Salam blogger....
Memahami Kes Talam
Menurut sumber....
Cerita ini bermula pada 80an dan 90an, apabila seorang jurutera bernama Chan Ah Chye yang bekerja di PKNS.Chan mengasaskan Talam Corporation, dan mungkin hasil hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin tertentu seperti Menteri Besar waktu itu Muhammad Taib, berjaya menjadi antara pemaju-pemaju utama di Selangor.Banyak tanah di Selangor diperuntukkan ke Talam secara percuma! Tanah ini dicagarkan kepada bank untuk mendapatkan pinjaman-pinjaman besar yang membiayai projek-projek Talam.Barangkali pembaca boleh meneka siapa yang dapat berkongsi untung dari projek-projek ini.
Akhirnya, krisis ekonomi sekitar tahun 1997 melanda Talam. Akibat tidak berupaya untuk membayar balik pinjaman-pinjaman besar, kedudukan kewangan Talam semakin merosot dan projek-projek semakin terbengkalai.Malangnya, Talam dan sekutu-sekutu politiknya gagal insaf atau bertaubat. Pada 2001, di bawah Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo, tiga bidang tanah diperuntukkan kepada anak syarikat Talam Maxisegar Sdn Bhd sebagai pembiayaan pembinaan kampus induk UNISEL dengan kos pembinaan RM 750 juta.Projek ini akhirnya turut terbengkalai dan pada September 2006, Talam diklasifikasikan sebagai ‘Affected Company’ menurut amalan Practice Note 17 (PN 17) akibat kedudukan kewangannya yang parah.
Pada 2008, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyandang jawatan Menteri Besar, beliau mewarisi masalah ini di mana Talam berhutang besar kepada Kerajaan Negeri serta anak-anak syarikatnya.Untungnya rakyat Selangor, selaku Menteri Besar Abdul Khalid dengan berpengalaman dalam bidang kewangan korporat. Beliau memulakan usaha mengutip balik hutang Talam.Rancangan yang akhirnya dipilih berasaskan prinsip yang mudah: menggunakan aset-aset Talam yang masih ada untuk menjelaskan hutang tersebut.Rumusannya: Pertama, hutang Talam disahkan dan direkod dalam akaun (sesuatu yang tidak dibuat sebelum 2008). Selepas disahkan semua pihak, hutang ini dipindahkan kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) yang akhirnya bertanggungjawab mengutip hutang dalam bentuk tanah dan wang tunai.
Bahagian seterusnya menjelaskan proses secara terperinci.
Walaupun rumit dan mungkin membosankan, proses disenaraikan untuk sesiapa yang ingin tahu dan untuk menegakkan nilai-nilai ketelusan.
1. Talam berhutang RM 392 juta kepada tiga anak syarikat Selangor: KHSB, PIYSB, dan PNSB.
2. Setelah hutang ini dipersetujui, disahkan dan direkodkan, satu lagi anak syarikat Selangor,Selangor Industrial Corporation (SIC), membeli hutang tersebut daripada tiga syarikat itu.
3. SIC mengambil pinjaman RM 392 juta dari CIMB untuk membeli hutang tersebut.
4. Pada November 2009, Exco Negeri serta Dewan Negeri meluluskan geran RM 392 juta kepada MBI yang menggunakan dana tersebut untuk membeli dan mengambilalih hutang – hutang dari SIC.
5. SIC kemudiannya mengguna dana tersebut untuk membayar balik pinjaman daripada CIMB.
1. Talam berhutang RM 392 juta kepada tiga anak syarikat Selangor: KHSB, PIYSB, dan PNSB.
2. Setelah hutang ini dipersetujui, disahkan dan direkodkan, satu lagi anak syarikat Selangor,Selangor Industrial Corporation (SIC), membeli hutang tersebut daripada tiga syarikat itu.
3. SIC mengambil pinjaman RM 392 juta dari CIMB untuk membeli hutang tersebut.
4. Pada November 2009, Exco Negeri serta Dewan Negeri meluluskan geran RM 392 juta kepada MBI yang menggunakan dana tersebut untuk membeli dan mengambilalih hutang – hutang dari SIC.
5. SIC kemudiannya mengguna dana tersebut untuk membayar balik pinjaman daripada CIMB.
Proses rumit, objektif mudah – tanpa sebarang perbelanjaan tinggi, Talam kini berhutang jumlah yang sama kepada satu sahaja anak syarikat Selangor, bukan lagi tiga yang asal.Kita harus memerhatikan bahawa tidak wujud pada bila-bila masa atau mana-mana peringkat transaksi sebarang pemindahan dana kerajaan kepada Talam. Pemindahan dana hanya berlaku dari satu saku Kerajaan Negeri kepada saku yang lain.Ini adalah perbezaan yang amat ketara berbanding syarikat-syarikat seperti Indah Water Konsortium, MAS, atau Putra/Star LRT, di mana duit rakyat dimasukkan terus ke dalam syarikat-syarikat yang kelihatan hilang beratusan juta ringgit melalui penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketirisan.
Pengstrukturan semula hutang Talam berjaya mengesahkan hutang Talam dan membuka jalan untuk Talam membayar balik hutang tersebut ke satu sahaja anak syarikat negeri.Satu lagi pencapaian yang amat penting adalah bahawa MBI berjaya kutip semula jumlah sepenuhnya hutang Talam, iaitu RM 392 juta.Lebih satu dekad bawah BN, satu syarikat berhutang ratusan juta kepada Kerajaan Negeri Selangor. Dalam setahun dua sahaja mentadbir di Selangor, Abdul Khalid berjaya kutip semula hutang ini, dan meningkatkan dana yang boleh dibelanja untuk membiayai program-program kebajikan di seluruh Selangor.
Skandalnya adalah cara Talam dibiarkan sahaja dan tidak diminta pun untuk bayar balik hutang ini bawah BN, dan skandalnya adalah kita terpaksa tunggu 50 tahun sebelum mengangkat pemimpin yang berupaya mereformasikan amalan-amalan kotor ini.Chua Tee Yong sepatutnya membuat kerja rumah sebelum berhadapan dengan Abdul Khalid. Ketidaksediaan anak lelaki Presiden MCA ini menyaksikan angka-angka yang disebut berubah-ubah setiap masa, hari pertama kata RM1 bilion, hari kedua RM260 juta dan hari ketiga RM42 juta pula.
Yang menjadi kemarahan BN ialah bagaimana Kerajaa Negeri berjaya secara sistematik memaksa Talam membayar hutang tersebut secara aset dan tunai.Jika dilihat pada aset-aset dan jualan aset yang terlibat, rata-ratanya mencatatkan kepentingan kroni yang bukan sedikit. Kerana itu kita tidak pelik apabila puluhan tahun BN di Selangor masih gagal mendesak Talam membayar hutang dengan kaedah ini.Jika digunapakai, pasti ada kalangan kroni-kroni, baik dalam parti, mahupun di luar parti, yang akan‘mengamuk’.
Dan puluhan tahun ketakutan BN mengambil kembali hak rakyat Selangor yang dirampas rasanya sudah terjawab.Kalangan kroni yang terlibat dengan kawasan-kawasan aset dan jualan aset berkenaan mungkin boleh mengangguk bersetuju bahawa merekalah punca BN selama ini takut untuk menyentuh aset-aset Talam yang nilainya ratusan juta ini.
-Syed Junaidi Syed Abu Bakar-
Comment (1)
28 Disember 2012 pada 1:18 PTG
Spot on with this write-up, I absolutely feel this site needs a lot more attention.
I'll probably be back again to read through more, thanks for the advice!
my web page: GFI Norte
Catat Ulasan