Salam blogger dan pembaca smua....
Sebenarnya aku membuat entry adalah untuk saudara Norman khasnya yang menghantar email bertanyakan cara cara untuk membuat adjustment tappet pada kenderaan jenis Kelisa atau Kenari.Bukan saudara Norman je,korang yang berminat pun boleh baca juga.Entry ini mungkin agak panjang lebar, tapi mana tau ianya boleh jadikan panduan untuk korang yang guna kenderaan jenis ni.Sebenarnya cylinderhead kedua dua kenderaan jenis ni adalah sama dan ia menggunakan sistem twin camp,sama juga dengan sistem yang digunakan oleh kenderaan keluaran jenama Toyota.Cuma ia berbeza dari segi fizikal sahaja.
Sebagai permulaan sebelum anda membuat penyelenggaraan untuk cylinderhead jenis ini anda perlu untuk mengetahui terlebih dahulu punca punca masalah yang menyebabkan ia perlu untuk dibaikpulih.Kebiasaannya masalah atau rungutan yang sering saya dengar kebanyakkannya ialah bunyi bising setelah ia dibaikpulih.Bunyi bising yang dimaksudkan ialah seperti bunyi serpihan besi.Aku tak tau nak sebut camna.Korang paham paham sendiri dah lah ye.....Kebiasaanya bunyi seperti ini berpunca dari cylinderhead.Selain itu asap yang berlebihan,penggunaan bahan api yang semakin berlebihan dan kehilangan daya pecutan pun penyebab ia perlu dibaikpulih.
Sebelum aku memulakan penerangan ini,aku nak tanya dulu samada anda hanya ingin membuat servis atau membaikpulih keseluruhan part part cylinderhead.Sekiranya hanya untuk membuat servis,ada baiknya anda membuat mark atau tanda terlebih dahulu pada beberapa bahagian yang penting seperti Valve.Liftervalve dan tining gear.Tapi sekiranya anda ingin membongkar kesemua bahagian cylinderhead,maka kesemua itu tidak diperlukan.Biarkan ia bercampur aduk .....tak ngapa.LANGKAH PERTAMA
Sebagai permulaan sebelum anda membuat penyelenggaraan untuk cylinderhead jenis ini anda perlu untuk mengetahui terlebih dahulu punca punca masalah yang menyebabkan ia perlu untuk dibaikpulih.Kebiasaannya masalah atau rungutan yang sering saya dengar kebanyakkannya ialah bunyi bising setelah ia dibaikpulih.Bunyi bising yang dimaksudkan ialah seperti bunyi serpihan besi.Aku tak tau nak sebut camna.Korang paham paham sendiri dah lah ye.....Kebiasaanya bunyi seperti ini berpunca dari cylinderhead.Selain itu asap yang berlebihan,penggunaan bahan api yang semakin berlebihan dan kehilangan daya pecutan pun penyebab ia perlu dibaikpulih.
Sebelum aku memulakan penerangan ini,aku nak tanya dulu samada anda hanya ingin membuat servis atau membaikpulih keseluruhan part part cylinderhead.Sekiranya hanya untuk membuat servis,ada baiknya anda membuat mark atau tanda terlebih dahulu pada beberapa bahagian yang penting seperti Valve.Liftervalve dan tining gear.Tapi sekiranya anda ingin membongkar kesemua bahagian cylinderhead,maka kesemua itu tidak diperlukan.Biarkan ia bercampur aduk .....tak ngapa.LANGKAH PERTAMA
bahagian atas
Setelah cylinderhead dikeluarkan dari enjin ia akan berada dalam keadaan seperti diatas.Tapi kebiasaanya cylinderhead dari jenis ini ,anda terpaksa mengeluarkan camshaft terlebih dahulu sebelum dapat mengeluarkan cylinderhead.Akan tetapi sebagai langkah berjaga jaga ,anda perlu membuat tanda atau mark terlebih dahulu pada timing gear.Ini penting untuk memudahkan anda apabila proses pemasangan semula nanti.Ada lebih baik anda menggunakan liquid pen kerana ia lebih jelas.Tandakan pada tanda titik sepeti gambarajah dibawah.
Timing gear
Selepas siap menanda,anda perlu pula perhatikan pada bahagian intake timing gear.Intake timing gear mempunyai 2 lapaisan gear dimana terdapat satu lubang skru bersaiz 6mm.Pada lubang skru itu memang tiada skru yang dipasang seolah olah skru tertanggal.Tapi ia sememangnya berkeadaan begitu.Anda perlu pasangkan skru pada bahagian itu sehingga menebusi pada lapisan gear yang kedua.Ini bertujuan untuk memastikan ketika anda mengeluarkan camshaft dari tempatnya,gear tadi tidak akan terpusing atau berseliseh.Sekiranya ini berlaku dan anda terus memasangnya semula tanpa meletakan gigi gear seperti keadaan asal,comform enjin kereta anda akan bising.Perhatikan cara pemasangan skru pada gambarajah dibawah.
Lock gear
Selesai mengikat skru,baru anda boleh keluarkan camshaft.Anda juga boleh keluarkan liftervalve,valve spring dan valve.Cylinderhead perlu dihantar ke mesin shop atau sebagai nya untuk menjalani proses baikpulih.Bahagian yang kerap dibaikpulih ialah valve seat,valve , valve guide dan surface skimming.Dari pengalaman aku selama membaikpulih cylinderhead dari jenis ini ,jarang berlaku kerosakan pada part part dia kecuali Valve guide/Sarung valve.Akan tetapi aku tidak menggalakkan anda menukar mana mana part yang sifatnya melekat pada cylinderhead kecuali terpaksa.Ini kerana sekiranya anda menukar bahagian tertentu contohnya seperti valve guide,peratus untuk mengalami kerosakkan semula amat besar.Bukan disebabkan material,tapi dari segi tenaga kerja yang kadangkala kita sendiri pun takut bila melihatnya.
Adjustment tappet
Setelah siap proses baik pulih, kini bab pemasangan dan adjustment tappet semula akan dilakukan .Tanpa memasang spring anda masukkan semula kesemua lifervalve kedalam tempatnya.Pasangkan camshaft bahagian outake (exzos) terlebih dahulu.Buat satu persatu kerana sekiranya anda memasang kedua dua camshaft,anda akan mengalami kesukaran untuk memusingkanya nanti.Perhatikan seperti gambarajah diatas.Ikat camshaft cap dengan kekuatan standard tork , sekitar 40 paund.Kalau tidak mempunyai tork spanar ,anda agak agak je dengan kekuatan tangan anda ,jangan tercabut pulak skrunya dah la...hehehe.
Feller gauge
Dengan menggunakan feller gauge tool,gunakan saiz 0.30mm untuk exzos dan 0.20 untuk intake untuk mendapatkan clearence antara liftervalve dengan camshaft.Caranya seperti gambarajah di atas atau dibawah ini.
Pastikan liftervalve rapat ke camshaft dengan cara menolak valve keatas sekuat mungkin seperti gambarajah diatas dan cuba masukan feller gauge.Untuk clearence 0.30,ianya mesti tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.Bagi memastikan anda memdapat ukuran yang tepat,gunakan saiz 0.25mm dan 0.35mm.Pastikan ukuran 0.25mm lepas ,sementara 0.30mm tidak lepas.Pastikan juga 0.30mm lepas tapi 0.35mm tidak lepas.Barulah anda akan dapat ukuran yang 90% tepat.Tandakan 123 atau ABC pada valve dan liftervalve yang telah siap diadjust clearence mengikut urutan bermula dari timing gear.Lakukan cara yang sama pada semua bahagian sehingga selesai dan sehingga anda merasa puas hati.
Valve
Kerja menggunakan tulang empat kerat ni kebanyakkanya tidak lari dari membuat kesilapan.Kesilapan yang dimaksudkan ialah proses menggosok atau memotong hujung valve (1) sekiranya terlalu ketat.Kadang terlebih ,kadang terkurang.Begitu juga kalau terlalu longgar,anda terpaksa membuat graidvalve pada bahagian yang bernombor (2).Tugas ini memerlukan kesabaran yang tinggi.Kalau tidak mempunyai kesabaran,alamat cylinderhead akan menjadi bahan sepak terajang korang.
Setelah siap kesemuanya, pasangkan semula cylinderhead kepada enjin blok dan masukan semula liftervalve kedalam tempatnya mengikut urutan tanda yang anda buat.Pasangkan semula camshaft dan pastikan titik timing gear betul kedudukannya,kemudian pasangkan kesemua cap kecuali no.satu bagi memudahkan untuk anda memasang timing belt nanti.Setelah siap kesemuanya dan timing belt telah dipasang ,barulah anda boleh membuka semula skru yang anda pasang pada timing gear tadi.Jangan lupa......Sekiranya terlupa ,mungkin gigi gear anda akan hancur .Satu masalah lagi.
Sampai disini dahulu penerangan dari aku semuga anda akan mendapat manfaat darinya.Sekiranya anda kurang faham dan ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut email kan sahaja kepada aku .
Wassalam...
Comments (96)
24 September 2012 pada 2:54 PG
Selalu juga singgah kat worksyop nengok member buat baikpulih enjin kereta, tapi tak boleh masuk kepala hahahah agak sebab bukan line aku
24 September 2012 pada 8:59 PG
Ni mesti tak baca habis.....hehehe
25 Mac 2013 pada 2:06 PTG
Nk tye...lau gear 2 xikat ley adjust balik x....sbb kawan dh penah kene mmg bunyi mcm bearing dh pecah...ley bg penjelasan....
25 Mac 2013 pada 2:49 PTG
Saudara tanpa nama...Sebenarnya,cylinderhead yang menggunakan sistem lifter valve + shim,C/head perlu dikeluarkan terlebih dahulu(Top overhoul)kerana jenis ini tidak sama dengan C/head yang menggunakan sistem rocker arm.Sekiranya clearence antara lifter dengan camshaft lube terlalu banyak valve terpaksa dipotong semula agar kedudukan valve menjadi rendah sedikit.Bila valve semakin rendah secara otomatik ia akan menolak liftervalve lebih rapat kepada camshaft lube.Disitulah saudara boleh membuat proses tappet adjustment berapa clearence yang saudara perlukan.Untuk mendapatkan clearence, valve perlu dipotong pada bahagaian hujung sedikit demi sedikit sehingga dapat clearence yang saudara kehendaki.Kalau saudara tidak berapa jelas,saudara boleh tinggalkan komen disini sekali lagi dan saya akan updatekan satu entry berdasarkan persoalan yang saudara ajukan.Harap dapat membantu.Terima kaseh atas kerana sudi bertanya.
26 Mac 2013 pada 3:18 PTG
Tq sbb bg information....lg satu soalan mcm gmbr rajah kt ats 2 sblum nk buka twincam kne lock dlu...np sy hntr krte sy (kelisa) pomen xde wt mcm 2....lpas 2 bunyi kasar pomen kate shim yg bnyi.....kre kn twincam jln xcantik....mcm mne nk atasi msalh bnyi bising 2....bley ke gear intake 2 setting blik ke asl...ke tukar baru....kusut sy ngn bunyi 2...ad pape efect x....tolong jelas kn...
26 Mac 2013 pada 10:15 PTG
saudaara,memang bunyi akan kasar bila lingkaran spring yang ada didalam gear tadi menjadi longgar akibat gear tdk dikunci semasa membukanya.Ok...utk atasi masalah ini,cuba buka semula camshaft yang berlapis sahaja atau kedua duanya.ikat camshaft pada vise agar mudah utk anda memusingkan gear nanti.cuba pusing gear sebelah atas ikut arah pusingan jam sehingga lubang skru pada gear atas bertemu pada lubang skru gear sebelah bawah.kemudian ikat dengan skru sehingga kedua dua lapisan gear tidak terpusing semula.pasangkan semula pada cylinderhead dan pastikan timing gear telah betul.ikat semula camshaf dgn berhati hati.Sekiranya enjin masih bising bermakna shim tappet telah bermasalah.mungkin kerana efect dari camshaft gear yang longgar tadi.Harap ini dapat membantu.
27 Mac 2013 pada 10:05 PTG
Orait tq bro....kbnyakkan pomen byk yg xtao hal ni...smpai sy beli sebiji head...sbb bnde 2 je...skrang sy dh tao snang sket....kire enjin kelisa ni simple je....sbb rmai kate twincam double pulley....sdangkn single pulley....time kasih ats panduan yg diberikn...ad ape2 mslah sy akn kemukakan lg soalan....
31 Mac 2013 pada 10:35 PTG
salam. nak tanya kat mana nak cari orang repair kenari coz kete saya kadang2 tak bleh hidup
3 April 2013 pada 10:08 PTG
maaf lambat balas soalan .kenari dan kelisa mempunyai sistem enjin yg sama.mana mana bengkel boleh buat repair ,bergantung pada jenis kerosakan.kalau masalah tak bleh hidup cuba rujuk pada tajuk "punca kerosakan" dlm blog ini.semuga dapat membantu.
28 April 2013 pada 10:50 PTG
halo...knari sya asal naik bukit jak bru tukar gear atas mesti byi geger gear handle....apa pyelesaian bro mnta tunjuk ajar...
28 April 2013 pada 10:51 PTG
@ tukar gear atas.(pmbetulan)
28 April 2013 pada 11:23 PTG
Maaf tanpa nama....bidang saya hanya menjurus pada bahagian cylinderhead sahaja,jadi saya tidak berani untuk menjawab persoalan itu,tapi cuba saudara cuba periksa bahagian mounting,rod yang yang menghubungkan gearbox kebahagian tengah body atau sarung plastik yang memegang handle gear.Terima kasih.
4 Julai 2013 pada 7:52 PTG
Slm.trima ksh untk info.amat berguna. cm sdikit soalan tuan.kereta sy br ni overheat and then slps tu head bunyi mcm teksi enjin diesel.dah buat skimming.temperature dah ok cm bnyi tu sedikit mganggu pemanduanku.suspected. bunyi tepet kot.mtk tuan kgsikan ilmu kotkot bnda lain yg bunyi.
4 Julai 2013 pada 10:15 PTG
Salam....Skimming cuma untuk memastikan enjin tidak kehilangan compression setelah gasket mengalami kerosakkan akibat overheat.saudara perlu membuat grain valve dan adjustment tappet semula untuk mendapatkan prestasi yang asal semula.Sila rujuk pada tajuk utama "sudut baikpulih cylinderhead "pada bahagian menu blog ini.Disitu saya ada terangkan berbagai langkah dan cara mengatasi masalah masalah yang berlaku terutama pada bahagian cylinderhead.Terima kasih atas komen saudara.sekiranya ada masalah sila tinggalkan komen dan saya akan cuba membantu sedaya mungkin.
30 Julai 2013 pada 4:49 PTG
Selalu nya aper yg menyebabkan penggunaan minyak kuat selepas tukar camshaft kenari nie??
30 Julai 2013 pada 9:53 PTG
Salam saudara Syahrur....sebenarnya penukaran camshaft tiada kene mengene dengan penggunaan minyak yang kuat.Biasanya pengaruh utama penggunaan minyak yang kuat adalah disebabkan penyelarasan timing yang tidak tepat atau berlakunya kebocoran pada sistem compress dalam ruang pembakaran terutama pada bahagian valve.Ini tidak termasuk kerosakan pada bahagian makenikal yang lain.Cuma yang menjadi persoalan saya mengapa saudara menukar camshaft kerana camshaft amat sukar untuk mengalami kerosakan kecuali saudara melakukan pengubahsuaian atau upgrade kepada camshaft yang lebih hight.
4 Ogos 2013 pada 10:13 PG
Saya menukar camshaft kerana gear camshaft sy telah longgar menyebabkan timing gear telah lari dan tidak boleh hidupkan enjin.
Pertama kali menukar Camshaft menyebabkan penggunaan minyak yg sgt kuat so sy bercadang menukar sekali lagi camshaft.
Penukaran Camshaft kali kedua telah menyelesaikan isu penggunaan minyak tp ader isu menyakitkan telinga sebab bunyi enjin yg sgt kuat datang dari pada salah satu gear camshaft yg telah longgar.
So sy bercadang menukar sekali lagi camshaft cuma soalan sy bolehkah tepet adjustment ini dilakukan hanya mengantikan camshaft tanpa mengeluarkan valve2 yg ader dlm head.
Boleh bg cadangan bengkel2 yg bleh wat kerja nie tak tuan sbb rs ny dh byk dh sy abis utuk repair head kenari nie sajer..
4 Ogos 2013 pada 10:17 PG
kemungkinan ader bocor dr valve tue sbb penukaran kali kedua sy tukar sekali satu set head sbb menurut mekanik minyak hitam ader bercampur sekali dengan petrol ..
4 Ogos 2013 pada 11:10 PTG
saudara Sahrur......yang saudara maksudkan gear longgar tu mesti gear yang berlapiskan.untuk jawapannya ada pada ruangan komen dari saya diatas yang ketiga.Untuk pemasangan semula gear camshaft model kenari /kelisa/camry,saudara perlu setkan semula pusingan gear pada kedudukan asal sebelum memasang semula pada cylinderhead.Sekiranya tidak dilakukan ,ia akan menghasilkan bunyi yang amat bising.Untuk masalah adjustment tappet pula,valve terpaksa dikeluarkan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.Saya rasa mana mana makenikpun tidak akan sanggup melakukan kerja sebegitu memandangkan ianya amat sukar untuk dilakukan.Kalau bolehpun tentu kos nya amat tinggi.Untuk beri cadangan bengkel yang sesuai untuk membaiki masalah saudara agak sukar sedikit memandang saya tidak tahu saudara duduk area mana.
4 Ogos 2013 pada 11:34 PTG
Saudara sahrur....sekiranya minyak hitam bercampur petrol ia akan menyebabkan asap yang banyak pada saluran exzos.Pada bahagian cylinderhead,sekiranya minyak hitam bercampur petrol bermakna valve guide telah longgar dan valve seal bahagian intake(minya) telah mati dan perlu diganti semula.Untuk menggantikannya cylinderhead perlu ditop overhoul.Saya ingin membantu akan tetapi ada beberapa persoalan yang perlu saya tanya tentang cylinderhead yang pertama.Sekiranya saya saya dapat tahu jawapanya,saya akan keluarkan satu entry untuk saudara apa langkah yang perlu saudara lakukan untuk mengatasi masalah ini.Harap dapat membantu
22 Ogos 2013 pada 11:40 PG
Trimakasih saudara.. dgn info saudara kerja sy siap dgn masa yg singkat..
28 Ogos 2013 pada 9:59 PG
sy ada masalah.kelia sy bla waktu pg bla kita star,stator x dapat berfungsi.jdi sy star melalui soleniod blh hidup..apa masalah dia..
28 Ogos 2013 pada 11:26 PTG
Cuba minta makenik agar membuatkan relay .
4 September 2013 pada 1:13 PTG
klau da adjust cam gear pd lock asal n pasang balik.. tetap bunyi bising.. adakah cam gear blh problem
6 September 2013 pada 11:24 PG
Maaf lambat membalas komen anda ...masalah wifi connection.Sekiranya cam sudah diadjust dengan betul namun masih ada bunyi bising bermaksud clearence antara lifter dengan valve terlalu besar atau melebihi0.25mm.Sila buat adjustment tappet semula.
6 September 2013 pada 9:05 PTG
tp bunyi tu jelas dan nyata dekat area cam gear.. sy try tukar head lain masih sama juga.. padahal sy da lock cam gear sebelum buka n pasang.. tp keadaan masih sama.. adjustment tappet mmg x melebihi 0.25
6 September 2013 pada 10:02 PTG
Kebiasaanya tiada masalah sekiranya kita membuka dan memasang semula cam gear sekiranya betul caranya.Persoalanya sekarang adakah bunyi itu terhasil selepas membuka dan memasangnya semula atau ia memang berbunyi sebelumnya.Sekiranya ia memang berbunyi sebelumnya bermakna terdapat masalah dalam lingkaran spring dalam cam gear .Cuba buka lapisan gear tersebut atau lebih mudah gantikan sahaja kepada cam yang baru atau secondhand.
23 September 2013 pada 1:40 PG
Bagus bro....explaination yg senang.....baru nak oberhaul keter member next week.......kalu tak.....selamber jer aku buka camshaft tanpa lock.....
23 September 2013 pada 9:48 PTG
thanks bro......sudi membaca kandungan entry ni dan semuga ia memberi manfaat buat semua.
11 Oktober 2013 pada 2:09 PG
Salam bro. Mohon jasabaik bro supaya post gambar/imej timing Mark kelisa ni bro. TDC & BDC tah mana dia letak. Taj jumpa la bro. Tolong bro. emel pun cantik gak tu. Terima kasih banyak bro.
emel: irnajmi@gmail.com
13 Oktober 2013 pada 10:27 PTG
Maaf saudara lambat membalas.malangnya saya tidak dapat memberikan imej yg saudara pinta memandangkan komputer saya rosak sekarang ini.jadi saya boleh rujuk pafa blog " bengkel outomotif.blogspot.com".terima kaseh dan maaf kerana takat ni saja yg saya boleh bantu.
18 Oktober 2013 pada 12:41 PG
Salam..bro..nk tye ckit la sy pki enjin kelisa 1.0 kt kancil..sy pnye teppet berbunyi n kurg enak ddgr pas2 enjin sy bergegar sampi dlm pun rasa bile ideling n timing x brpe cntik adakah e2 efek dr teppet yg longgar?
18 Oktober 2013 pada 12:42 PG
22 Oktober 2013 pada 9:31 PG
Salam,mcmn nk adjust tu camshaft ,sbb sblm ni pomen buka x pasang skru utk lock?
22 Oktober 2013 pada 9:34 PG
Apa saiz oilseal yg melekat pd cover enjin kelisa tu?
10 November 2013 pada 10:02 PTG
Salam tuan ada no hp ke...saya nak repair kerta kelisa sayalah
12 November 2013 pada 2:06 PTG
Salam mohon bantuan bleh bg no fon x.?
12 November 2013 pada 2:07 PTG
Salam mohon bantuan bleh bg no fon x.?
17 Disember 2013 pada 8:14 PG
salam. saya baru jer full overhaul enjin kenari tapi bunyi enjin still kuat lagi. bila tanya kat tauke kedai tu dia cakap yang enjin kenari tak boleh tuning atau adjust tappet.
21 Disember 2013 pada 7:50 PG
Pastikan clearence antara valve dan lifter bersesuaian.untuk kenari atau kelisa , intake 25 dan outake 20.
21 Disember 2013 pada 7:52 PG
Sila baca artikel diatas.semua cara ada saya terangkan disimpan disitu.
4 Januari 2014 pada 10:52 PTG
salam tuan..sy baru siap full overhaul viva 1.0..sy da ikut step2 yg tuan bagi..selepas overhaul keta x boleh hidup..sy tukar piston nisan march 72 mm low com dan grain valve..harap dapat nasihat dari tuan..
4 Januari 2014 pada 11:06 PTG
tambahan-
spark plag basah tapi api ada..
feul injector pun ok ada minyak menyembur..cuma sy nampak feul injector viva ni besar skit..mungkin tuan keta ni da upgret injector..
16 Januari 2014 pada 9:39 PG
Saya nk tny
16 Januari 2014 pada 10:01 PG
Salam. Sy menpunyai taxi hyudai sonata enjin timing chain. Baru2 ni kereta mengalami low compression di block no 3. Boleh x tunjukkan gambar head adakah sama mcm jln kerja head kelisa. Tq
27 Februari 2014 pada 12:08 PTG
Sallm saye ad kete viva mslh dia bila kite tkn minyk Kt roker caver Kuar myk htm KT paip oberflow
8 Mac 2014 pada 7:25 PTG
Assalamualaikum Tuan..sy baru beli kelisa 2nd hand..tetapi sy rasa penggunaan minyak dia kuat..sy dah set ukuran penggunaan minyak kelisa yg sy beli sebanyak 21sen per km..penggunaan didlm bandar KL. sy menggunakan kelisa auto 1000cc tahun 2005. Kalau boleh tuan tlg berikan bengkel yg sy boleh percayai..terima kasih tuan.
17 April 2014 pada 11:15 PTG
Salam..nak tanye skit..kawe punye head bunyi bising walau dah g repair 2 kali..adakah punca drpd x pasang nut kat timing gear td?atau gab valve dah longgar?
20 Julai 2014 pada 7:01 PTG
Salam sy nk brtny sikit..minyak hitam slalu bekurngan pada kenari sy..tp tiada asap putih yg keluar (hny keluar pd waktu pagi mse hdupkn enjin) tp sy dapati bnyk kesan minyak pd head / enjin sy...adakah top overhaul sudah memadai utk selesaikn msalah ini atau perlu major overhaul? -hairul- TQ
5 Februari 2015 pada 10:19 PTG
16 Mei 2015 pada 10:04 PTG
salam....tumpang tanya gear berlapis tu ade pd intake cam atau exhaust cam...lpas tu sy kurang pham kaedah nk set balik gear tu...sbb pd bhagian komen nie sy bce"pusingkan gear atas sehingga bertemu dengan lubang skru pd gear dibawah..."ape mksd gear atas dan bwah tu...
17 Jun 2015 pada 12:52 PTG
As salam
Tumpang tanya.. Sekiranya kita xlock gear tu dan terdapat bnyi bising, ada masalah tak sekiranya dibiarkan?
25 Januari 2016 pada 9:39 PTG
Salam tuan
Nak tanya ni,knp bunyi head viva sy mcm ada bergeser?
Baru buat top overhaul minggu lepas.. Bila mula start xde bunyi,bile enjin dh panas br bunyi tu muncul..
Keterangan tuan amat sy hargai
2 April 2016 pada 2:23 PG
Salam
..nak tanya...engine myvi 1.0 tak boleh hidup bila siap overhaul....apa punca nya...
Dan lg 1....engine myvi 1.0 punya camshaft gear dia dh longgar...adakah dia penyebab engine tak boleh nak hidup...timing belt camshaft longgar
...sila bg penjelesan....saya 4hari makan tak lalu sb di timpa masalah ni...atau hubungi sy...0177244705...sy perlukn bantuan sgt
2 April 2016 pada 2:24 PG
Sila hubungi sy...
10 Mei 2016 pada 8:23 PG
semua jenis kereta myvi x guna timing belt.tapi menggunakan timing chain
5 Disember 2016 pada 1:55 PG
myvi 1.0cc menggunakan timing belt..
untuk model 1.3 keats menggunakan timing chain
18 Februari 2017 pada 1:02 PG
Salam .nk tanya skit.keta kelisa saya bila start waktu pagi ..bunyi tepet agak kuat..lepas 2 atau 3 minit bunyi tu hilang...apa masalahnya aa..
18 Februari 2017 pada 1:07 PG
Salam..nk tanya skit..keta kelisa saya bila start waktu pagi bunyi tepet agak kuat...lepas 2 atau 3 minit bunyi tepet hilang..camna nk buat...
24 Mac 2017 pada 8:45 PTG
Oh..itu mngkin sbb mnyk hitam blm naik ke head lg..biasaalh proses mengepam makan masa sikit
12 April 2017 pada 1:23 PTG
Salam kereta kelisa saya bila start ada bunyi getaran dlm berapa saat..lepastu hilang.. tapi bila tekan minyak ada balik bunyi tu..bila lepas minyak hilang..apa masalah ye?
13 Jun 2017 pada 3:04 PTG
Bro, mcmne nk adjust clutch.. kereta kawan clutch pendek sgt.. sangkut aje nk masuk.. takut gear box lak rosak nnt..mohon cerahan
30 Ogos 2017 pada 10:49 PTG
dalam proses mengosok atau memotong valve yg bertanda (1) jika terlalu ketat, apakah bahan atau alat yg sesuai digunakan?
contoh kertas pasir dan grainder.
12 September 2017 pada 8:57 PTG
Salam bang bole tinggal kan fon number..senang contact..tak pon tolong contact saya bang..0142668056
12 November 2017 pada 11:48 PTG
Salam..nk tya 1 soalan..making smua ok..petrol smua jln lncar.plug pun brbau petrol..tapi kereta msih xhidup..bgaimna nk atas kelisa ni ya dhinai adnan..dh srabut ni..xtau nk buat dh..tlong pjelasan jap
16 Disember 2017 pada 7:08 PG
Bagi no tel n lokasi bengkel dimana
11 Januari 2018 pada 4:52 PTG
salam bos, boleh tunjukkan cara untuk ejust teppet untuk kereta saga iswara
14 Februari 2018 pada 7:33 PTG
Sekira'y sda buka semua tapi terlupa tanda dari awal blh tnjuk ajar tak,mcm mna nk simpan lifter valve dan lock gear kem?...
16 Februari 2018 pada 7:23 PTG
Aslmkum..tepet knari sya bising sungguh da obohol baru sebulan,awal kuar bngkel knari tpet da riuh,yg pakai anak lelaki sya pun riuh jgak bila bawak,sedangkan anak sya pndiam orgnya..agak kos edjust tepet knari kbiasanya bpa ye harganya..
26 April 2018 pada 9:06 PG
Salam tuan nak tnya...apa masalah engine myi 1.0 bunyi engine bising..tak sdap dngar..bunyinya sperti tek3..dan bacaan rpm ats 1000-2000 daa..bila psang aircon..bunyi tek3 smakin ktara..bunyi sprti tek3 tu jd slow..dan mcm ada blngar dlm engine..boleh jelaskn apa mslahnya??
26 April 2018 pada 12:39 PTG
Engine jg rsa bgegar bila pasang aircon..adakah puncanya taiming engine tda btl atau cam shaft tda diselaraskan dengan betul..?
7 Julai 2018 pada 11:30 PTG
Salam tn..lama dh cari maklumat untuk adjust tepet kenari.br jumpa..andai kata tn ON blk blog ni mohon wasap sy jika x keberatan..sekadar ingin bertanya detail mengenai adjust tepet
wasap.my/60122706056 wan
4 Ogos 2018 pada 1:18 PG
Bgi mkn nasi
4 Ogos 2018 pada 1:25 PG
Sekiranya clucth plate masih baru..tmpat ejas nya dkat dlm bonet depan bwh bateri..disitu sudah nmpak cable clucth..ketatkn ikut jam jika mahu clucth tggi..jikalau mahu clutch rendah pusingkan lawan jam..
4 Ogos 2018 pada 1:30 PG
Ejas tppet iswara marking dahulu top timing belt..kemudian 1 dan 2 intake 20mm..mnakala 1 dan 3 exzos 15mm.. Sesudah selesai tu pusing pulley smpai pulley cam ke no.contoh 424 selari dgn marking anak panah di prmukaan head..lepastu ejas 3 dan 4 intake 20mm..manakala 2 dan 4 exzos 15mm
20 Ogos 2018 pada 10:54 PTG
Hello tuan..macam mana nak set balik timing kat gear camshaft tu..dah buka..lupa pasang bolt untuk lock gear tu.
25 September 2018 pada 10:38 PTG
Salam...tuan...sy pnya viva bru buat grind valave...tp jd clearance kurang...maknaya terketat...nk buat mcmne...perlu tukar valve baru le
14 Disember 2018 pada 9:53 PTG
Tuan. Saye dah buat tapi masih bising lh. Bagaimana ye
21 Februari 2019 pada 12:57 PG
Sama masalah
5 Mac 2019 pada 11:21 PG
Selamat pg,nak Tanya in,kenape bahagian tortalbody kelisa saya ada mengeluarkan bunyi angin.ada kesilapan pemasangan ke
5 Mac 2019 pada 11:22 PG
Selamat pg,nak Tanya in,kenape bahagian tortalbody kelisa saya ada mengeluarkan bunyi angin.ada kesilapan pemasangan ke
27 Mac 2019 pada 7:21 PG
Salam tuan. Saya guna kelisa. Baru ni saya tukar o ring pd oil filter housing. Masalahnya o-ring yg baru beli tu ada 3 biji. 2 psg pada oil filter housing. Satu lg tu pasang kat mana ?
10 April 2019 pada 1:05 PG
Bole tunjuk ajar bacaan teppet untuk kancil 850 manual
3 Jun 2019 pada 12:08 PG
Intake' 25 exzos 30 kancil tappet
9 Ogos 2019 pada 10:42 PG
Siapa nk bljar laras kn valve bole kol saya no 0124224555 Kamal Perlis
13 Februari 2020 pada 2:27 PTG
Brpe hrga untuk ejas camshaft viva
13 Februari 2020 pada 2:28 PTG
Brpe hrga untuk ejas camshaft viva
16 September 2020 pada 10:20 PTG
Bos boleh wassap Saye manual book untuk engine kelisa ni.. Saya nk overhaul engine.. Nk tahu spek torque Dan lain2.. 0178695177
21 Oktober 2020 pada 11:54 PTG
Brp ye kos utk tappet adjustment...
7 November 2020 pada 10:40 PTG
tuan...masalah kenari saya....valve lifter zhim...dah rosak..pecah bahagian tengah 4 biji..so...bunyi semaza engin hidup riuh ...bunyi besi longgar...mana nak order barang itu..saya dah tanya kedai sparepart tpt saya..tiada jual...
17 Januari 2021 pada 5:54 PG
17 Januari 2021 pada 6:03 PG
12 Mac 2021 pada 11:14 PG
salam tuan kalau buat clearance viva brpa mm
22 Mac 2021 pada 9:39 PTG
bos..mana boleh beli shim sim valce yang macam duit syiling tu yea
24 Mac 2021 pada 11:46 PG
Berapa neuton untk ikat head kelisa???
1 Oktober 2022 pada 1:02 PTG
Klau adjust masa head dh pasang boleh tak sbb head dh pasang.. Lps start enjin bunyi teppet
Catat Ulasan