Salam blogger....
Kalau sebelum ini saya banyak menerangkan tentang adjustment tappet pada enjin yang berasaskan penggunaan petrol,kali ini saya akan menerangkan pula tentang adjustment tappet pada enjin yang menggunakan Diesel .Sebenarnya tidak banyak perbezaan dari segi adjustment tappet antara cylinderhead yang menggunakan diesel dengan petrol.Ia cuma berbeza sedikit dari segi saiz kerenggangan tappet dan grain valve.Untuk post ini saya akan terangkan bagaimana enjin diesel model Toyota 2L dibaik pulih dari peringkat awal sehinggalah ia siap untuk dipasang semula pada enjin.
susunan ikatan untuk camshaft
Sekian.
Kalau sebelum ini saya banyak menerangkan tentang adjustment tappet pada enjin yang berasaskan penggunaan petrol,kali ini saya akan menerangkan pula tentang adjustment tappet pada enjin yang menggunakan Diesel .Sebenarnya tidak banyak perbezaan dari segi adjustment tappet antara cylinderhead yang menggunakan diesel dengan petrol.Ia cuma berbeza sedikit dari segi saiz kerenggangan tappet dan grain valve.Untuk post ini saya akan terangkan bagaimana enjin diesel model Toyota 2L dibaik pulih dari peringkat awal sehinggalah ia siap untuk dipasang semula pada enjin.
Toyota 2L image
Kerosakkan yang kerap berlaku pada cylinderhead dari jenis ini ialah timing belt putus,chamber pecah,retak atau kedudukan chamber menjadi longgar,hictor plug patah dan tertinggal didalam cylinderhead dan cylinderhead pecah atau retak.Kebiasaannya sebelum ia dibaik pulih tidak kira samada ia mengalami overheat atau tidak,ia akan menjalani proses water pressure test terlebih dahulu bagi memastikan cylinderhead tidak pecah.Model dari jenis Toyota 2L,3L dan 5L ,kebiasaanya ia kerap pecah pada bahagian tapak chamber,retak antara 2 valve seat,tapak valve seat dan pada bahagian rumah nozles.Sekiranya salah satu dari kerosakkan berlaku pada cylinder head tersebut ia akan dikira lupus.
Pembaikkan jenis cylinderhead ini biasanya dilakukan pada bahagian valve seat,samada menukar atau pemotongan semula permukaan valve seat.tukar bahagian valve guide dan valve.Valve seat perlu ditukar sekiranya terlalu rendah yang mana ia akan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan ukuran kerenggangan saiz atau clearence yang di perlukan.Begitu juga dengan valve, kerana kedua dua bahagian ini sedikit sebanyak memberi kesan dalam kerja kerja membuat adjustment tappet nanti
Shim tappet rosak Lifter valve rosak
Berkenaan dengan shim tappet,ia tidak akan rosak dan tidak perlu diganti sekiranya ia hanya mengalami kerosakkan biasa sahaja.Akan tetapi sekiranya timing belt terputus,ia akan melibatkan kerosakkan pada bahagian shim dan lifter valve (lihat bambar diatas ).Disamping itu camshaft akan bengkok sedikit menyebabkan ia agak sukar atau ketat untuk dipusingkan setelah diikat pada cylinderhead.Ia juga akan menyebabkan valve menjadi bengkok atau patah dan kemungkinan besar akan jatuh kedalam ruang pembakaran dimana akan menyebabkan berlaku kerosakkan pada bahagian piston pula.
Kesan pada piston
Sebagai langkah pertama untuk tappet adjustment setelah cylinder head siap dibaik pulih,Lifter valve complete set akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam cylinderhead tanpa mengikut urutan.Pasangkan camshaft beareng , camsahaft ,cap dan ikat .Cuba pusingkan terlebih dahulu samada camshaft boleh berpusing atau tidak.Sekiranya ia berpusing agak ketat,buka semula dan periksa apa yang menyebabkan ia ketat.Tapi biasanya kalau ia agak ketat pastinya berpunca dari camshaft yang telah bengkok.Tukarkan camshaft yang baru atau second hand.
Pemasangan untuk adjust Tappet
Penggunaan feller gauge
Betulkan kedudukan camshaft lobe menghala ke atas.Masukkan valve ditempatnya dan tolak keatas sehingga mengenai lifter valve dan liftervalve tadi mengenai pula pada bahagian camshaft.Masukkan feller gauge yang bersaiz 0.25mm untuk intake dan pastikan ia masuk tetapi jangan terlalu longgar.Sekiranya terlalu ketat atau tidak boleh masuk,gosok bahagian belakang valve sedikit demi sedikit sehinggalah feller gauge tadi boleh masuk.Sementara untuk outake gunakan cara yang sama tetapi dengan menggunakan saiz 0.30mm.Tandakan mengikut urutan pada valve agar ia tidak bercampur aduk selepas siap dibuat adjustment.Lakukan sehingga siap kesemuanya.Setelah siap keluarkan semula camshaft dan ketepikan untuk proses skimming head jika perlu.
Bahagian yang dipotong
Selepas siap kesemuanya,lakukan pula proses grainvalve untuk memastikan agar tiada berlaku kebocoran compression.Cuci bahagian yang telah digrain valve agar tiada sisa sisa grain paste yang tertinggal.Pasangkan valve seal pada valve guide dan masukkan pula valve yang telah siap digrain valve tadi.Seterusnya pasangkan return spring dan proses terakhir pasangkan camshaft beareng dan masukkan camshaft semula pada tempatnya.Ikat menggunaka tork spanar dengan kekuatan 80-90 lb.Mulakan ikatan mengikut gambarajah seperti dibawah.Setelah itu ia siap untuk dipasang pada enjin blok.
Sekian.
Comments (4)
21 Januari 2015 pada 5:08 PG
Masalah pada Injen diesel model 4D56 senang hidup tapi bila kunci telah dimatikan tetapi injen masih hidup dan ambil masa 40saat baru injen mati...apakah punca2 utama perkara2 mcm ni boleh berlaku..minta pencerahan dari rakan2 dalam ni
15 Mac 2020 pada 12:50 PTG
Klu x di edjus valve apa kejadian nya ada ka susa hidup ijin
18 Oktober 2020 pada 10:08 PTG
Brp cleren valve untuk lori hicom 2tan dengan nm utk ikat bolt camshft roker arm dan nm utk ikat bolt silinder head.
24 Februari 2022 pada 10:42 PTG
Berape ukuran saiz tarppet bagi enjin 4dr5-1 mitshubishi enjin
Catat Ulasan