakkan atau membuat apa apa suntingan dari segi artikel,image,vedio,muzik,widget atau apa apa sahaja mengikut kemahuan anda.Anda juga boleh mengedit kod kod HTML atau menambah kod kod javascript pada bahagian bahagian yang tertentu.


PAGE RANK

Maksud page rank dari segi asas ialah kedudukan ranking sesebuah Web site setelah enjin carian Google membuat penilaian dari segi kualiti content yang terkandung sesebuah laman web.Semakin berkualiti content sesebuah web semakin cerah peluang untuk memduduki rangking teratas diGoogle search.



META TAG

Ia adalah elemen elemen yang menggunakan kod kod HTML atau XHTML.Kebiasaannya kedudukan Meta tag ini terletak pada bahagian dibawah




SEO SITE CHECKUP

Ia adalah satu laman web dimana anda boleh memeriksa dan mengenal pasti masalah masalah yang terdapat dalam blog anda.Ia akan menganalisa dari berbagai sudut termasuk penggunaan keywords,meta tag,Url,robot.txt,site loading speed,HTML page size,HTML compressionvisitor brakdown,site map dan bermacam lagi.Sila ke Link berikut :http://www.seositecheckup.com/


DO FOLLOW

Ia adalah faedah  peningkatan traffik secara percuma yang diperolehi dari follower dan admin sendiri melalui melalui crawler enjin carian google melalui ruangan komen yang ditinggalkan oleh follower.





Entry akan di update dari masa ke semasa.....




Blackout

Salam .....



                                                                      BORING

Pagi tadi 22.9.2012 lebih kurang  pukul 2.30 pm area tempat aku tinggal telah dilanda ribut.Ia berlanjutan hingga ke pukul 4 pagi.Ribut yang sebelum ini tak pernah aku lihat dan tak pernah aku alami seumur hidup aku.Inilah pertama kali...panik jugak aku.Aku dah terbayang macamana kalau bumbung rumah terbang.Ni baru ribut kecil kecilan dah menumbangkan pokok .Apa lagi kalau ribut taufan yang sering melanda negara orangputih.Pagi tu aku tidur tidur ayam je .....standby,mana tau malang tak berbau,senang lah nak selamatkan diri.Setelah reda pada paginya aku tengok habis pokok tebu yang aku tanam tumbang,buah cempedak berterabur sana sini ,buah kuini yang maseh muda pun banyak yang gugur.

Tak pe la dah takdirnya begitu...aku terima lah seadanya.Yang aku susah nak terima ni pasal blackout yang mengambil masa terlalu lama untuk dibaiki.Pokok sawit yang tumbang dan menimpa kabel utama elektrik maseh tak di aleh aleh hinggalah waktu petang.Pagi hari selepas kejadian,aduan telah dibuat pada pihak tertentu....tunggu punya tunggu jam 7.00pm barulah kerja kerja memotong pokok sawit yang tumbang dilakukan.Ini belum termasuk kerja kerja pembaikan kabel yang terputus tu.Jam 11 malam barulah bekalan elektrik kembali pulih........lamanya masa yang diambil.

Tappet adjustment untuk Perodua Kelisa/Kenari.


Salam blogger dan pembaca smua.... 


Sebenarnya aku membuat entry adalah untuk saudara Norman khasnya yang menghantar email bertanyakan cara cara untuk membuat adjustment tappet pada kenderaan jenis Kelisa atau Kenari.Bukan saudara Norman je,korang yang berminat pun boleh baca juga.Entry ini mungkin agak panjang lebar, tapi mana tau ianya boleh jadikan panduan untuk korang yang guna kenderaan jenis ni.Sebenarnya cylinderhead kedua dua kenderaan jenis ni adalah sama dan ia menggunakan sistem twin camp,sama juga dengan sistem yang digunakan oleh kenderaan keluaran jenama Toyota.Cuma ia berbeza dari segi fizikal sahaja.
Sebagai permulaan sebelum anda membuat penyelenggaraan untuk cylinderhead jenis ini anda perlu  untuk mengetahui terlebih dahulu punca punca masalah yang menyebabkan ia perlu untuk dibaikpulih.Kebiasaannya masalah atau rungutan yang sering saya dengar kebanyakkannya ialah bunyi bising setelah ia dibaikpulih.Bunyi bising yang dimaksudkan ialah seperti bunyi serpihan besi.Aku tak tau nak sebut camna.Korang paham paham sendiri dah lah ye.....Kebiasaanya bunyi seperti ini berpunca dari cylinderhead.Selain itu asap yang berlebihan,penggunaan bahan api yang semakin berlebihan dan kehilangan daya pecutan pun penyebab ia perlu dibaikpulih.
Sebelum aku memulakan penerangan ini,aku nak tanya dulu samada anda hanya ingin membuat servis atau membaikpulih keseluruhan part part cylinderhead.Sekiranya hanya untuk membuat servis,ada baiknya anda membuat mark atau tanda terlebih dahulu pada beberapa bahagian yang penting seperti Valve.Liftervalve dan tining gear.Tapi sekiranya anda ingin membongkar kesemua bahagian cylinderhead,maka kesemua itu tidak diperlukan.Biarkan ia bercampur aduk .....tak ngapa.LANGKAH PERTAMA




                                                                 bahagian atas


Setelah cylinderhead dikeluarkan dari enjin ia akan berada dalam keadaan seperti diatas.Tapi kebiasaanya cylinderhead dari jenis ini ,anda terpaksa mengeluarkan camshaft terlebih dahulu sebelum dapat mengeluarkan cylinderhead.Akan tetapi sebagai langkah berjaga jaga ,anda perlu membuat tanda atau mark terlebih dahulu pada timing gear.Ini penting untuk memudahkan anda apabila proses pemasangan semula nanti.Ada lebih baik anda menggunakan liquid pen kerana ia lebih jelas.Tandakan pada tanda titik sepeti gambarajah dibawah.



                                                                   Timing gear


Selepas siap menanda,anda perlu pula perhatikan pada bahagian intake timing gear.Intake timing gear mempunyai 2 lapaisan gear dimana terdapat satu lubang skru bersaiz 6mm.Pada lubang skru itu memang tiada skru yang dipasang seolah olah skru tertanggal.Tapi ia sememangnya berkeadaan begitu.Anda perlu pasangkan skru pada bahagian itu sehingga menebusi pada lapisan gear yang kedua.Ini bertujuan untuk memastikan ketika anda mengeluarkan camshaft dari tempatnya,gear tadi tidak akan terpusing atau berseliseh.Sekiranya ini berlaku dan anda terus memasangnya semula tanpa meletakan gigi gear seperti keadaan asal,comform enjin kereta anda akan bising.Perhatikan cara pemasangan skru pada gambarajah dibawah.


                                                                   Lock gear


Selesai mengikat skru,baru anda boleh keluarkan camshaft.Anda juga boleh keluarkan liftervalve,valve spring dan valve.Cylinderhead perlu dihantar ke mesin shop atau sebagai nya untuk menjalani proses baikpulih.Bahagian yang kerap dibaikpulih ialah valve seat,valve , valve guide dan surface skimming.Dari pengalaman aku selama membaikpulih cylinderhead dari jenis ini ,jarang berlaku kerosakan pada part part dia kecuali Valve guide/Sarung valve.Akan tetapi aku tidak menggalakkan anda menukar mana mana part yang sifatnya melekat pada cylinderhead kecuali terpaksa.Ini kerana sekiranya anda menukar bahagian tertentu contohnya seperti valve guide,peratus untuk mengalami kerosakkan semula amat besar.Bukan disebabkan material,tapi dari segi tenaga kerja yang kadangkala kita sendiri pun takut bila melihatnya.



                                                               Adjustment tappet


Setelah siap proses baik pulih, kini bab pemasangan dan adjustment tappet semula akan dilakukan .Tanpa memasang spring anda masukkan semula kesemua lifervalve kedalam tempatnya.Pasangkan camshaft bahagian outake (exzos) terlebih dahulu.Buat satu persatu kerana sekiranya anda memasang kedua dua camshaft,anda akan mengalami kesukaran untuk memusingkanya nanti.Perhatikan seperti gambarajah diatas.Ikat camshaft cap dengan kekuatan standard tork , sekitar 40 paund.Kalau tidak mempunyai tork spanar ,anda agak agak je dengan kekuatan tangan anda ,jangan tercabut pulak skrunya dah la...hehehe.



                               
                                                                      Feller gauge


Dengan menggunakan feller gauge tool,gunakan saiz 0.30mm untuk exzos dan 0.20 untuk intake untuk mendapatkan clearence antara liftervalve dengan camshaft.Caranya seperti gambarajah di atas atau dibawah ini.


Pastikan liftervalve rapat ke camshaft dengan cara menolak  valve keatas sekuat mungkin seperti gambarajah diatas dan cuba masukan feller gauge.Untuk clearence 0.30,ianya mesti tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.Bagi memastikan anda memdapat ukuran yang tepat,gunakan saiz 0.25mm dan 0.35mm.Pastikan ukuran 0.25mm lepas ,sementara 0.30mm tidak lepas.Pastikan juga 0.30mm lepas tapi 0.35mm tidak lepas.Barulah anda akan dapat ukuran yang 90% tepat.Tandakan 123 atau ABC pada valve dan liftervalve yang telah siap diadjust clearence mengikut urutan bermula dari timing gear.Lakukan cara yang sama pada semua bahagian sehingga selesai dan sehingga anda merasa puas hati.

                                                                 Valve 


Kerja menggunakan tulang empat kerat ni kebanyakkanya tidak lari dari membuat kesilapan.Kesilapan yang dimaksudkan ialah proses menggosok atau memotong hujung valve (1) sekiranya terlalu ketat.Kadang terlebih ,kadang terkurang.Begitu juga kalau terlalu longgar,anda terpaksa membuat graidvalve pada bahagian yang bernombor (2).Tugas ini memerlukan kesabaran yang tinggi.Kalau tidak mempunyai kesabaran,alamat cylinderhead akan menjadi bahan sepak terajang korang.


Setelah siap kesemuanya, pasangkan semula cylinderhead kepada enjin blok dan masukan semula liftervalve kedalam tempatnya mengikut urutan tanda yang anda buat.Pasangkan semula camshaft dan pastikan titik timing gear betul kedudukannya,kemudian pasangkan kesemua cap kecuali no.satu bagi memudahkan untuk anda memasang timing belt nanti.Setelah siap kesemuanya dan timing belt telah dipasang ,barulah anda boleh membuka semula skru yang anda pasang pada timing gear tadi.Jangan lupa......Sekiranya terlupa ,mungkin gigi gear anda akan hancur .Satu masalah lagi.


Sampai disini dahulu penerangan dari aku semuga anda akan mendapat manfaat darinya.Sekiranya anda kurang faham dan ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut email kan sahaja kepada aku .



Wassalam...








Himpunan Sejuta Umat

JOHOR BAHRU: Selain Kuala Lumpur, Johor Bahru juga akan bergema dengan himpunan sejuta umat Islam bagi membantah pembikinan serta penyebaran filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang menghina keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.



                                                        SOKONGAN UMMAH

Himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Taman Perling Johor Bahru, selepas solat Jumaat, 21 September ini.“Kita akan meminta MAIJ mengeluarkan Khutbah Khas pada hari Jumaat ini, kita harap pihak berkenaan dapat mengeluarkan khutbah yang akan mengupas dengan lebih lanjut isu berkenaan termasuk perkara-perkara yang berkait dengan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w..”

“Kita juga berharap mimbar Jumaat ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk menangkis serangan musuh-musuh Islam dengan memberi penjelasan yang terperinci kepada umat Islam berhubung perkara berkenaan.”

“Kita menyeru seluruh umat Islam serta parti-parti politik termasuk Umno, menyertai himpunan ini kerana isu ini melibatkan umat Islam secara keseluruhan, tidak kira apa parti sekali pun, dalam konteks ini kita perlu membuktikan kesepaduan kita dalam menangani isu ini, justeru kita berharap Umno sudi bersama-sama kita untuk menyatakan bantahan terhadap pihak yang cuba menghina Islam khususnya Nabi Muhammad s.a.w..” 

TersengguK- sengguK


Salam.....

Entry ini akan membincangkan mengenai satu masalah yang kadangkala berlaku pada sesebuah kenderaan lama mahupun yang baru.Pernahkan kenderaan anda tersengguK sengguK bila hendak memulakan perjalanan.Lebih lebih lagi bila berada dalam kedudukan top gear.Semakin anda menekan pedal minyak ,ia akan semakin tersenggut senggut dan lama kelamaan enjin kenderaan anda akan berhenti berfungsi.Bayangkan sekiranya ia berlaku ketika anda melakukan perjalanan jauh mahupun  dekat,tentu anda merasa cemas dan tidak selesa dengan keadaan kenderaan anda.




DISTRIBUTHOR


Aku sendiri pernah mengalami keadaan seperti ini dimana enjin tidak dapat berfungsi dengan betul,penggunaan bahanapi semakin kuat dan akhirnya enjin akan mati sendiri.Akan tetapi enjin maseh boleh dihidupkan semula,cuma ia akan tersenggut senggut bila kereta hendak digerakkan.Mungkin kita akan menganggap ianya berpunca dari sparkplug atau salauran minyak tersumbat.Tapi setelah diservis dan diganti kedua duanya,ia maseh tidak perubahan.So...mungkin anda akan tertanya tanya apa puncanya........

Gambar diatas adalah apa yang dikenali sebagai Ditributor yang berfungsi membekalkan voltan atau api yang tinggi melalui putaran pada timing rotor yang terdapat didalamnya.Bekalan voltan yang tinggi akan disalurkan melalui plug cable yang bersambung pada sparkplug..Apabila sparkplug menerima voltan yang tinggi ,dan kedudukan piston atau omboh berada dalam kedudukan top,ia akan menghasilkan pembakaran dimana pembakaran inilah yang menyebabkan enjin dapat berfungsi atau dapat dihidupkan.


                                                                           
                                                                           ROTOR IMAGE

Apa yang menyebabkan ia tersenggut senggut dan apa yang perlu dilakukan.Perkara pertama ialah cuba buka ditributor cap dan cuba perhatikan  dan pastikan didalamnya dalam keadaan kering tanpa ada apa apa minyak yang membasahi komponen komponen didalamnya.Kebocoran minyak inilah yang menyebabkan gangguan kepada kelancaran pembekalan voltan kepada sparkplug yang mana  perjalanan voltan terputus putus.Kebocoran minyak ini berpunca dari oilseal yang telah rosak.Ia terletak dibahagian hujung ditributor dimana bahagian ini terendam dalam takungan minyak yang terdapat dalam cylinderhed.Untuk membaikpulih anda hanya perlu hantar kekedai yang mahir dalam bidang ini atau tukar kepada yang baru sekiranya anda mempunyai modal.Anggaran harga Ditributor yang baru di kedai sekitar RM200.00 sebiji.

Berjaga lewat pagi

Salam pagi smua..

Sabtu   4.11am

.Suasana sunyi sepi dan hanya sayup sayup kedengaran bunyi dengkuran yang bersahut sahutan.Letih sangat agaknya tu.Maklum lah siang tadi masing masing sibok dengan tugasan masing masing .Dari pagi bawa kemalam masing masing bertungkus lumus menyiapkan persediaan untuk besok hari.Besok ialah hari majlis persandingan adek lelaki ku.Jadi kami adek beradek bergotong royong menyiapkan khemah penganti,Manakala yang perempuan pun sibok masak didapor.

4.19am

Aku maseh menaip entry ni .Suasana maseh sunyi sepi.Hanya kedengaran bunyi guruh dan kilat.Tak taulah samada tanda tanda akan hujan atau sememangnya begitu diwaktu waktu begini.Entry ini pun aku taip di set karaoke,sebab hanya disitu sahaja tempat yang agak terang.Sekarang mata terasa amat berat.Aku rasa kalau dapat bantal ni mesti terus hanyut punya.Tapi apa nak buat kene berjaga jaga pagi ni sebab amanah dari keluarga.




                                                                            LAYAN
4.25am  

Aaaaaaah.........banyak nyamok pulak .suasana semakin sejuk dan aku maseh seorang diri disini dan hanya ditemani lagu "Permaisuri"dari kumpulan data yang aku ulang berkali kali untuk menghilangkan rasa mengantok.

4.31am

Entry ku setakat ini,mata semakin berat.Tak pastilah samada aku boleh bertahan atau tidak.........wuuuuuaaaahhhh.......by





                                                                          SEPI



Tuntutlah ilmu walau kenegara china sekalipun...

Salam.....

Aku kene berjaga  malam ni walaupun aku tau kerja ni tak berbayar.Biasanya kalau pak jaga berjaga untuk menjaga keselamatan harta bende tempat yang dijaganya,tapi aku kene jaga keselamatan pokok ubi kayu yang aku tanam sebelah rumag aku.Habis ubi aku dikorek korek dan dimakan oleh sang khinzirn ni.Kalau makan habis tu tak apa gak...ni ditinggalkan separuh je,nak buat apa tu.

INI LAH NATANGNYA
Sebelum ni tempat aku ni clear je,aman damai ,tapi semenjak dua menjak ni banyak pulak pokok ubi aku yang tumbang digasak dia.Tak cukup dengan pokok ubi yang baru mula mengeluarkan hasil,yang baru aku tanam pun dia selongkar jugak........angin betul aku.Rasa nak belasah je natang ni,tapi ....hehehe.....boleh ke.Kata orang natang ni kalau dah naik angin,tak peduli apa yang ada depan dia .Kalau ada tembok,temboklah disondolnya.

Korang ada idea tak macamna nak halau killing ni.....kalau tak pun,sekurang kurangnya dapat halau pun jadilah.Aku ada juga plan nak racun je,tapi terpikir juga kalaulah natang ni nanti mati depan rumah.......naya aku.Kalau ada pas pas lah sikit ilmu tu kat aku.Lagi pun kalau simpan ilmu tu pun tak guna gak.Nanti takut kalau orang tau kita ada ilmu....kalau ilmu ghaib ke ilmu kebal ke berbaloi jugak, tapi ni ilmu halau babi plak.Mana ko menuntut ilmu ni....Tuntutlah ilmu walau kenegara china sekalipun,tapi jangan salah tuntut plak ye....hehehe

Ziarah yang suram.


Salam blogger smua....





                                                                     SALAM


Malam ni lepas makan malam aku cuba luangkan sedikit masa aku untuk menziarah blog blog yang pernah aku ziarahi dulu semasa tengah aktif berblogging.Bukan apa cuma nak jenguk jenguk je.......nak tau gak siapa lagi yang masih aktif dan siapa yang sewaktu dengan aku.

Satu demi satu aku lawati blog korang dan apa yang aku dapati,tak serancak dulu lagi .Kekerapan publis entry pada setiap blog pun dah semakin berkurangan,kalau dulu seminggu 2 atau 3 entry,tapi sekarang 1 entry untuk 1 minggu ,2 entry untuk 1 bulan dan kadang ada juga yang terus tidak menghasikan entry langsung dalam jangka masa yang lama termasuklah aku sendiri.Tapi sekarang aku pun tengah mencari mood untuk aktifkan semula blog aku yang telah lama sepi ni.....

Namun aku maseh berbangga kerana maseh ada yang setia berblogging walau pun agak  slowdown,seperti seorang rakan blogger kita dari johor ni ...katanya sedang mencari mood berblogging semula, tapi aku perhati entrynya sentiasa update.Semuga dia akan terus berblogging semula seperti dahulu.Dalam gembira ni pun ada juga terselit perasaan  sedih atas kehilangan salah  seorang blogger kita,Rasanya tak perlulah aku dedahkan siapa beliau,kene jaga juga privacy orang.

Semasa aku hendak melawati blog beliau,aku dapati beliau telah bercerai talak 3 di arena blogger  atas sebab yang aku sendiri rasa kurang wajar untuk beliau mempertaruhkan karier blogger beliau walaupun setakat suka suka, namun ia ada keistimewaanya yang tersendiri.Tapi kita kene hormati keputusan beliau dan aku cuma berdoa semuga hatinya terbuka  untuk rujuk semula.Kepada rakan rakan blogger yang lain....teruskan..

Sekarang jam di dinding menunjukkan lagi 10 minit ke pukul 12 malam dan diluar hujan mula turun ,kadang lebat kadang renyai je....sedap tido ni.mata pun dah mengantuk..so....aku mintak diri dulu ye....jumpa lagi ,assalamualaikum..






PLKN -3-2012-Bandar pinggiran pelangi Muadzam Shah Pahang

Salam..


                                                                                                                                     
STADIUM MPS.....itulah tempat yang aku kene tuju pagi tadi.Bukan ada aktiviti apa pun kat stadium tu,berjogging jauh sekali ,cuma pagi pagi buta hari aku kene bertolak dari Sabak Bernam ke Stadium Mps untuk menghantar anak aku  ke PLKN.Dengan mata yang mengantuk aku drive selama 4 jam baru sampai ke stadium tu.Itu pun melilau aku mencari stdium tu....apa tak nya dah lama sangat aku tinggalkan area Selayang ni.Jalan pun dah banyak berubah,papan tanda pun dan banyak terpacak kat sana sini macam pesta pulak.

Alhamdulillah...lebih kurang jam 7 aku sampailah ke stadium tu.Aku terus mencari kawasan parking dan aku park dikawasan yang telah disediakan oleh MPS.Aku perhatikan setiap kereta yang park disitu .Pelik....aku perhatikan pada setiap dashboard kereta kereta dia orang,ngapa tak pamerkan tiket parking......walhal kat depan tu ada mesin  untuk bayaran parking.Ah...lantak dia orang lah...yang kene saman ko bukan aku.Sampai di mesin tu.......Laaaaaa..patut lah dia orang tak ada tiket parking,rupanya semua mesin bayaran parking dah meninggal.....innalilla..

Tak apalah,nak buat macamana....aku pergi berserapan dahulu sementara menunggu masa untuk pendaftaran.Lebih kurang dalam pukul 10.30am dan bas bas PLKN dah bergerak kedestinasi masing masing,aku pun menuju ketempat    parking.Bila sampai disana aku perhatikan kesemua kereta tadi, terselit surat saman termasuklah aku sekali,RM60.00 ...........menyumpah juga aku dalam hati.Aku cuba juga cari petugas petugas MPS yang tau menyaman je kerjenya tanpa selidik terlebih dahulu.Takkan dia orang tak terfikir ,ngapa dalam satu kawasan parking tu semua kene saman,mesti ada sebab.Menyumpah lagi aku......dah buat dosa kering pulak.

Sebab tak puas hati aku terus ke pejabat MPS dan jumpa pegawai bahagian saman untuk bertanya ngapa kene saman sedangkan semua mesin bayaran rosak,bukan tak mampu atau tak mahu nak bayar kalau setakat rm0.50 sen je...tapi nak buat macamana kalau mesin dah rosak.macam macam lagilah yang keluar sampai aku sendiri pun tak ingat apa yang aku dah cakap.Last last dia bagi borang suruh isi dan tunggu dalam masa 2 minggu dia akan call balik....tu je.Tak apalah ,2 minggu 2 minggu lah....janji aku dah luahkan apa yang aku tak puas hati dengan tindakkan petugas petugas yang kerja membabi buta je.




Impianku hampir tercapai....

Salam...

TERCAPAIKAH....

                                                            SOLIDWORKS DRAWING

Tau tak gambar apa yang tertera diatas.Aku rasa kalau sekali pandang korang mesti tau mesin apa ini.Tapi kalau maseh ada jugak yang terbelek belek ,ni aku bagitau...ni mesin pengacau dodol,bukan mesin untuk menumis sayur atau menggoreng ikan ye....he..he...he.Sebenarnya untuk menghasilkan drawing yang menggunakan perisian Solidworks ini ia mengambil masa seminggu jugalah untuk menyiapkanya.Dalam masa seminggu tu jugalah aku memerah otak mencari idea untuk menghasilkan mesin pengacau dodol sesimple yang boleh.."Dekat kedaikan ada jual......."itu mungkin soalan atau desas desus yang akan aku dengar.Tapi bagi aku,aku puas bila mesin tu hasil dari ciptaan aku sendiri.Untuk merealisasikannya,  kenelah aku hantar pula pada yang pakar dalam merealisasikanya.

Ini adalah impian aku dari aku duduk kelang dan bekerja makan gaji,dan sekarang aku telah meletak jawatan dan berpindah kekampong diSungai Panjang semata mata untuk mencapai impian aku membuat perusahaan dodol sendiri,makan gaji sendiri dan kerja ,tak leh lah sorang diri.

Buat masa sekarang sementara menunggu mesin tu siap,aku menggunakan kudrat 4 kerat aku untuk menghasilkan dodol.Dodol labu lemak dan dodol kismis ,itulah percubaan pertama aku dan hasilnya....habis dijual.Alhamdulillah......





Janggal rasanya......

Salam kepada semua...

Terasa janggal pulak untuk aku memulakan semula kerjaya part time blogger setelah hampir setahun aku tinggalkan.Mula mula bila menghadap komputer ni ,aku dah lupa bagaimana rupa blog aku.Kadang tertanya tanya juga maseh hidup lagi ke blog aku ni atau dah dikitar semula oleh Google.Maseh adakah orang yang sudi singgah lagi ke rumah aku setelah sekian lama tak ada khabar berita.Maseh adakah rakan rakan blogger yang singgah menjenguk.Segala galanya bermain difikiran aku lebih lebih lagi disaat aku melayari Google untuk mencari blog aku.Alhamdulillah rupanya blog aku maseh hidup lagi dan maseh ada juga yang sudi menjenguk walau tiada entry baru.Terima kaseh......

Disaat aku menaip entry ini aku maseh pening pening lalat juga bila melihat simbol simbol yang terdapat dalam ruangan catatan ni.......memang aku dah tak berapa ingat apa fungsi fungsi setiap simbol tu.Jawapanya merangkaklah aku seperti bayi yang baru nak belajar berjalan.



NAK MULA BALIK

Kata orang alah bisa tegal biasa.....dan mungkin dalam beberapa hari lagi ,itupun kalau rajin dan ada idea,aku akan aktif semula untuk berblogging.....tunggu...

Gen2 :Masalah Knocking

Salam...

Selamat bertemu semula setelah sekian lama aku menyepi diri dari mengupdate blog aku ni.Entry permulaan ini aku ingin membantu seseorang yang telah menghantar email kepada aku  bertanyakan masalah bunyi bising pada bahagian cylinderhead untuk kenderaan yang berjenama Gen 2.Maka disini aku akan cuba membantu sedaya yang aku mampu dan berharap agar ianya mudah untuk difahami kerana ia akan diterangkan secara simple.

KNOCKING

Sebenarnya knocking bukan berpunca dari cylinderhead sahaja.Mungkin berpunca dari bahagian lain juga ,contohnya seperti Distributhor yang tidak dilaras dengan betul.Tapi aku akan tumpukan pada bahagian cylinderhead sahaja kerana aku mahir bidang itu je.

Langkah pertama


  • Sekiranya cylinderhead anda tidak menghadapi masalah lain selain dari Liftervalve,tak perlulah anda melakukan topoverhoul.Cukup sekadar membuka cylinderhead cover,keluarkan campshaft dan keluarkan kesemua Liftervalve.
  • Cuba perhatikan dalam liftervalve tadi terdapat satu lagi adjustment valve yang lebih kecil sebesar batang pensil.Adakah ia sama tinggi antara satu sama lain.
  • Sekiranya kesemua ketinggian  adjustment valve sama,cuba pula tekan sekuat mungkin adjustment valve tadi.Sepatutnya dalam keadaan normal ia memang susah untuk ditekan masuk kerana didalamnya mengandungi minyak pelincir.Tapi sekiranya terdapat masalah padanya,ia akan tenggelam apabila ditekan .
  • Sekiranya ada beberapa yang tenggelam bermakna terdapat kerosakkan didalamnya.Mungkin spring nya telah patah atau ballbeareng terlepas dari kedudukkanya yang menyebabkan minyak pelincir terkeluar dari tempat takungan ya.
  • Cuba keluarkan dengan mengetuk atau menghempaskannya (bukan dibaling ye...)dengan cara menelangkup (permukaan adjustment valve sebelah bawah) pada permukaan rata,kalau boleh pada permukaan  yang keras dengan agak perlahan lahan hingga dia keluar.Pastikan keadaan sekeliling bersih kerana sekiranya komponen adjustment valve telah keluar, ia akan terjatuh dan akan meyusahkan anda untuk mencari barang yang sangat kecil.Keluarkan kesemua 16 adjustment valve dan buang minyak yang terkandung didalamnya sambil perhatikan sekiranya terdapat kerosakan pada bahagian lain.
  • Setelah siap pasang semula kesemua adjustment valve tanpa mengisi minyak didalamnya.
  • Setelah siap pasang semula pada cylinderhead tanpa mengira urutan kerana kesemua liftervalve dalam keadaan kosong tanpa minyak.
  • Setelah siap kesemuanya dan anda berpuashati,cuba hidupkan enjin kenderaan anda,Anda akan dengar bunyi yang agak bising sekitar 2 atau 3 minit kerana proses pengisian semula minyak pada liftervalve tadi.Itu adalah perkara normal.

Harap anda faham dengan apa yang saya terangkan.Namun kesimpulannya mungkin salah satu liftervalve anda ada kerosakan pada bahagian dalam terutamanya spring mungkin telah patah yang menyebabkan liftervalve tidak dapat berfungsi dengan betul akibat kekurangan minyak didalamnya.
Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian