Animasiku yang pertama.....





Salam blogger semua




Percubaan pertama aku



                      Rasanya sudah hampir seminggu aku tak update entry blog aku ni.Bukan apa...sibok sikit uruskan hal hal peribadi sampai tak sempat nak jengok blog aku ni.Kalau ada masa pun line pulak buat hal......maklumla musim hujan sekarang,line pun sejuk je nak masuk.Sebenarnya aku belum ada mood sangat nak buat post baru sebab tempias kesibokan tu masih ada lagi.Jadi malam ini aku cuma dapat postkan simple entry buat tatapan korang semua....hehehe jangan marah ye.Post aku ni mengenai  bab animasi enjin yang aku hasilkan melalui gabungan software solidworks + Photoscape.

                          Sebenarnya aku irihati melihat blog blog yang mempunyai animasi yang melambangkan identiti blog mereka sendiri.Jadi aku cubalah untuk hasilkan sendiri walaupun tak ada pengalaman lansung dalam bab bab membuat animasi ni dan akhirnya.Bawah ni aku tunjukan cara aku buat animasi yang belum siap sepenuhnya....hehehe.Part pertama hingga ke lima aku hasilkan dengan menggunakan perisian Solidworks.






Enjin blok

                         

Connecting rod





Crankshaft






Piston

                                                         



Tensioner

                                               

                                  Kelima lima part tadi aku gabungkan dengan perisian Solidworks juga dan setelah itu aku setkan kepada 18 bahagian dengan menggunakan software Photoscape.Setelah siap barulah aku upload menggunakan Imageshack dan copy dia punya HTML.Akhirnya siap seperti animasi yang diatas walau tak secanggih mana ,tapi aku puas sebab ia adalah hasil usaha aku sendiri.:)




C128/139





Cara pasang Recoil spring

Salam blogger....



                      Seperti yang saya perkatakan pada entry sebelum ini mengenai tajuk  Skru patah dan cara mengatasinya,disini saya akan terangkan pula bagaimana cara untuk membaik pulih rumah atau lubang skru yang telah rosak dengan penggunaan sejenis alat yang dikenali sebagai RECOIL TOOL.Ia mempunyai berbagai saiz dari sekecil 6mm hinggalah ke 25mm.Selain untuk kegunaan pada lubang skru yang telah rosak,ia juga digunakan untuk membaiki lubang spark plug yang telah rosak atau los.Imej dibawah menunjukkan apa yang dikatan Spring Recoil.Ianya hanya boleh didapati dikedai kedai hardware yang tertentu sahaja.Jadi anda kenalah rajin bertanya.


Recoil spring imej





                         Untuk menggunakan alat ini , beberapa peralatan lain diperlukan juga untuk lebih memudahkan kerja kerja membaik pulih seperti gambarajah yang saya sertakan dibawah.




Peralatan yang diperlukan




                          Kebanyakkan kenderaan buatan negara Jepun,saiz skru adalah dalam ukuran mm dan manakala keluaran dari negara Eropah menggunakan ukuran inci.Jadi pada post ini saya akan gunakan ukuran mm sahaja kerana ia lebih mudah untuk difahami.Saya akan gunakan saiz skru 8mm sebagai contoh kerana pada bahagian enjin lebih banyak menggunakan saiz ini. Sebagai langkah permulaan ialah dengan membesarkan saiz lubang skru yang telah rosak tadi dengan menggunakan handrill,Lihat gambarajah dibawah sebagai panduan.




Langkah pertama


                     

                            Untuk saiz skru yang berukuran 8mm,penggunaan drilling tool yang bersaiz 10mm diperlukan kerana apabila rumah / lubang skru telah rosak, secara otomatik akan ia akan bertukar saiz menjadi 10mm.Perlu dipastikan juga semasa membuat proses drilling,handrill mesti dalam keadaan statik.Tidak bergoyang kekanan atau kekiri kerana ia akan menyebabkan saiz lubang tidak sekata atau melebihi saiz yang dikehendaki.Ini akan menyebabkan recoil spring menjadi longgar bila dimasukkan dan mudah terkeluar semula.Untuk langkah kedua,lihat gambarajah dibawah.




Langkah kedua


                      Penggunaan tapping tool bersaiz 12mm juga diperlukan dan perlu diperkatakan juga semasa membuat proses tapping,handle mesti dalam keadaan stabil dan tidak senget untuk mendapatkan hasil yang baik.Gunakan WD40 sebagai cara untuk memudahkan ketika memusingkan tapping.Sekiranya hasil dari tapping tadi tidak sempurna,ia akan menyebabkan recoil spring sukar untuk dimasukkan.Sekiranya ia boleh masuk,berkemungkinan skru tidak dapat masuk ke tahap maksimum atau tersekat ditengah tengah.Langkah ketiga ialah proses memasukan recoil spring.Lihat gambarajah dibawah.



Langkah ketiga

                           Masukan recoil spring kedalam handle dan letakan pada lubang yang telah siap di tapping tadi dan pusing mengikut arah jam sambil menekan sedikit handle agar lingkaran spring dapat masuk kedalam laluanya.Setelah siap keluarkan handle dan ketuk bahagian tengah lock spring untuk mematahkannya.Keluarkan lebihan tadi dengan menggunakan air compressior. 

Langkah terakhir



                             Sebagai langkah terakhir cuba masukan semula skru tadi .Sekiranya terasa ketat cuba ketuk skru dari sudut kanan dan kiri secara perlahan lahan sambil memusingkan skru tersebut.Sekian dan saya berharap ini dapat membantu.






C124/136


                               







                             

                           



                     

                      

Skru patah dan cara mengatasinya




Salam blogger....




                 ''Alamak.......patah pulak skru ni.......".Itulah senario yang kadangkala dialami oleh kita ketika membuat kerja kerja membuka atau memasang skru pada mana mana bahagian enjin.Lebih memeningkan apabila skru yang patah separuh telah tertinggal didalam.Tentu sukar untuk kita mengeluarkanya.Silap silap kena keluarkan pula bahagian enjin semata mata untuk mengeluarkan satu skru yang telah patah.Memang tension.



Skru patah


                             Dari apa yang pernah saya pelajari sebelum ini.antara punca skru patah adalah disebabkan ia telah diikat terlalu ketat,berlaku pereputan pada skru akibat hakisan karat atau menggunakan sejenis gam yang dikenali sebagai LOCTITE semasa membuat pemasangan skru.Anda tidak digalakkan menggunakan loctite untuk kerja kerja pemasangan skru yang melibatkan pada bahagian bahagian skru yang dibawah saiz 12mm kecuali keadaan memaksa..Ini kerana saiz skru dibawah 12mm amat mudah  patah sekiranya kita membuka melebihi daya kekuatan skru itu sendiri.



Sejenis gam.


                            Sekiranya skru yang patah  masih terdapat lebihan (seperti gambar diatas),anda masih boleh mencuba untuk mengeluarkanya sendiri.Namun ia bergantung juga pada kekuatan ikatan skru tersebut.Tapi kata orang belum cuba belum tahu hasilnya.Untuk mencubanya.anda cuma perlu mengetuk skru tadi pada bahagian yang patah beberapa kali.Tapi jangan terlalu kuat .....takut rumah skru pula yang rosak.Lihat gambarajah dibawah.....


Cara ketukkan




Vise grip



                              Sambil anda mengetuk,cuba semburkan bahan anti karat atau sekurang kurangnya minyak pelincir bertujuan untuk memudahkan anda memusingkan skru tadi.Gunakan spanar vise grip dan ikat sekuat mungkin .Putarkan spanar tadi melawan arah jam.Sekiranya masih ketat,cuba lakukan ketukan semula .Lakukan langkah langkah tadi beberapa kali sehingga anda ada merasa sedikit gerakkan  pada skru tadi.Cuba mainkan dan gerakkan kekanan dan kekiri sambil semburkan bahan anti karat agar ia lebih mudah untuk berpusing.Ia juga bertujuan agar bebenang skru pada bahagian tapak tidak rosak.Namun seperti yang saya katakan tadi, samada bebenang skru rosak atau tidak sewaktu anda cuba untuk mengeluarkan skru yang patah tadi bergantung pada keadaan atau nasib.

                               
                               Bagaimana pula sekiranya rumah skru pula yang mengalami kerosakkan....?.Sudah tentu skru itu sudah tidak boleh diikat lagi kerana rumah skru telah longgar.Terpaksa anda menukar kepada skru yang bersaiz lebih besar sedikit dan ini akan melibatkan banyak kos dan masa untuk melakukan kerja kerja   pengubahsuaian .Untuk bahagian cylinderhead ,ia akan melibatkan kos untuk top overhoul,gasket,dan upah untuk kerja kerja membaik pulih lubang skru di bengkel bengkel baik pulih.




Special tool


                               Untuk pengetahuan anda salah satu cara yang agak mudah dan lebih murah sekiranya anda melakukan sendiri adalah dengan penggunaan sejenis alat yang dikenali dengan nama RECOIL seperti logo yang tertera diatas.Ia amat mudah dan terjamin kekuatanya disamping dapat mengekalkan saiz skru  yang asal.Maksudnya anda tidak perlu menukar skru kepada saiz yang lebih besar.Namun anda mesti mempunyai kemahiran untuk menggunakanya memandangkan ia memerlukan langkah demi langkah untuk menggunakan alat ini.Saya akan terangkan langkah langkah tersebut bagaimana untuk anda menggunakan alat ini pada keluaran akan datang. Semuga ianya berguna untuk anda semua.Jumpa dilain keluaran.





C123/132




Boring?....layan SimSimi

Salam blogger....




Hujan pulak

Hujan lebat petang tadi....mungkin membawa sampai ke malam.Boring betul............Kebiasaanya kalau malam malam cam ni aku dengan sepupu  aku akan ke Sungai untuk memancing ikan baung dan udang galah.Alaaa....suka suka je sebab aku pun bukan gila mancing sangat pun.Itu kata kata dulu semasa aku masih duduk di bandar Klang.Sekarang dah duduk kampung lain pulak ceritanya.Mula mula mancing boring....... sebab asyik tengok sepupu aku je dapat ikan.Aku punya umpan tak laku ke.....Kali kedua ok lah sikit,dapat 2 ekor udang galah.Kali ketiga ....eh...seronok pulak....,ikan baung.Masuk kali keempat dan seterusnya makin seronok dan ketagih pulak bila umpan aku dah laku sekarang.



Hobi sekarang

Tapi memandang hujan semakin lebat,terpaksalah aku cancel kan projek untuk mancing malam ni.Untuk mengisi masa lapang ni aku sempatlah siapkan post ini sambil berchatting dengan robot sim simi.Mulanya aku tak ambil peduli pun pasal robot yang pandai berchatting ni.Boring punya pasal layan jugak la.........seronok layan robot gila tapi comel ni.



Layan


 Kalau korang boring boring malam ni jom layan bende ni........klik link bawah ni dan terus je chat.
                                           http://www.simsimi.com/talk.htm?lc=ms



C124/132


Nilai seorang anak

Salam blogger....




Kasih

             

                    " Sedangkan haiwan sayangkan anak,inikan pula kita sebagai manusia yang dikurniakan kelebihan oleh Allah S.W.T."....itu adalah perkataan biasa yang kita sering dengar bila memperkatakan tentang hal hal kasih sayang kepada seseorang yang dipanggil anak.Anak itu adalah kurniaan Ilahi yang amat besar ertinya kepada seseorang yang telah bergelar suami isteri.Kerana anak lah mereka mendapat status gelaran penghormatan sebagai ibubapa yang mana ianya diredhai disisi hukum agama.Dari sinilah terbitnya erti kasih sayang antara anak dan ibubapa dan ibubapa terhadap anak.Ditatang bagai menatang minyak yang penuh.Segala keperluan anak tersayang disediakan melebihi keperluan diri sendiri.Sanggup berkorban apa sahaja demi anak.Alangkah bahagianya anak itu.

                       "Sedangkan haiwan sayangkan anak,inikan pula kita sebagai manusia yang dikurniakan kelebihan oleh Allah S.W.T.....Adakah masih releven lagi ayat ayat ini sekarang..?Kalau ya mengapa masih terdapat kes kes dera terhadap anak anak kecil...? .Mengapa anak anak dijadikan  sebagai sasaran untuk  melepaskan geram atau tidak puas hati .Walhal anak anak itu tidak mengetahui apa apa tapi ia tetap menjadi mangsa dera.Sudah lupakah bahawa anak itu adalah kurnia dan amanat dari Allah S.W.T. dan kita diamanahkan untuk menjaga,mendidik dengan kasih sayang....bukan sepak terajang...


                               


                         Vedio ini aku upload dari sebuah blog www.ohtidak.com .Bukan untuk mengaibkan sesiapapun,cuma sebagai satu pengertian tentang dimana hilangnya nilai kasih sayang sesorang yang bergelar ibubapa kandung terhadap anak yang telah diamanahkan untuknya.Anda nilai sendiri vedio ini dari berbagai sudut dan apa perasaan anda takkala menonton vedio ini.





C123/132

Kesan Valve terlalu ketat.

Salam blogger....



                            Secara makenikalnya valve akan menjadi ketat berpunca dari proses permulaan pemasangan.Berkemungkinan terdapat kekotoran seperti kesan habuk kasar hasil dari pemotongan semula valve seat dan kotoran karban yang terdapat dicelah celah atau lekukkan yang tidak dibersihkan dengan betul.Penggantian valve guide dari jenis murah.Untuk pengetahuan anda,saiz OD(outside diameter) antara valve guide jenis murah dengan yang ori amat jauh berbeza.Ia mempunyai saiz yang lebih besar sebanyak 6 hingga 12 tau(ukuran mengikut makenikal engineering) berbanding yang original.# 1 tau bersamaan sehelai rambut yang dibelah tiga dan diukur menggunakan micrometer.#.



Micrometer



                           Dipasaran sekarang terdapat banyak jenis jenama valve guide.Ada yang mahal dan ada yang murah.Bergantung kepada kemampuan anda.Cuma untuk yang murah risiko untuk ia jem atau ketat agak tinggi.Saya syorkan kepada anda agar menggunakan jenama Dokuro kerana dari segi saiz OD ia tidak jauh beza dari yang original


Dokuro part
                             

                            Kebiasaanya cara penukaran valve guide dilakukan dengan cara ketukan juga.Amat jarang kedai kedai yang membaiki cylinderhead menggunakan cara pump.Ini kerana mereka bimbang cylinderhead akan pecah semasa pam keluar atau masuk valve guide.Jadi cara yang lebih selamat ialah dengan cara ketukan.Cara ketukkan juga perlu diambil kira kerana kesilapan sedikit akan mengakibatkan valve guide retak atau pecah.Dari segi tata kerja juga perlu dititik beratkan memandangkan alat alat ganti sekarang banyak yang tidak menepati piawaian.Bayangkan sekiranya saiz OD valve guide melebihi saiz asal dan terus diketuk masuk,ia akan meyebabkan lubang valve guide pada cylinderhead akan menjadi besar.Sekiranya ia boleh masuk pun,lubang untuk valve telah mengecil akibat paksaan tadi.Ini akan menyebabkan valve menjadi ketat untuk dimasukkan dan ia perlu dikorek semula.



 Valve guide



                              Kesan dari korekkan ini akan menyebabkan laluan untuk valve turun naik akan menjadi kasar dimana jika digunakan terus ia akan menghasilkan kekotoran halus dan akan menyebabkan valve menjadi ketat atau jem akibat kotoran tadi telah melekat pada batang valve.Kesan yang akan timbul ialah valve akan melekat pada valve guide dan valve guide akan terkeluar dari tempatnya akibat tekanan dari camshaft lobe atau rocker arm.




Valve seal rosak



                              Adalah dinasihatkan agar utamakan kebersihan semasa membuat pemasangan valve pada valve guide.Ada lebih baik agar sapukan sedikit minyak pelincir pada batang valve atau dalam lubang valve guide untuk mengelakkan ia kering terlalu awal.Disamping itu kaedah ini juga akan memastikan valve seal tidak akan rosak semasa anda menekan masuk valve .

                             Sekian dan saya berharap agar info ini dapat dijadikan panduan.



C122/131



"Alaaa.....senang je tu"


Salam blogger....

                   

                     " Berat mata memandang,berat lagilah bahu yang memikul".Rasanya itulah ungkapan peribahasa yang sesuai ditujukan kepada mereka mereka yang bekerja menggunakan kudrat tulang empat kerat yang ada untuk mencari rezeki yang halal."Alah bisa tegal biasa".Mungkin ungkapan ini yang akan menjadi jawapan kepada mereka bila kita ajukan soalan...."awak tak penat ke buat kerja kerja macam ni..".


kelapa sawit


                            

                         Kalau selama ini aku hanya menjadi pemerhati kepada mereka mereka yang melakukan kerja kerja ladang,khasnya kerja kerja menyawit kelapa sawit,ianya nampak mudah sahaja,Sangkutkan sabit pada pelepah dan tarik,maka jatuhlah pelepah tu.Sangkut pula pada tandan kelapa sawit ,tarik,maka jatuhlah tandan kelapa sawit tu.Eh....nampak macam senang je.Kalau macam ni aku pun boleh.....hehehe..



mana nak mula ni...


                           Nak dijadikan cerita....hari ni dengan bersemangat aku dengan kawan aku pergilah  mengusung galah masuk kekebun kawan aku ni.Pukul 8.00 pagi aku dah sampai kekebun dan aku perhatikan banyak tandan sawit yang telah masak dan sedia untuk dipetik.Aku pun apa lagi...cubalah nak tegakkan galah.......mak oi....boleh tahan beratnya.Ini baru nak tegakkan galah,belum menyawit lagi.Termengah mengah juga lah aku nak masukkan sabit kecelah celah pelepah tu.Lepas 5 minit aku terkial kial mencari ruang untuk masukkan sabit,akhirnya berjaya juga.Tarik...tolak..tarik..tolak pun tak jatuh juga pelepah tu.Jampi serapah dah banyak aku sebut,tapi .........Hahahaha...aku kene gelak.



Nampak senang.


                       

                              Akhirnya sampai ke tengahhari aku baru dapat menyawit 5 pokok je dan berjaya menurunkan 3 tandan sawit je.Tapak tangan terasa terasa pedih,badan aku sakit sakit semua terutama bahagian bahu.Leher jangan ceritalah...mendongak je memanjang.Sementara kawan aku ni dah jauh kedepan.Dah pro la katakan.''Man,aku nak balikla....tak leh tahan".






C121/131





Cara Valve seat di baik pulih

Salam blogger....


ORIGINAL VALVE SEAT



                     Secara asasnya valve seat berfungsi sebagai tapak kepada valve dimana kedua duanya memainkan peranan yang penting dalam menentukan prestasi compression sesebuah enjin selain dari piston dan piston ring.Akan tetapi dalam bab ini saya akan memberi tumpuan pada bahagian valve seat terlebih dahulu.Ini kerana 70% kenderaan kehilangan compression adalah berpunca dari valve seat.Antaranya ialah valve seat terlalu rendah setelah beberapa kali melakukan pemotongan semula,valve seat retak atau sumbing ,valve seat terkeluar dari tapak,tapak valve seat longgar atau valve seat sudah tidak bulat sepenuhnya.Untuk mengatasi masalah seperti ini ia perlu menjalani proses baikpulih semula samada melalui proses pemotongan semula atau dengan menggantikan kepada valve seat yang baru.

\
Valve seat terkeluar dari tapak


Kesan dan akibat


Pembesaran diameter tapak valve seat
                                   
                          Kebanyakkan kenderaan jenis ringan seperti kereta dan van, cylinderheadnya diperbuat dari bahan alumunium atau aloi dan risiko untuk valve seat terkeluar dari tapaknya amat rendah kecuali terdapat keretakkan kecil pada tapak valve seat.Sekiranya ia terkeluar semasa dalam keadaan enjin masih running,ia akan mengakibatkan kerosakkan yang lebih teruk pada bahagian tapak valve seat dan kos untuk membaikinya semula dengan cara T.I.G weld. amat tinggi.Oleh itu jalan penyelesaian yang lain ialah membesarkan lagi diameter tapak valve seat berkenaan.Dengan cara ini penggunaan valve seat yang original sudah tidak boleh digunakan lagi.Sebaliknya ia akan diganti dengan valve seat dari jenis cast iron yang di mesin menggunakan mesin pelarik/Lathe Mesin mengikut saiz yang dikehendaki.

Valve seat yang telah siap di mesin



                               Ukuran untuk memastikan ia dalam keadaan ketat bila dimasukkan kedalam tapak valve seat perlu juga diambil kira.Ini untuk memastikan agar valve seat tidak jatuh semula.Inside caliper dan micro meter akan digunakan untuk mendapatkan sais ukuran yang betul.Saiz keketatan yang diperlukan bergantung kepada ketebalan calve seat itu sendiri.

                          

Micrometer



                                  Setelah siap valve seat akan dimasukan kedalam tapak yang telah dipotong tadi dengan cara mengetuk.Cara ini lebih selamat berbanding menggunakan hydraulic pump kerana kita akan dapat merasakan samada valve seat itu masuk cukup ketat atau pun tidak.Sebaliknya dengan penggunaan hydraulic pump,kita tidak dapat merasa berapa ketat ia masuk dan adakah  valve seat betul betul dapat duduk rapat pada tapaknya.Selain itu kita tidak dapat tahu samada valvseat itu masuk dalam keadaan rata atau senget.Lakaran pada gambarajah dibawah menunjukkan cara bagaimana valve seat dimasukkan dengan cara ketukkan.



Cara ketukkan


                                     Setelah siap valve seat dimasukkan,proses seterusnya ialah pemotongan semula untuk membentuk valve seat kepada saiz yang dikehendaki samada 45 darjah atau 30 darjah.Lihat gambarajah dibawah.


Pemotongan semula.



                                       Proses seterusnya ialah grainvalve untuk memastikan tiada kebocoran pada bahagian valve dan valve seat.Begitulah antara proses proses yang dilakukan sekiranya valve seat mengalami masalah.





C120/131
                                                        

Saat yang ku idamkan

Salam blogger....





                
                                                       Pemandangan depan rumah


                Petang tadi aku sempat mengambil beberapa keping gambar didepan rumah yang aku sendiri tidak tahu apa tujuan aku mengambil gambar tersebut.Sehinggalah malam tadi ketika aku membelek belek semula gambar yang aku ambil petang tadi,tiba tiba terlintas dalam kepala aku ada lebih baik aku abadikan gambar ni dalam blog aku.Sekurang kurangnya aku boleh bercerita pada korang tentang suasana perbezaan yang aku alami selepas berpindah dari bandar ke kampung.Kalau sebelum ini,saban hari telinga aku disumbat dengan bunyi bising yang tak kenal siang malam,jadual kehidupan harian yang telah disetkan dengan rutin harian dan kos sara hidup yang kadangkala memeningkan kepala,tapi disini semenjak aku berpindah ,segalanya berubah.



Tenteram


               Disini aku merasa lebih tenteram,lebih lebih lagi dengan suasana pemandangan sekeliling yang betul betul mengasyikkan walaupun tak seindah dan tak secanggih pemandangan seperti di Putra Jaya,Ict atau tempat tempat peranginan yang high class,namun aku dapat rasakan yang aku ada segala galanya disini.Cuma bezanya disini tiada taman taman rekriasi untuk beriadah,bangunan bangunan pencakar langit dan gedung gedung untuk membeli belah.Tapi itu semua sudah tidak penting bagi aku dan aku sudah muak dengan itu semua.Yang penting sekarang jiwa aku bebas dari bebanan dan tekanan kehidupan dibandar yang tidak ada hujung pangkal.



Bebas

           

                   Sebenarnya aku telah lama mengidamkan suasana seperti sekarang ini.Tapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan dan khidmat aku masih diperlukan ditempat kerja terpaksalah aku pendamkan dahulu hasrat aku itu sehinggalah penghujung tahun 2011 baru  impian aku tercapai.Itu pun aku telah mengambil jalan nekad apa nak jadi jadilah...........Alhamdulillah.......inilah kehidupan aku sekarang.



Port santai


                  Walaupun tak seindah ICT,Water park maupun Sunway Lagon,namun bagi aku disinilah tempat yang paling indah buat aku bersantai diwaktu petang dan yang penting aku telah mendapat apa yang aku hajatkan selama ini iaitu........ ketenangan.


Salam.....



                         
Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian