Memaparkan catatan dengan label rosak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rosak. Papar semua catatan

Mengesan kerosakkan pada shim dan lifter .

Salam Blogger.....


         
                             Apabila sesebuah enjin mengalami kerosakkan, khususnya ,pada bahagian bahagian yang  bersangkut paut antara satu sama lain ,dan pemeriksaan secara teliti tidak dilakukan akan menyebabkan kesan sampingan yang mungkin akan menyebabkan sesebuah enjin terpaksa dibongkar semula.Akibat dari kecuaian tadi mungkin akan menyebabkan bahagian yang telah sedia rosak akan menjadi semakin rosak .Pastinya kos perbelanjaan  untuk membaik pulih semula semakin tinggi sementara pengguna pastinya akan teraniaya dan terpaksa menanggung  kos perbelanjaan walaupun kadangkala kecuaian itu bukan dari pengguna.Apa lagi sekiranya  pengguna tersebut tidak begitu arif tentang  hal hal sebegini,maka semakin mudahlah ia diperkotak katikkan oleh sesetengah pengusaha pengusaha bengkel  yang tidak mahu mengaku kesalahan dan seboleh bolehnya cuba mengelak dari membayar gantirugi.  Untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi kepada anda sebagai pengguna kenderaan yang fungsi cylinderheadnya beroperasi berasaskan shim lifter  ,disini saya berikan beberapa garis panduan mengenai cara mengesan sendiri kerosakkan yang berlaku pada shim atau lifter .


Lifter Valve.
.                                                                                                                                                                 

                                           Kebiasaanya shim lifter akan mengalami kerosakkan yang kritikal apabila berlakunya perkara seperti timing belt putus .Selain dari itu,kerosakkan lain tidak akan menyebabkan apa apa kesan kepada shim lifter.Kesemua bahagian bahagian komponen yang ada pada bahagian cylinderhead akan terhenti secara tiba tiba apabila timing belt putus sedangkan pada bahagian enjin blok seperti piston masih bergerak turun naik seperti biasa sehinggalah enjin mati sendiri.Sekiranya timing belt putus dan  beberapa batang valve dalam kedudukan terbuka ,piston yang masih bergerak tadi akan melanggar kepala valve dan secara outomatic valve pula akan menolak lifter keatas.Lifter tidak dapat bergerak kemana
 kerana pada bahagian atas lifter ,camshaft lube telah menahannnya .Akhirnya lifter dan shim akan menerima tekanan dari kedua dua bahagian dimana kerosakkan yang perlu anda teliti pada lifter   adalah dibahagian gambarajah dibawah.






Kerosakkan  bahagian Lifter

                           Untuk pemeriksaan bahagian lifter,anda perlu mengeluarkan shim terlebih dahulu dengan cara mencungkil dibahagian tepi shim.Cuci bersih dan perhatikan pada bahagin tengah lifter.Ia tidak boleh digunakan lagi sekiranya terdapat keretakkan pada bahagian tengah walaupun sedikit kerana ini akan menyebabkan shim tidak dapat duduk rapat pada lifter.Akibatnya shim akan terkeluar sendiri dari lifter semasa enjin sedang running.Kesannya tentu anda sendiri tahu.





Periksa juga bahagian ini



                                        Sementara bahagian shim pula,cuba periksa bahagian permukaan shim .Adakah tanda tanda kerosakkan seperti lekuk dan bengkok.Lekuk pada shim adalah akibat tekan dari camshaft lube.Sekiranya ia lekuk,berkarat ,retak mahupun  bengkok,ada lebih baik gantikan kepada yang baru.



Shim

                                    Inilah dua bahagian yang anda perlu teliti dengan betul agar  seperti yang saya katakan diatas,enjin tidak dibongkar semula gara gara kesilapan kecil dan semuga anda dapat manfaat yang berguna dari  info ini dan ianya sebagai panduan asas untuk anda mengenali masalah masalah yang sering berlaku dan sering diabaikan.Terima kasih.

                                   


Alternator

Salam blogger...

                      Hai apa khabar semua.....sihat hendaknya lebih lebih lagi dalam suasana hari mengundi PRU13 yang semakin dekat ni.Jangan lupa pulak ye untuk pergi mengundi.Sebenarnya post aku hari ni bukanlah nak sembang pasal PRU13 sebab aku sendiri pun tak berminat sangat pasal hal hal politik ni.Alternator....itu tajuk yang akan aku updatekan untuk hari ini.





Apa itu alternator




                                  Alternator adalah satu peralatan makenikal yang terdapat pada setiap kenderaan. Ianya berfungai sebagai pengecas bateri apabila kuasa yang ada pada bateri berkurangan akibat penggunaan komponen komponen yang fungsinya berasaskan tenaga letrik seperti lampu utama,kipas radiator,radio,lampu indicator,jam dan macam macam lagi yang terdapat pada sesebuah kenderaan.


Bagaimana alternator berfungsi

                            Alternator hanya akan berfungsi apabila enjin kenderaan telah dihidupkan.Apabila talisawat atau belt yang menghubungkan antara crankshaft dengan alternator pully(bergantung pada jenis kenderaan) berpusing,rotor yang dikelilingi magnet  yang berada didalam alternator tadi akan turut berpusing.Gerakan ini akan menghasilkan  satu medan magnet dan seterusnya akan menghasilkan arus elektrik yang bersifat arus ulang alik(AC).Sistem rectifier akan terus menukar arus ulang alik ini (AC) bertukar kepada arus terus(DC) .Arus terus ini(DC)akan dihantar kebateri.Tetapi ia perlu melalui satu alat yang dikenali sebagai IC diod bagi memastikan arus yang melaluinya tidak melebihi  had voltan yang telah ditetapkan bagi sesebuah kenderaan.Biasanya ia tidak melebihi antara 13V -14V.



Punca alternator gagal berfungsi dengan semporna




TALISAWAT

1.Ketegangan talisawat / belt tidak dilaras dengan betul.Ini akan menyebabkan jumlah voltan arus  elektrik    yang dihantar tidak stabil.

KARAT


2.Alternator pernah ditenggelami air seperti tenggelam akibat banjir dimana bahagian bahagian tertentu seperti beareng akan berkarat.Lama kelamaan ia akan menghasailkan bunyi bising ada alternator.

RECTIFIER

3.Berlaku kerosakkan ada bahagian sistem rectifier dimana arus ulang alik tidak dapat ditukar kepada arus terus.Ini akan menyebabkan kesukaran untuk menghidupkan enjin.



IC DIOD


4.IC diod yang tugasnya mengawal jumlah voltan gagal berfungsi lagi menyebabkan arus yang dibekalkanya kadangkala melebihi had dan kadangkala berkurangan.Fenomena ini akan menyebabkan berlakunya  berbagai perkara seperti lampu kadang terlalu terang,kipas radiator atau radio kadang akan mati sendiri. 

CARBON BRUSH

5.Carbon brush telah haus.Ia perlu ditukar kepada yang baru sekiranya enjin menunjukkan tanda tanda sukar untuk dihidupkan.


Mengenalpasti kerosakkan pada alternator.

1.Kenderaan tidak boleh dihidupkan apabila kenderaan di parking dalam jangkamasa yang agak lama.Ini berpunca dari kuasa yang ada pada bateri telah habis digunakan ada beberaa komponen seperti alarm walaupun enjin dalam keadaan tidak berfungsi sepenuhnya

2.Kesemua cahaya lampu yang ada pada kenderaan menjadi malap

3.Enjin tiba tiba tidak berfungsi dan gagal untuk dihidupkan .






  Kepastian 
           

           Sebagai memastikan samada alternator betul betul mengalami kerosakkan,ada baiknya anda mencuba cara ini.Hidupkan enjin kenderaan anda dalam jangkamasa 5 minit,kemudian cabut kabel bahagian nagetif( - ).Seandainya enjin masih berfungsi bermakna alternator masih dalam keadaan baik.Gunakan alat multitester dan setkan kepada bacaan V14-V15.Sekiranya bacaan ada multitester kurang ada 12v bermakna alternator telah rosak


Sekian.

                 

Cara mengeluarkan stud bolt




Salam blogger...




                          Pada post sebelum ini  saya ada menerangkan tentang cara cara bagaimana untuk mengeluarkan skru yang telah patah atas sebab sebab yang tertentu.Perlu diingatkan bahawa cara cara tersebut tidak 100% akan berhasil.Banyak kemungkinan yang akan berlaku semasa melakukan proses tersebut.Mungkin skru akan patah lagi atau skru tidak berpusing atau bergerak lansung.Namun masih ada jalan penyelesaian yang lain yang akan saya terangkan kemudian memandangkan post kali ini akan berkisar pada bab atau cara untuk mengeluarkan stud yang patah atau rosak.Anda tahu apa itu stud...?Stud ialah sebatang skru yang tidak mempunyai kepala .Ia hanya mempunyai tread atau bebenang pada dua bahagian dan dipasang pada cylinderhead dibahagian kemasukan minyak dan bahagian exzos.





Stud bolt


                             Stud diperbuat dari jenis besi biasa dan disadur atau di crome agar tidak berkarat.Satu lagi jenis stud,ia diperbuat dari jenis besi juga cuma ia lebih keras sedikit kerana telah di harden.Untuk stud yang telah diharden ia akan berwarna hitam.Untuk stud jenis ini ,apabila ia patah ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun dengan cara welding.Jalan terakhir ialah dengan membuang stud tadi dengan cara memanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan api yang panas seperti ocy acetylene untuk melembutkan ia dan kemudian ia akan di korek dengan cara drilling.



Oxy acetylene


                                 Diatas adalah salah satu cara untuk membuka stud yang telah patah.Untuk cara membuka stud yang belum patah dan tidak mahu tread atau bebenangnya rosak,anda hanya perlukan dua nut yang agak keras dan dua common spanar.Seboleh bolehnya yang telah diharden atau yang berwarna hitam kerana ia lebih tahan ketika kita memusingkanya nanti.Untuk cara memasang nut pada bolt,lihat gambarajah dibawah.


Cara mengikat nut



                                     Pastikan kedua dua nut tadi terikat dengan ketat antara satu sama lain dengan mengikut tanda arah anak panah.Setelah itu pusingkan nut bahagian bawah mengikut arah lawan jam seperti gambarajah diatas.Sekiranya ikatan kedua dua nut tadi cukup kuat dan kemas,bolt akan keluar dengan mudah dan tread atau bebenang tidak akan rosak.Oh..ya.hampir terlupa pula saya.Untuk post akan datang saya akan terangkan tentang inisiatif cara mengeluarkan skru yang telah patah dan cara mengeluarkannya dengan chisel dan hamer sahaja sekiranya anda tidak mempunyai kelengkapan tool yang cukup.Semuga panduan ini memberi manfaat untuk anda.




C129/141


Punca kerosakan

Salam blogger....

                             Disiniterdapat beberapa senarai tentang punca kerosakkan yang sering berlaku pada sesebuah kenderaan sebagai panduan untuk anda semua.Semuga ia berguna sebagai pengetahuan asas untuk anda


Punca 


1.Punca :  Spark plug basah atau berkarbon


  • Ia berpunca dari bahagian piston ring yang telah haus.
  • Selinder blok yang telah haus.
  • Proses lapping atau grain valve yang tidak sempurna.
  • Injektor yang tersumbat
  • Valve seal rosak atau tidak ditukar ketika proses top overhoul.
  • Terdapat valve bengkok yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
  • Valve guide / sarung valve terlalu goyang atau retak.
  • Penyelarasan timing yang tidak tepat.
  • Permukaan valve seat yang tidak sekata / tidak rata.
  • Terdapat campuran air dalam sistem pembakaran.



2. Punca : Susah untuk start


  • Masalah pada distributor
  • Spark plug rosak,basah atau berkarbon
  • Kaburator tersumbat atau dipenuhi angin
  • Timing yang tidak dilaras dengan betul
  • Kerosakkan pada bahagian fuel pump.
  • Fuel filter atau penapis minyak yang tersumbat atau kotor.
  • Starter rosak
  • Ikatan cable pada kepala bateri longgar.
  • Ikatan cylinderhead pada blok tidak sekata/lost compress.



3. Punca :  enjin bunyi bising


  • Piston ring telah haus atau longgar
  • Tappet atau lifter valve tidak dilaras dengan betul (knocking )
  • Camshaft terlalu ketat untuk berpusing.
  • Kerosakkan pada rocker arm
  • Beareng crankshaft haus atau rosak
  • Beareng Connecting rod haus atau rosak



4. Punca :  enjin mati tiba tiba


  • Enjin dimasuki air
  • Overheatting yang melampau.
  • Timing belt putus
  • Fuel pump mengalami kerosakkan
  • Fuel filter tersumbat
  • Kepala bateri (nagetif) bersentuhan dengan body 


5. Punca :  overheatting


  • Kandungan air dalam radiator tidak mencukupi
  • Kandungan air pada tangki spare terlalu penuh atau kurang.
  • Leaking pada bahagian top gasket
  • host yang telah retak atau expired
  • Kipas radiator tidak berfungsi
  • Kerosakkan pada water pump
  • Thermostat mengalami kerosakkan
  • Penutup tangki radiator yang tidak sesuai
  • Sistem  penyelarasan break yang tidak betul









Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian