Skru patah dan cara mengatasinya




Salam blogger....




                 ''Alamak.......patah pulak skru ni.......".Itulah senario yang kadangkala dialami oleh kita ketika membuat kerja kerja membuka atau memasang skru pada mana mana bahagian enjin.Lebih memeningkan apabila skru yang patah separuh telah tertinggal didalam.Tentu sukar untuk kita mengeluarkanya.Silap silap kena keluarkan pula bahagian enjin semata mata untuk mengeluarkan satu skru yang telah patah.Memang tension.



Skru patah


                             Dari apa yang pernah saya pelajari sebelum ini.antara punca skru patah adalah disebabkan ia telah diikat terlalu ketat,berlaku pereputan pada skru akibat hakisan karat atau menggunakan sejenis gam yang dikenali sebagai LOCTITE semasa membuat pemasangan skru.Anda tidak digalakkan menggunakan loctite untuk kerja kerja pemasangan skru yang melibatkan pada bahagian bahagian skru yang dibawah saiz 12mm kecuali keadaan memaksa..Ini kerana saiz skru dibawah 12mm amat mudah  patah sekiranya kita membuka melebihi daya kekuatan skru itu sendiri.



Sejenis gam.


                            Sekiranya skru yang patah  masih terdapat lebihan (seperti gambar diatas),anda masih boleh mencuba untuk mengeluarkanya sendiri.Namun ia bergantung juga pada kekuatan ikatan skru tersebut.Tapi kata orang belum cuba belum tahu hasilnya.Untuk mencubanya.anda cuma perlu mengetuk skru tadi pada bahagian yang patah beberapa kali.Tapi jangan terlalu kuat .....takut rumah skru pula yang rosak.Lihat gambarajah dibawah.....


Cara ketukkan




Vise grip



                              Sambil anda mengetuk,cuba semburkan bahan anti karat atau sekurang kurangnya minyak pelincir bertujuan untuk memudahkan anda memusingkan skru tadi.Gunakan spanar vise grip dan ikat sekuat mungkin .Putarkan spanar tadi melawan arah jam.Sekiranya masih ketat,cuba lakukan ketukan semula .Lakukan langkah langkah tadi beberapa kali sehingga anda ada merasa sedikit gerakkan  pada skru tadi.Cuba mainkan dan gerakkan kekanan dan kekiri sambil semburkan bahan anti karat agar ia lebih mudah untuk berpusing.Ia juga bertujuan agar bebenang skru pada bahagian tapak tidak rosak.Namun seperti yang saya katakan tadi, samada bebenang skru rosak atau tidak sewaktu anda cuba untuk mengeluarkan skru yang patah tadi bergantung pada keadaan atau nasib.

                               
                               Bagaimana pula sekiranya rumah skru pula yang mengalami kerosakkan....?.Sudah tentu skru itu sudah tidak boleh diikat lagi kerana rumah skru telah longgar.Terpaksa anda menukar kepada skru yang bersaiz lebih besar sedikit dan ini akan melibatkan banyak kos dan masa untuk melakukan kerja kerja   pengubahsuaian .Untuk bahagian cylinderhead ,ia akan melibatkan kos untuk top overhoul,gasket,dan upah untuk kerja kerja membaik pulih lubang skru di bengkel bengkel baik pulih.




Special tool


                               Untuk pengetahuan anda salah satu cara yang agak mudah dan lebih murah sekiranya anda melakukan sendiri adalah dengan penggunaan sejenis alat yang dikenali dengan nama RECOIL seperti logo yang tertera diatas.Ia amat mudah dan terjamin kekuatanya disamping dapat mengekalkan saiz skru  yang asal.Maksudnya anda tidak perlu menukar skru kepada saiz yang lebih besar.Namun anda mesti mempunyai kemahiran untuk menggunakanya memandangkan ia memerlukan langkah demi langkah untuk menggunakan alat ini.Saya akan terangkan langkah langkah tersebut bagaimana untuk anda menggunakan alat ini pada keluaran akan datang. Semuga ianya berguna untuk anda semua.Jumpa dilain keluaran.





C123/132




Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian