SALAM
Malam ni lepas makan malam aku cuba luangkan sedikit masa aku untuk menziarah blog blog yang pernah aku ziarahi dulu semasa tengah aktif berblogging.Bukan apa cuma nak jenguk jenguk je.......nak tau gak siapa lagi yang masih aktif dan siapa yang sewaktu dengan aku.
Satu demi satu aku lawati blog korang dan apa yang aku dapati,tak serancak dulu lagi .Kekerapan publis entry pada setiap blog pun dah semakin berkurangan,kalau dulu seminggu 2 atau 3 entry,tapi sekarang 1 entry untuk 1 minggu ,2 entry untuk 1 bulan dan kadang ada juga yang terus tidak menghasikan entry langsung dalam jangka masa yang lama termasuklah aku sendiri.Tapi sekarang aku pun tengah mencari mood untuk aktifkan semula blog aku yang telah lama sepi ni.....
Namun aku maseh berbangga kerana maseh ada yang setia berblogging walau pun agak slowdown,seperti seorang rakan blogger kita dari johor ni ...katanya sedang mencari mood berblogging semula, tapi aku perhati entrynya sentiasa update.Semuga dia akan terus berblogging semula seperti dahulu.Dalam gembira ni pun ada juga terselit perasaan sedih atas kehilangan salah seorang blogger kita,Rasanya tak perlulah aku dedahkan siapa beliau,kene jaga juga privacy orang.
Semasa aku hendak melawati blog beliau,aku dapati beliau telah bercerai talak 3 di arena blogger atas sebab yang aku sendiri rasa kurang wajar untuk beliau mempertaruhkan karier blogger beliau walaupun setakat suka suka, namun ia ada keistimewaanya yang tersendiri.Tapi kita kene hormati keputusan beliau dan aku cuma berdoa semuga hatinya terbuka untuk rujuk semula.Kepada rakan rakan blogger yang lain....teruskan..
Sekarang jam di dinding menunjukkan lagi 10 minit ke pukul 12 malam dan diluar hujan mula turun ,kadang lebat kadang renyai je....sedap tido ni.mata pun dah mengantuk..so....aku mintak diri dulu ye....jumpa lagi ,assalamualaikum..
Comments (0)
Catat Ulasan