Penggantian Valve seat

Salam semua...




                                     Dalam beberapa bab sebelum ini saya ada menulis tentang proses membaik pulih Cylinderhead terutama pada bahagian valve seat.Pada post pemulaan itu, saya ada menerangkan secara asas bagaimana dan mengapa valve seat perlu dibaik pulih.Jadi untuk melengkapkan lagi kandungan entry tersebut,disini saya akan terangkan lebih lanjut apa yang dikatakan penggantian valve seat, mengapa dan bila waktunya ia perlu diganti dengan secara lebih terperinci.





                                                              
                                                             Valve seat



                                 Di atas adalah imej Cylinderhead dan yang bertanda anak panah berwarna merah itu ialah apa yang dinamakan valve seat.Pada satu satu Cylinderhead,valve seat terdiri pada 2 bahagian ,Iaitu intake valve seat dan outake valve seat.Intake valve seat adalah untuk bahagian kemasukan bahan api,sementara outake valve seat pula adalah untuk bahagian pelepasan bahan bakar setelah proses compress.Dari segi ketahanan,outake valve seat adalah lebih keras dan  berbanding intake valve seat. Pembuatan valve seat dari segi bahan mentah terdiri dari pelbagai jenis.Namun kebiasaannya,untuk kenderaan jenis ringan , penggunaan bahan mentah dari jenis Virgin TFE,Stainless steel/PTFE yang boleh bertahan dengan suhu antara 50F hingga 450F sering digunakan.




                                                       Fungsi valve seat



                                       Fungsi utama valve seat ialah sebagai tapak atau pelapik kepada valve.Oleh sebab itulah valve seat diperbuat dari bahan yang keras dan tahan panas kerana semasa enjin berfungsi,valve akan bertindak balas pada valve seat ketika proses buka dan tutup dengan cepat disamping berlakunya proses pembakaran yang terus menerus.Kepanasan yang maksimum akan menyebabkan valve seat yang diperbuat dari bahan besi jenis biasa dan kadang kala dari jenis cast iron ,akan menimbulkan berbagai risiko seperti pecah atau terkeluar dari kedudukanya.Sekiranya ini berlaku,ia akan meyebabkan beberapa tempat mengalami kerosakkan yang agak teruk.Lihat gambar dibawah.




                                              Kesan kerosakkan valve seat

                                 

                                       Berlakunya kerosakkan seperti gambarajah diatas,akan melibatkan pembaikan pada banyak tempat.Permulaan proses,valve seat intake dan outake akn di keluarkan dengan cara weld atau melalui pemotongan dengan menggunakan mesin.Setelah itu proses T,I.G weld.akan dilakukan pada permukaan yang mengalami kerosakkan terutama di bahagian keliling tapak valve seat agar pembentukkan semula tapak dapat dilakukan.Tapak yang telah siap di welding akan di bentuk semula dengan menggunakan mesin berpandukan kepada saiz valve seat gantian yang baru.Untuk cylinderhead dari jenis alumunium atau aloi dan tidak menggunakan CNG (Compress natural gas) sebagai bahan api,valve seat dari jenis cast iron boleh digunakan kerana ia lebih murah berbanding yang original.




                           
                                          Pemotongan semula tapak valve seat



                                        Setelah siap proses pembentukkan semula tapak, valve seat akan dimasukkan semula dengan cara mengetuk atau menggunakan hydraulic pump.Akan tetapi kebiasaannya penggunaan cara ketuk adalah lebih baik dan lebih selamat berbanding menggunakan hydraulic pump.Dengan cara ketuk,kita akan dapat merasa berapa ketat valve seat masuk ke dalam tapaknya.Sebaliknya jika menggunakan hydraulic pump kita tidak dapat mengagak berapa ketat valve seat itu masuk kedalam tapaknya.Selepas itu proses pembentukkan semula tapak valve seat  akan dilakukan sehinggalah siap proses keseluruhanya.Lihat gambar di bawah.




                                                Bentuk semula valve seat


                                       Bercakap mengenai kesan penggunaan CNG pada  valve seat, kenderaan yang menggunakan sistem NGV, akan mengalami impak paling teruk terutama pada bahagian valve seat.Begitu juga dengan valve guide.Sepanjang pengalaman saya membaik pulih cylinderhead,bila kenderaan yang menggunakan CNG sebagai bahan bakar mengalami kerosakkan ,saya dapati keadaan valve seat seperti tenggelam kedalam sementara valve guide menjadi terlalu longgar yang menyebabkan valve tidak berkedudukan tetap.Ini kerana  gas CNG yang bersifat kering, ringan dan mempunyai suhu kepanasan yang agak tinggi dan mungkin melebihi tahap kepanasan maksimum valve seat.Ini akan menyebabkan valve seat  lebih cepat mengalami kerosakkan jika berbanding penggunaan petrol yang sememangnya mempunyai unsur unsur perlindungan .Sekiranya ingin kepastian cuba perhatikan pada ruang pembakaran antara yang menggunakan CNG dengan bahan bakar petrol semasa membuat top overhoul.Memang banyak perbezaannya..

                                       

 Sekian dahulu dari saya.








                                        

Comments (6)

Tanpa Nama

28 Disember 2012 pada 12:39 PTG

Wow, awesome weblog structure! How lengthy have you ever been blogging for?
you made blogging look easy. The total glance of your website is excellent, as neatly as the content material!
My site GFI Norte

Tanpa Nama

28 Disember 2012 pada 1:18 PTG

Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of any widgets I could add to my blog that automatically tweet my
newest twitter updates. I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.
Feel free to surf my blog post - GFI Norte

Tanpa Nama

23 November 2013 pada 5:19 PG

Assalamualaikum .....saya nak bertanya dengan abg,saya ada debunk campro head jadi saya nak tukar valve seat...di mana saya nak hantar ...Adakah abg mempunyai bengkel...atau rakan yang boleh membantu..sebab saya tidak tahu...lokasi nak hantar head ni di area selangor...so kalau abg bolejh membantu saya mengucapkan berbanyak Terima kasih ...sebab saya Tanya Kat kedai workshop semua nak trade in sahaja...

Unknown

21 Disember 2013 pada 8:12 PG

Maaf terlambat respon.cuba anda pergi pekan kelang di jalan harper light, belakang sekolah cina pin hua.anda cari workshop UMV enginneering .ia terletak dipermulaan simpang masuk.cari tauke yg bernama Ah nga.

Tanpa Nama

18 November 2016 pada 12:02 PG

Kedai ni ade lg ke? Head motor boleh buat ke?

Tanpa Nama

18 November 2016 pada 12:03 PG

1 valve seat brpa arga

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian