Salam blogger....
Seperti yang saya perkatakan pada entry sebelum ini mengenai tajuk
Skru patah dan cara mengatasinya,disini saya akan terangkan pula bagaimana cara untuk membaik pulih rumah atau lubang skru yang telah rosak dengan penggunaan sejenis alat yang dikenali sebagai RECOIL TOOL.Ia mempunyai berbagai saiz dari sekecil 6mm hinggalah ke 25mm.Selain untuk kegunaan pada lubang skru yang telah rosak,ia juga digunakan untuk membaiki lubang spark plug yang telah rosak atau los.Imej dibawah menunjukkan apa yang dikatan Spring Recoil.Ianya hanya boleh didapati dikedai kedai hardware yang tertentu sahaja.Jadi anda kenalah rajin bertanya.
|
Recoil spring imej
|
Untuk menggunakan alat ini , beberapa peralatan lain diperlukan juga untuk lebih memudahkan kerja kerja membaik pulih seperti gambarajah yang saya sertakan dibawah.
|
Peralatan yang diperlukan |
Kebanyakkan kenderaan buatan negara Jepun,saiz skru adalah dalam ukuran mm dan manakala keluaran dari negara Eropah menggunakan ukuran inci.Jadi pada post ini saya akan gunakan ukuran mm sahaja kerana ia lebih mudah untuk difahami.Saya akan gunakan saiz skru 8mm sebagai contoh kerana pada bahagian enjin lebih banyak menggunakan saiz ini. Sebagai langkah permulaan ialah dengan membesarkan saiz lubang skru yang telah rosak tadi dengan menggunakan handrill,Lihat gambarajah dibawah sebagai panduan.
|
Langkah pertama |
Untuk saiz skru yang berukuran 8mm,penggunaan drilling tool yang bersaiz 10mm diperlukan kerana apabila rumah / lubang skru telah rosak, secara otomatik akan ia akan bertukar saiz menjadi 10mm.Perlu dipastikan juga semasa membuat proses drilling,handrill mesti dalam keadaan statik.Tidak bergoyang kekanan atau kekiri kerana ia akan menyebabkan saiz lubang tidak sekata atau melebihi saiz yang dikehendaki.Ini akan menyebabkan recoil spring menjadi longgar bila dimasukkan dan mudah terkeluar semula.Untuk langkah kedua,lihat gambarajah dibawah.
|
Langkah kedua |
Penggunaan tapping tool bersaiz 12mm juga diperlukan dan perlu diperkatakan juga semasa membuat proses tapping,handle mesti dalam keadaan stabil dan tidak senget untuk mendapatkan hasil yang baik.Gunakan WD40 sebagai cara untuk memudahkan ketika memusingkan tapping.Sekiranya hasil dari tapping tadi tidak sempurna,ia akan menyebabkan recoil spring sukar untuk dimasukkan.Sekiranya ia boleh masuk,berkemungkinan skru tidak dapat masuk ke tahap maksimum atau tersekat ditengah tengah.Langkah ketiga ialah proses memasukan recoil spring.Lihat gambarajah dibawah.
|
Langkah ketiga |
Masukan recoil spring kedalam handle dan letakan pada lubang yang telah siap di tapping tadi dan pusing mengikut arah jam sambil menekan sedikit handle agar lingkaran spring dapat masuk kedalam laluanya.Setelah siap keluarkan handle dan ketuk bahagian tengah lock spring untuk mematahkannya.Keluarkan lebihan tadi dengan menggunakan air compressior.
|
Langkah terakhir |
Sebagai langkah terakhir cuba masukan semula skru tadi .Sekiranya terasa ketat cuba ketuk skru dari sudut kanan dan kiri secara perlahan lahan sambil memusingkan skru tersebut.Sekian dan saya berharap ini dapat membantu.
Comments (2)
28 Disember 2012 pada 1:19 PTG
I am sure this article has touched all the internet viewers, its really really good
paragraph on building up new web site.
Also visit my web-site :: GFI Norte
18 Oktober 2017 pada 7:16 PTG
mana nk beli recoil ni encik...sush benor nk cri nye...
Catat Ulasan