Salam blogger....
Pemandangan depan rumah
Petang tadi aku sempat mengambil beberapa keping gambar didepan rumah yang aku sendiri tidak tahu apa tujuan aku mengambil gambar tersebut.Sehinggalah malam tadi ketika aku membelek belek semula gambar yang aku ambil petang tadi,tiba tiba terlintas dalam kepala aku ada lebih baik aku abadikan gambar ni dalam blog aku.Sekurang kurangnya aku boleh bercerita pada korang tentang suasana perbezaan yang aku alami selepas berpindah dari bandar ke kampung.Kalau sebelum ini,saban hari telinga aku disumbat dengan bunyi bising yang tak kenal siang malam,jadual kehidupan harian yang telah disetkan dengan rutin harian dan kos sara hidup yang kadangkala memeningkan kepala,tapi disini semenjak aku berpindah ,segalanya berubah.
Tenteram
Disini aku merasa lebih tenteram,lebih lebih lagi dengan suasana pemandangan sekeliling yang betul betul mengasyikkan walaupun tak seindah dan tak secanggih pemandangan seperti di Putra Jaya,Ict atau tempat tempat peranginan yang high class,namun aku dapat rasakan yang aku ada segala galanya disini.Cuma bezanya disini tiada taman taman rekriasi untuk beriadah,bangunan bangunan pencakar langit dan gedung gedung untuk membeli belah.Tapi itu semua sudah tidak penting bagi aku dan aku sudah muak dengan itu semua.Yang penting sekarang jiwa aku bebas dari bebanan dan tekanan kehidupan dibandar yang tidak ada hujung pangkal.
Bebas
Sebenarnya aku telah lama mengidamkan suasana seperti sekarang ini.Tapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan dan khidmat aku masih diperlukan ditempat kerja terpaksalah aku pendamkan dahulu hasrat aku itu sehinggalah penghujung tahun 2011 baru impian aku tercapai.Itu pun aku telah mengambil jalan nekad apa nak jadi jadilah...........Alhamdulillah.......inilah kehidupan aku sekarang.
Port santai
Walaupun tak seindah ICT,Water park maupun Sunway Lagon,namun bagi aku disinilah tempat yang paling indah buat aku bersantai diwaktu petang dan yang penting aku telah mendapat apa yang aku hajatkan selama ini iaitu........ ketenangan.
Salam.....
Comments (0)
Catat Ulasan