Nilai seorang anak

Salam blogger....




Kasih

             

                    " Sedangkan haiwan sayangkan anak,inikan pula kita sebagai manusia yang dikurniakan kelebihan oleh Allah S.W.T."....itu adalah perkataan biasa yang kita sering dengar bila memperkatakan tentang hal hal kasih sayang kepada seseorang yang dipanggil anak.Anak itu adalah kurniaan Ilahi yang amat besar ertinya kepada seseorang yang telah bergelar suami isteri.Kerana anak lah mereka mendapat status gelaran penghormatan sebagai ibubapa yang mana ianya diredhai disisi hukum agama.Dari sinilah terbitnya erti kasih sayang antara anak dan ibubapa dan ibubapa terhadap anak.Ditatang bagai menatang minyak yang penuh.Segala keperluan anak tersayang disediakan melebihi keperluan diri sendiri.Sanggup berkorban apa sahaja demi anak.Alangkah bahagianya anak itu.

                       "Sedangkan haiwan sayangkan anak,inikan pula kita sebagai manusia yang dikurniakan kelebihan oleh Allah S.W.T.....Adakah masih releven lagi ayat ayat ini sekarang..?Kalau ya mengapa masih terdapat kes kes dera terhadap anak anak kecil...? .Mengapa anak anak dijadikan  sebagai sasaran untuk  melepaskan geram atau tidak puas hati .Walhal anak anak itu tidak mengetahui apa apa tapi ia tetap menjadi mangsa dera.Sudah lupakah bahawa anak itu adalah kurnia dan amanat dari Allah S.W.T. dan kita diamanahkan untuk menjaga,mendidik dengan kasih sayang....bukan sepak terajang...


                               


                         Vedio ini aku upload dari sebuah blog www.ohtidak.com .Bukan untuk mengaibkan sesiapapun,cuma sebagai satu pengertian tentang dimana hilangnya nilai kasih sayang sesorang yang bergelar ibubapa kandung terhadap anak yang telah diamanahkan untuknya.Anda nilai sendiri vedio ini dari berbagai sudut dan apa perasaan anda takkala menonton vedio ini.





C123/132

Comments (2)

kitatauke

15 Disember 2012 pada 11:01 PTG

yang ni tak sanggup tgk..video anak india tu pun tak sanggup tengok...ade juga manusia yg sanggup buat budak mcm tu..ape la sgt salah budak tu...dah nama pun budak..nakal2 tu biasa la...

Unknown

15 Disember 2012 pada 11:12 PTG

betul tu...dia orang pun macam tak pernah jadi budak budak.Aku yang tengok vedio ni je pun dah tersirap darah.

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian