Salam blogger....
Kita sebagai manusia , tidak akan sunyi dari gangguan atau cobaan yang terpaksa kita hadapi sebagai dugaan ditahap mana keimanan kita kepada pencipta kita Allah S.W.T.Gangguan atau cobaan itu akan datang dalam berbagai bentuk yang kadangkala kita sendiri tidak tahu gangguan jenis apakah ini.Lebih lebih lagi kalau ia melibatkan gangguan yang berpunca dari syaitan dan jin yang sifatnya memang untuk menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan.Gangguan dari syaitan dan jin ini tidak semestinya bertumpu pada orang dewasa sahaja.Kadangkala kepada anak anak kecil pun ia akan mengganggu.Jadi kita sebagai ibubapa pasti akan merasa serba salah sekiranya ia terjadi kepada anak kita sendiri.
Berbagai ikhtiar akan kita lakukan demi anak kesayangan kita,termasuklah berjumpa bomoh atau pawang walaupun kita tahu ianya adalah khurafat.Tapi demi anak..........namun demi menjaga akidah kita sebagai umat islam ,anda dilarang mempercayai atau berjumpa bomoh atau dukun yang cara pengubatannya berlandaskan pujaan atau jampi serapah.Sebaik baiknya carilah ustaz ustaz atau gunakan perubatan cara islam yang berlandaskan ayat suci al Quran sebagai cara pengubatanya.
Seperti yang saya katakan diatas tadi,gangguan syaitan dan jin kepada anak kecil ini datangnya dalam berbagai bentuk dan cara.Sukar untuk kita mengetahui adakah ia gangguan dari laknatullah ini atau penyakit biasa.Jadi sebagai cara untuk mengetahuinya,disini saya kongsikan bersama melalui cara SCAN.Scan yang saya maksudkan ialah dengan menggunakan tapak tangan kita sendiri disamping disertai dengan bacaan ayat ayat suci al Quran.Sebaik baiknya lakukan semasa anak kita sedang tidur kerana ia akan lebih mudah kita untuk mengetahuinya.
Sekadar gambar hiasan
- Berwudhuk terlebih dahulu
- Letakkan tapak tangan kanan anda pada ubun ubun kepala anak anda.
- Bacakan surah Al Fathihah 1 kali
- Bacakan ayat Kursyi 7 kali
- Bacakan surah Al Ikhlas 3 kali
- Bacakan surah Al Falak 3 kali
- Bacakan surah An Nas 3 kali
Semasa anda membacakan ayat ayat suci tadi,perhatikan sekali bahagian tangan dan kaki anak kita.Adakah ia bergerak gerak atau tidak.Seandainya tangan atau kaki atau kedua duanya sekali bergerak gerak,bermakna ada gangguan pada anak anda.Segeralah ikhtiarkan untuk berjumpa mana mana yang mahir dalam menangani kes kes yang melibatkan gangguan syaitan dan jin ini.Seperti yang saya katakan tadi,berjumpalah pada pakar pakar yang menggunakan ayat ayat suci Al Quran sebagai cara pengubatanya.Subhanallah......
Comments (0)
Catat Ulasan