Modification Cylinderhead part 1

Salam blogger


                         Kebiasaanya jika kita tidak berpuas hati dengan prestasi enjin kenderaan,kita akan membuat sedikit pengubahsuaian pada bahagian bahagian tertentu seperti pada bahagian piston,selinder blok,crankshaft balancing,valve,valve seat,Flyweel atau saluran saluran pada bahagian exzos dan intake.Ini semua memerlukan kos yang agak tinggi dan jaminan untuk mendapatkan prestasi 100% enjin power belum tentu terhasil kerana memang sikap kita tak pernah puas dengan apa yang ada........hehehehe.Dah dapat 100% kalau boleh nak up lagi 110%.



high speed


                         Pada bab ini saya hanya akan membincangkan pada bab babpengubahsuaian pada beberapa bahagian cylinderhead sahaja dahulu memandangkan untuk post bab bab pengubaisuaian ini memerlukan penerangan yang  panjang lebar.Untuk cylinderhead,saya akan terangkan pengubahsuaian pada bahagian bahagian seperti saluran intake dan outake melalui proses port polish.Pengubahsuaian diameter valve seat dan pengubahsuaian pada angel valve akan saya terangkan pada post aakan datang.


Port & polish

Port out/in

                         
                             Sebelum anda memulakan kerja kerja port polish,anda memerlukan beberapa tool yang akan digunakan sepanjang proses port polish ini.Antara tool yang digunakan ialah Hand drill,sand paper yang bersaiz 800 hingga 1000,kain kesat,autosol dan polish tool kit.Sila lihat gambarajah dibawah .


Tool yang diperlukan
                                            


                                Terlebih dahulu anda perlu memastikan bahagian mana hendak dimulakan dahulu.Cadangan saya mulakan pada bahagian exzos kerana bahagian ini agak sukar sedikit untuk di polish.Untuk permulaan tandakan berapa besar bahagian yang anda hendak buang.Tapi jangan terlalu besar kerana ia akan menyebabkan ruang pembakaran menjadi semakin nipis dan kemungkinan akan bocor.Ikat polishing tool yang bernombor 1 pada handrill dan gosokan pada bahagian yang hendak dipolish.Sebagai contoh lihat gambarajah dibawah.


warna merah ialah bahagian yang hendak dibuang


                              Ketebalan bahagian yang hendak dibuang adalah sekitar 1mm sahaja dan jangan lebih.Kelancaran kerja kerja polish ini akan terganggu sedikit apabila tiba dibahagian valve guide.Terserah pada anda samada mahu membuang terus tunggul valve guide itu atau mengekalkannya.Pada saya sekiranya tunggul valve guide masih ada sedikit sebanyak ia akan mengganggu kelancaran perjalanan minyak pada bahagian intake dan pelepasan sisa bahan api pada bahagian exzos.Lihat perbezaannya pada gambarajah dibawah.




Perbezaan



                          Setelah siap ,gunakan pula sand paper yang bersaiz 800 terlebih dahulu bertujuan untuk membuang atau melicinkan sedikit mana mana tempat yang dirasakan agak kasar.Seperti biasa anda perlu gunakan hand drill untuk membuat polishing.Tentu anda terfikir bagaimana cara untuk polis dengan menggunakan sand paper.Takkan nak gosok guna tangan.Begini caranya. Anda cari sebatang besi sebesar welding rod,0.5mm sepanjang 6  inci.Belah bahagian hujung menjadi dua dan selitkan sand paper tadi dicelah celah belahan tadi dan pusingkan mengikut putaran jam.Nak senang lihat gambarajah contoh dibawah.




Tips


                            Akhir sekali setelah siap dan anda rasakan sudah cukup licin,gunakan pula outosol .Seperti gambarajah diatas caranya sama cuma kali ini anda perlu gantikan kertas pasir tadi dengan kain yang agak kesat.Contohnya gunakan kain yang diperbuat dari kain cotton atau kain jeans.Caranya sapukan sedikit outosol pada bahagian yang hendak dipolish  dan polishlah sehingga ia menjadi licin dan berkilat .Kerja kerja ini perlukan kesabaran dan daya tumpuan yang tinggi kerana jika tiada kesabaran dan ketelitian ,anda bukan hanya membuang masa,bahkan cylinderhead anda juga akan dibuang.



p/s: Sekiranya ada masalah sila tinggalkan komen anda.

                         



                                                   

Kesan dan akibat piston ring patah



Salam blogger...


                           Seperti yang saya perkatakan sebelum ini,ring diperbuat dari bahan cor stell yang telah menjalani proses special hardenes agar ia bersifat keras.Bagaimanapun jika sesuatu bahan menjalani proses hardenes,sifatnya akan berubah.Walau bagaimana pun  keras nya ia namun apabila ia mengalami impak yang berlebihan ia akan patah juga.Secara ringkasnya impak yang dimaksudkan itu ialah cara penjagaan enjin yang agak kasar.



Ring patah


                             Sebenarnya banyak sebab mengapa dan bagaiman ring boleh patah dan sukar bagi kita untuk mengenal pasti adakah ia berpunca dari ring.Sekiranya kita mendengar sesuatu bunyi yang kurang menyenangkan terhasil dari bahagian utama enjin,kita akan mengandaikan bahagian bahagian tertentu sahaja yang rosak dan kerosakkan pada bahagian  ring kelazimanya adalah andaian yang terakhir.Mengapa begitu......?mungkin kerana kita beranggapan tugas piston ring tidaklah terlalu berat jika dibandingkan dengan bahagian yang lain walaupun pada hakikatnya ia adalah bahagian yang paling tinggi mengalami impak seperti yang saya katakan diatas.

                             Cara kita mengendalikan kenderaan kita juga sedikit sebanyak akan mendatangkan kesan pada bahagian bahagian tertentu.Begitu juga dengan ring.Contohnya  semasa kenderaan dalam proses untuk pemanasan enjin atau dalam keadaan free gear,sesetengah dari kita akan rem beberapa kali dengan tujuan agar enjin cepat panas.Kebiasaanya ini berlaku pada pemilik pemilik kenderaan yang sistem outochoke nya sudah tidak berfungsi lagi.Apabila ia tidak berfungsi ,proses warm up enjin akan berada pada tahap RPM yang rendah dan selinder , piston ring juga masih dalam keadaan kering.Untuk mengelakkan enjin  daripada mati,kita akan rem beberapa kali sehingga enjin betul betul cukup panas.Disitu juga berkemungkinan ring akan retak dan menunggu masa untuk patah sahaja.

                              Jika berlaku sesuatu masalah pada bahagian enjin yang melibatkan ring,ada beberapa petanda  yang dapat dikenal pasti .Enjin sukar untuk dihidupkan walaupun anda telah memeriksa kesemua bahagian yang mungkin jadi penyebab enjin sukar untuk dihidupkan.Bunyi enjin tidak sekata atau kedengaran seperti bunyi enjin bot dan apabila di tekan minyak enjin akan mati.Asap  putih akan keluar melalui saluran exzos dengan banyak .Bunyi enjin agak kasar dari biasa.Sekiranya perkara perkara diatas terjadi pada kenderaan anda,berkemungkinan ia berpunca dari ring dan anda dinasihatkan agar jangan cuba untuk menghidupkan enjin berulangkali kerana ini akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk pada bahagian selinder(calar yang dalam)

                                Jika ini berlaku pada selinder,bermakna enjin terpaksa di overhoul dan selinder blok terpaksa di rebore sehingga bahagian yang terkena calar hilang.Itupun bergantung kepada berapa dalam calar pada selinder.Pada sesuatu blok ,ia mempunyai limit untuk ribore.Dari saiz standard,0,0.25,0.50,0.75 dan 100.Jika saiz rebore melebihi 100 bahagian dinding selinder akan semakin nipis dimana sekiranya digunakan juga selinder blok akan retak dan blok tidak boleh digunakan lagi.Akhir sekali nasihat saya jangan sesekali amalkan sikap suka rem enjin terutama ketika enjin masih sejuk kerana sekiranya ring patah ia kan melibatkan enjin blok,ring,piston,connecting rod,rod beareng,main breareng dan permukaan cylinderhead termasuk valve dan valve seat.



C 144/133

Fungsi Piston ring



Salam blogger




                        Seperti biasa post kali akan menbicarakan tentang bab bab baik pulih.Bab yang akan dibicarakan ialah mengenai apa yang dipanggil ring atau piston ring.Sebelum itu tahukah anda apa itu piston ring dan mengapa pada sesuatu piston kenderaan seperti kereta mempunyai 3 ring ?.Lihat gambarajah dibawah.



Ring



                        Pada sesebuah piston,kebiasaanya ia akan dipasang dengan tiga set ring.Dua daripadanya sama dan satu lagi berbeza.Dua daripadanya dipasang pada sebelah atas dan satu yang berbeza dipasang pada sebelah bawah.



imej piston ring



                   
                              Ring diperbuar dari bahan besi yang di kenali sebagai Cor stell yang telah menjalani proses special hardenes.Ia bersifat keras akan tetapi ia juga kan patah jika pergerakkanya terhalang oleh sesuatu sebab.Ia dipasang pada  piston bertujuan untuk mengawal kedudukan piston agar stabil dan tidak mengenai dinding selinder atau liner..Disamping itu , ia juga berfungsi untuk mengawal dan mencegah compress dan pembakaran daripada melepasi ruang kawasan pembakaran.Lihat contoh dibawah.




Ketika compress







Ring function

                                Sebagaimana rajah diatas,setiap ring mempunyai tugas masing masing.Untuk ring yang kedudukannya paling atas berfungsi sebagai daya mampatan ketika terhasilnya compress.Wiper ring adalah sebagai back up kepada compress ring yang diatas disamping ia menghakis lebihan minyak pelincir yang terhasil didinding selinder.Untuk ring yang ketiga dan yang paling bawah,berfungsi untuk membawa minyak pelincir keseluruh dinding selinder bagi memastikan kelancaran pergerakan turun naik piston.
                               
                               
                                Untuk bab akan datang saya akan bincangkan mengenai mengapa ring patah ,apa kesannya dan apa cara untuk mengatasinya.




C141/149





                 


                   


Sesama blogger




Salam blogger...



                           Melawat blog blog sesama blogger memang menyeronokkan.Lebih lebih bila terdapat post post terbaru dan terhangat dipasaran,mesti kita ingin tahu apa intipati post tersebut.Maka kita pun klik tajuk tersebut dengan melalui dashboard kita atau mana mana wedget dengan perasaan ingin tahu dan kalau boleh nak jadi pengomen yang pertama sebelum blogger blogger lain komen........hihihi.



Tunggu dan tunggu

                           
                            Tunggu punya tunggu dah dekat 2 minit......baru nampak dia punya iklan Nufnang je....itu pun jika blog tersebut  letak iklan Nufnang atas header.Pada yang tak ada iklan tu , nampaklah  dia punya header je.Sebab nak tau sangat apa cerita post tu,,tunggu jugalah.Akhirnya.....siapa yang boleh tahan nak tunggu.Last last blog tu kita tinggalkan dengan perasaan kecewa dan beralih ke blog lain pula.

                             Tu dia.....tak payah nak tunggu lama sangat.Sekali klik je dari header sampai ke Footer semua keluar.Maka  lama lah kita melekat dekat blog tu.Belek sana belek sini untuk cari info info atau wedget wedget baru atau apa apa je la yang biasa korang cari pada blog blogger blogger lain yang rasanya boleh dijadikan contoh pada blog korang.Jangan copy paste dah la.....

                              Tiga perenggan diatas ......tentu korang dah faham apa yang aku maksudkan dan apa yang hendak aku perkatakan pada post aku kali ini.Kerjasama sesama blogger.Itu yang aku maksudkan.Bila kita ber BW ke blog orang lain,kita akan tinggalkan blog itu jika masa yang diambil untuk loading page terlalu lama.Bayangkan berapa ramai blogger tersebut akan kehilangan visitor percuma sahaja.Dan bagaimana pula sekiranya perkara seperti itu berlaku pada blog kita.Hanya visitor je yang tahu tentang masalah blog kita.

                              Mungkin ada yang berkata.....sekarang belambak software kalau kita nak tahu apa   masalah pada blog kita.Contohnya sperti SEO  site Checkup,Check My SEO dan entah apa apa lagi aku pun dah lupa.Tapi seperti yang aku kata tadi,hanya kita sendiri yang tahu.Aku terfikir apa kata kita sesama blogger tolong menolong untuk mengenal pasti apa masalah pada blog yang kita lawati dan maklumkan kepada blogger tersebut melalui komen atau Shoutbox atau apa sahaja agar blogger tersebut cepat sedar apa masalah pada blog dia.Begitulah sebaliknya.

                            Itu cuma cadangan aku sahaja ,Kalau korang semua ada idea yang lebih bernas orang kata,jom kita kongsi kongsi sesama blogger agar blogger blogger Malaysia lebih meriah jika dibanding blogger blogger dari Indonesia yang mana jika dari pemerhatian aku semangat perpaduan blogger blogger mereka amat kuat.Akhir kata abaikan sahaja post ini sekiranya cadangan aku ni tak masuk akal.Jumpa lagi





C124/141

                              

Bagaimanakah Jumaat kita...?




Salam blogger...

                     Bukan bermaksud  untuk mengata atau menuduh sesiapa terutama pada kaum kaum muslimin  kerana dosa tetap dosa.Begitu juga seandai aku mengata mereka samalah seperti aku mengata diri aku sendiri.Sebab aku dan mereka sama sahaja jika dinilai segi amalan disisi yang maha kuasa.Hanya sekadar luahan hati untuk saling ingat mengingati sesama kita agar segera sedar yang kita sekarang sudah semakin jauh dari landasan penghulu segala hari iaitu Jumaat.




Jumaat


                     "Wahai orang orang yang beriman,apabila diserukan azan  untuk mengerjakan solat Jumaat,bersegeralah kamu pergi (keMasjid)untuk mengingati Allah(dengan mengerjakan solat Jumaat)dan tinggalkanlah urusan jual beli (pada saat itu)kerana yang demikian adalah lebih baik bagi kamu jika mengetahui":surah Al jumu'ah ayat 9


                        Seumur hidup kita,berapa kalikah kita terbaca atau membaca ayat ini....? Jangan pula kata tak pernah baca kerana ini adalah salah satu dari ayat ayat Al Quran dan dalam rukun iman yang ketiga iaitu beriman kepada kitab suci yakni Al-Quran.Persoalanya sekarang berimankah kita ....?Berimankah kita seandainya surah Al-Jumu'ah ayat 9 yang jelas dan nyata mengingatkan kita tentang kepentingan solat Jumaat kita pandang ringan.


                        Atas sifat Ar-Rahman, Allah telah mengurniakan berbagai nikmat kepada hamba hambanya sebagai ujian duniawi.Tidakkah kita sedar rezeki yang kita cari selama ini adalah salah satu nikmat kurniaan Allah kepada kita.Beringatlah ....Allah tidak menyukai akan hamba hambanya yang berlebih lebihan dalam urusan duniawi sehingga melupakan tanggungjawabnya dalam urusan akhirat.Dengan sebab itulah Allah telah mengingatkan kepada hambanya melalui ayat diatas agar manusia tidak lalai dan saling ingat mengingati.Imam Malik pernah berkata "Apabila sesorang itu zahid(tidak tamakan dunia)maka Allah akan memberikan nikmat kepadanya."


                        Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud : "Hari yang dijanjikan ialah hari Jumaat,hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana mana hari yang lebih mulia dan afdal selain hari Jumaat."Hadis ini merupakan peringatan dari rasulullah kepada umat islam betapa besarnya pengertian hari Jumaat dimana segalanya bermula dan berakhir pada hari Jumaat.Jumaat bila...?.Wallahualam.

                        Ibarat melepaskan batuk ditangga atau sambil lewa.Itulah yang berlaku sekarang.Melakukan solat Jumaat seolah olah sebagai syarat memenuhkan masa sahaja.Datang ketika imam sedang membaca khutbah.Kadang datang hanya untuk solat jumaat sahaja tanpa mendengar khutbah yang dibacakan oleh imam.Terdapat juga segelintir antaranya datang awal,tetapi tidak memasuki masjid .Sebaliknya lebih suka bersantai diluar masjid sementara menunggu imam selesai membaca khutbah.Bukan menuduh tapi inilah hakikatnya.

                         Sebagaimana sabda rasulullah,s.a.w."Barangsiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub,kemudian dia berangkat keMasjid,maka seakan akan dia berkurban seekor unta.Barangsiapa yang berangkat pada waktu kedua,maka seakan akan dia berkorban seekor sapi.Barang siapa yang berangkat pada waktu ketiga,seakan akan dia berkorban seekor kambing yang bertanduk.Barangsiapa yang berangkat pada waktu yang keempat,maka seakan akan dia berkorban seekor ayam.Dan barangsiapa yang berangkat pada waktu kelima,seakan akan dia berkorban sebiji telur.Jika imam(khatib) telah datang,maka Malaikat akan hadir untuk mendengar khutbahnya."


                          Ini bermaksud pada hari Jumaat , para Malaikat akan menunggu dimuka pintu pintu Masjid sambil memegang buku catatan amal bagi mencatat pahala kedatangan mereka sehingga para Malaikat menutup semula  buku catatan untuk mereka mendengar imam membaca khutbah.Alangkah rugi bagi mereka mereka yang tidak mendapat pahala disebabkan kelewatanya.Sebagaimana sabda rasulullah "Pada hari Jumaat,para Malaikat akan duduk dipintu pintu Masjid yang bersama mereka lembaran lembaran catatan.Mereka mencatat mereka mereka (yang datang solat) ,dimana imam(khatib) telah datang menuju ke mimbar,maka lembaran lembaran catatan itu akan ditutup."

                         Renungkanlah kata kata yang saya dipetik dari imam Malik:Sikap orang munafik ibarat burung didalam sangkar.Apabila dibuka pintu sangkar ,maka berebut rebutlah ia mahu keluar.Sebelum saya mengakhirinya,saya mohon kemaafan kepada sesiapa yang tersinggung mahupun terasa.Bukan niat untuk menuduh sesiapa , cuma sekadar ingat mengingati sesama kita.




C130/141

                          


                     



Cara mengeluarkan stud bolt




Salam blogger...




                          Pada post sebelum ini  saya ada menerangkan tentang cara cara bagaimana untuk mengeluarkan skru yang telah patah atas sebab sebab yang tertentu.Perlu diingatkan bahawa cara cara tersebut tidak 100% akan berhasil.Banyak kemungkinan yang akan berlaku semasa melakukan proses tersebut.Mungkin skru akan patah lagi atau skru tidak berpusing atau bergerak lansung.Namun masih ada jalan penyelesaian yang lain yang akan saya terangkan kemudian memandangkan post kali ini akan berkisar pada bab atau cara untuk mengeluarkan stud yang patah atau rosak.Anda tahu apa itu stud...?Stud ialah sebatang skru yang tidak mempunyai kepala .Ia hanya mempunyai tread atau bebenang pada dua bahagian dan dipasang pada cylinderhead dibahagian kemasukan minyak dan bahagian exzos.





Stud bolt


                             Stud diperbuat dari jenis besi biasa dan disadur atau di crome agar tidak berkarat.Satu lagi jenis stud,ia diperbuat dari jenis besi juga cuma ia lebih keras sedikit kerana telah di harden.Untuk stud yang telah diharden ia akan berwarna hitam.Untuk stud jenis ini ,apabila ia patah ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun dengan cara welding.Jalan terakhir ialah dengan membuang stud tadi dengan cara memanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan api yang panas seperti ocy acetylene untuk melembutkan ia dan kemudian ia akan di korek dengan cara drilling.



Oxy acetylene


                                 Diatas adalah salah satu cara untuk membuka stud yang telah patah.Untuk cara membuka stud yang belum patah dan tidak mahu tread atau bebenangnya rosak,anda hanya perlukan dua nut yang agak keras dan dua common spanar.Seboleh bolehnya yang telah diharden atau yang berwarna hitam kerana ia lebih tahan ketika kita memusingkanya nanti.Untuk cara memasang nut pada bolt,lihat gambarajah dibawah.


Cara mengikat nut



                                     Pastikan kedua dua nut tadi terikat dengan ketat antara satu sama lain dengan mengikut tanda arah anak panah.Setelah itu pusingkan nut bahagian bawah mengikut arah lawan jam seperti gambarajah diatas.Sekiranya ikatan kedua dua nut tadi cukup kuat dan kemas,bolt akan keluar dengan mudah dan tread atau bebenang tidak akan rosak.Oh..ya.hampir terlupa pula saya.Untuk post akan datang saya akan terangkan tentang inisiatif cara mengeluarkan skru yang telah patah dan cara mengeluarkannya dengan chisel dan hamer sahaja sekiranya anda tidak mempunyai kelengkapan tool yang cukup.Semuga panduan ini memberi manfaat untuk anda.




C129/141


Anda mungkin disembelih sekiranya.........



Salam blogger....


                           PANIK.......mungkin itulah respon pertama yang akan kita alami  apabila berlaku sesuatu perkara yang  diluar jangkaan kita.Lebih lebih lagi jika dugaan itu betul betul mencabar kewibawaan  diri sedang kita tidak ada persediaan untuk menghadapinya..Mungkin itu ujian Allah kepada kita untuk menduga takat mana tahap kesabaran kita sebagai hambanya dalam menghadapi situasi yang tidak diduga itu.



Panik


                        


                        Bercakap mengenai isu panik ni,saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua  tentang pengalaman yang dilalui oleh seorang sahabat blogger kita suatu ketika dahulu  iaitu saudara Masrizal Mastor  yang telah meluahkan perasaan sakit hatinya berpunca dari perasaan panik ketika mengalami kerosakkan kenderaan dilebuh raya..Ini juga atas permintaan beliau agar post beliau dapat dikongsi sesama kita agar ia dapat dijadikan  tauladan .Baca post beliau yang saya copy dibawah .






PLUSLINE  1-800-88-0000



 Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la’nat Allah s.w.t. ke atas mereka.
Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan – beberapa kilometer sebelum exit Senawang.

Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.
Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. “RM70 saja,” kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju
Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.
Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.
Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la’natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.
Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata “awak betul-betul potong kepala”, dia jawab, “jangan cakap itu macam la, pacik…”
Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.
Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, “insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya”. Kawan saya jawab, “Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka…”
Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.
Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!
Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.

                       Saya turut bersimpati dengan beliau sekeluarga diatas peristiwa tersebut .Saya juga  berharap agar beliau dapat mengambil iktibar dari peristiwa tersebut dan tiada rugi sekiranya beliau mengambil tahu serba sedikit tentang ilmu ilmu kemahiran khususnya tentang kerosakkan kenderaan kerana itulah keperluan harian kita untuk kesana sini.Sekian


C129/140

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian