Memaparkan catatan dengan label valve seat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label valve seat. Papar semua catatan

Cara Valve seat di baik pulih

Salam blogger....


ORIGINAL VALVE SEAT



                     Secara asasnya valve seat berfungsi sebagai tapak kepada valve dimana kedua duanya memainkan peranan yang penting dalam menentukan prestasi compression sesebuah enjin selain dari piston dan piston ring.Akan tetapi dalam bab ini saya akan memberi tumpuan pada bahagian valve seat terlebih dahulu.Ini kerana 70% kenderaan kehilangan compression adalah berpunca dari valve seat.Antaranya ialah valve seat terlalu rendah setelah beberapa kali melakukan pemotongan semula,valve seat retak atau sumbing ,valve seat terkeluar dari tapak,tapak valve seat longgar atau valve seat sudah tidak bulat sepenuhnya.Untuk mengatasi masalah seperti ini ia perlu menjalani proses baikpulih semula samada melalui proses pemotongan semula atau dengan menggantikan kepada valve seat yang baru.

\
Valve seat terkeluar dari tapak


Kesan dan akibat


Pembesaran diameter tapak valve seat
                                   
                          Kebanyakkan kenderaan jenis ringan seperti kereta dan van, cylinderheadnya diperbuat dari bahan alumunium atau aloi dan risiko untuk valve seat terkeluar dari tapaknya amat rendah kecuali terdapat keretakkan kecil pada tapak valve seat.Sekiranya ia terkeluar semasa dalam keadaan enjin masih running,ia akan mengakibatkan kerosakkan yang lebih teruk pada bahagian tapak valve seat dan kos untuk membaikinya semula dengan cara T.I.G weld. amat tinggi.Oleh itu jalan penyelesaian yang lain ialah membesarkan lagi diameter tapak valve seat berkenaan.Dengan cara ini penggunaan valve seat yang original sudah tidak boleh digunakan lagi.Sebaliknya ia akan diganti dengan valve seat dari jenis cast iron yang di mesin menggunakan mesin pelarik/Lathe Mesin mengikut saiz yang dikehendaki.

Valve seat yang telah siap di mesin



                               Ukuran untuk memastikan ia dalam keadaan ketat bila dimasukkan kedalam tapak valve seat perlu juga diambil kira.Ini untuk memastikan agar valve seat tidak jatuh semula.Inside caliper dan micro meter akan digunakan untuk mendapatkan sais ukuran yang betul.Saiz keketatan yang diperlukan bergantung kepada ketebalan calve seat itu sendiri.

                          

Micrometer



                                  Setelah siap valve seat akan dimasukan kedalam tapak yang telah dipotong tadi dengan cara mengetuk.Cara ini lebih selamat berbanding menggunakan hydraulic pump kerana kita akan dapat merasakan samada valve seat itu masuk cukup ketat atau pun tidak.Sebaliknya dengan penggunaan hydraulic pump,kita tidak dapat merasa berapa ketat ia masuk dan adakah  valve seat betul betul dapat duduk rapat pada tapaknya.Selain itu kita tidak dapat tahu samada valvseat itu masuk dalam keadaan rata atau senget.Lakaran pada gambarajah dibawah menunjukkan cara bagaimana valve seat dimasukkan dengan cara ketukkan.



Cara ketukkan


                                     Setelah siap valve seat dimasukkan,proses seterusnya ialah pemotongan semula untuk membentuk valve seat kepada saiz yang dikehendaki samada 45 darjah atau 30 darjah.Lihat gambarajah dibawah.


Pemotongan semula.



                                       Proses seterusnya ialah grainvalve untuk memastikan tiada kebocoran pada bahagian valve dan valve seat.Begitulah antara proses proses yang dilakukan sekiranya valve seat mengalami masalah.





C120/131
                                                        

Penggantian Valve seat

Salam semua...




                                     Dalam beberapa bab sebelum ini saya ada menulis tentang proses membaik pulih Cylinderhead terutama pada bahagian valve seat.Pada post pemulaan itu, saya ada menerangkan secara asas bagaimana dan mengapa valve seat perlu dibaik pulih.Jadi untuk melengkapkan lagi kandungan entry tersebut,disini saya akan terangkan lebih lanjut apa yang dikatakan penggantian valve seat, mengapa dan bila waktunya ia perlu diganti dengan secara lebih terperinci.





                                                              
                                                             Valve seat



                                 Di atas adalah imej Cylinderhead dan yang bertanda anak panah berwarna merah itu ialah apa yang dinamakan valve seat.Pada satu satu Cylinderhead,valve seat terdiri pada 2 bahagian ,Iaitu intake valve seat dan outake valve seat.Intake valve seat adalah untuk bahagian kemasukan bahan api,sementara outake valve seat pula adalah untuk bahagian pelepasan bahan bakar setelah proses compress.Dari segi ketahanan,outake valve seat adalah lebih keras dan  berbanding intake valve seat. Pembuatan valve seat dari segi bahan mentah terdiri dari pelbagai jenis.Namun kebiasaannya,untuk kenderaan jenis ringan , penggunaan bahan mentah dari jenis Virgin TFE,Stainless steel/PTFE yang boleh bertahan dengan suhu antara 50F hingga 450F sering digunakan.




                                                       Fungsi valve seat



                                       Fungsi utama valve seat ialah sebagai tapak atau pelapik kepada valve.Oleh sebab itulah valve seat diperbuat dari bahan yang keras dan tahan panas kerana semasa enjin berfungsi,valve akan bertindak balas pada valve seat ketika proses buka dan tutup dengan cepat disamping berlakunya proses pembakaran yang terus menerus.Kepanasan yang maksimum akan menyebabkan valve seat yang diperbuat dari bahan besi jenis biasa dan kadang kala dari jenis cast iron ,akan menimbulkan berbagai risiko seperti pecah atau terkeluar dari kedudukanya.Sekiranya ini berlaku,ia akan meyebabkan beberapa tempat mengalami kerosakkan yang agak teruk.Lihat gambar dibawah.




                                              Kesan kerosakkan valve seat

                                 

                                       Berlakunya kerosakkan seperti gambarajah diatas,akan melibatkan pembaikan pada banyak tempat.Permulaan proses,valve seat intake dan outake akn di keluarkan dengan cara weld atau melalui pemotongan dengan menggunakan mesin.Setelah itu proses T,I.G weld.akan dilakukan pada permukaan yang mengalami kerosakkan terutama di bahagian keliling tapak valve seat agar pembentukkan semula tapak dapat dilakukan.Tapak yang telah siap di welding akan di bentuk semula dengan menggunakan mesin berpandukan kepada saiz valve seat gantian yang baru.Untuk cylinderhead dari jenis alumunium atau aloi dan tidak menggunakan CNG (Compress natural gas) sebagai bahan api,valve seat dari jenis cast iron boleh digunakan kerana ia lebih murah berbanding yang original.




                           
                                          Pemotongan semula tapak valve seat



                                        Setelah siap proses pembentukkan semula tapak, valve seat akan dimasukkan semula dengan cara mengetuk atau menggunakan hydraulic pump.Akan tetapi kebiasaannya penggunaan cara ketuk adalah lebih baik dan lebih selamat berbanding menggunakan hydraulic pump.Dengan cara ketuk,kita akan dapat merasa berapa ketat valve seat masuk ke dalam tapaknya.Sebaliknya jika menggunakan hydraulic pump kita tidak dapat mengagak berapa ketat valve seat itu masuk kedalam tapaknya.Selepas itu proses pembentukkan semula tapak valve seat  akan dilakukan sehinggalah siap proses keseluruhanya.Lihat gambar di bawah.




                                                Bentuk semula valve seat


                                       Bercakap mengenai kesan penggunaan CNG pada  valve seat, kenderaan yang menggunakan sistem NGV, akan mengalami impak paling teruk terutama pada bahagian valve seat.Begitu juga dengan valve guide.Sepanjang pengalaman saya membaik pulih cylinderhead,bila kenderaan yang menggunakan CNG sebagai bahan bakar mengalami kerosakkan ,saya dapati keadaan valve seat seperti tenggelam kedalam sementara valve guide menjadi terlalu longgar yang menyebabkan valve tidak berkedudukan tetap.Ini kerana  gas CNG yang bersifat kering, ringan dan mempunyai suhu kepanasan yang agak tinggi dan mungkin melebihi tahap kepanasan maksimum valve seat.Ini akan menyebabkan valve seat  lebih cepat mengalami kerosakkan jika berbanding penggunaan petrol yang sememangnya mempunyai unsur unsur perlindungan .Sekiranya ingin kepastian cuba perhatikan pada ruang pembakaran antara yang menggunakan CNG dengan bahan bakar petrol semasa membuat top overhoul.Memang banyak perbezaannya..

                                       

 Sekian dahulu dari saya.








                                        
Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian