Alternator

Salam blogger...

                      Hai apa khabar semua.....sihat hendaknya lebih lebih lagi dalam suasana hari mengundi PRU13 yang semakin dekat ni.Jangan lupa pulak ye untuk pergi mengundi.Sebenarnya post aku hari ni bukanlah nak sembang pasal PRU13 sebab aku sendiri pun tak berminat sangat pasal hal hal politik ni.Alternator....itu tajuk yang akan aku updatekan untuk hari ini.





Apa itu alternator




                                  Alternator adalah satu peralatan makenikal yang terdapat pada setiap kenderaan. Ianya berfungai sebagai pengecas bateri apabila kuasa yang ada pada bateri berkurangan akibat penggunaan komponen komponen yang fungsinya berasaskan tenaga letrik seperti lampu utama,kipas radiator,radio,lampu indicator,jam dan macam macam lagi yang terdapat pada sesebuah kenderaan.


Bagaimana alternator berfungsi

                            Alternator hanya akan berfungsi apabila enjin kenderaan telah dihidupkan.Apabila talisawat atau belt yang menghubungkan antara crankshaft dengan alternator pully(bergantung pada jenis kenderaan) berpusing,rotor yang dikelilingi magnet  yang berada didalam alternator tadi akan turut berpusing.Gerakan ini akan menghasilkan  satu medan magnet dan seterusnya akan menghasilkan arus elektrik yang bersifat arus ulang alik(AC).Sistem rectifier akan terus menukar arus ulang alik ini (AC) bertukar kepada arus terus(DC) .Arus terus ini(DC)akan dihantar kebateri.Tetapi ia perlu melalui satu alat yang dikenali sebagai IC diod bagi memastikan arus yang melaluinya tidak melebihi  had voltan yang telah ditetapkan bagi sesebuah kenderaan.Biasanya ia tidak melebihi antara 13V -14V.



Punca alternator gagal berfungsi dengan semporna




TALISAWAT

1.Ketegangan talisawat / belt tidak dilaras dengan betul.Ini akan menyebabkan jumlah voltan arus  elektrik    yang dihantar tidak stabil.

KARAT


2.Alternator pernah ditenggelami air seperti tenggelam akibat banjir dimana bahagian bahagian tertentu seperti beareng akan berkarat.Lama kelamaan ia akan menghasailkan bunyi bising ada alternator.

RECTIFIER

3.Berlaku kerosakkan ada bahagian sistem rectifier dimana arus ulang alik tidak dapat ditukar kepada arus terus.Ini akan menyebabkan kesukaran untuk menghidupkan enjin.



IC DIOD


4.IC diod yang tugasnya mengawal jumlah voltan gagal berfungsi lagi menyebabkan arus yang dibekalkanya kadangkala melebihi had dan kadangkala berkurangan.Fenomena ini akan menyebabkan berlakunya  berbagai perkara seperti lampu kadang terlalu terang,kipas radiator atau radio kadang akan mati sendiri. 

CARBON BRUSH

5.Carbon brush telah haus.Ia perlu ditukar kepada yang baru sekiranya enjin menunjukkan tanda tanda sukar untuk dihidupkan.


Mengenalpasti kerosakkan pada alternator.

1.Kenderaan tidak boleh dihidupkan apabila kenderaan di parking dalam jangkamasa yang agak lama.Ini berpunca dari kuasa yang ada pada bateri telah habis digunakan ada beberaa komponen seperti alarm walaupun enjin dalam keadaan tidak berfungsi sepenuhnya

2.Kesemua cahaya lampu yang ada pada kenderaan menjadi malap

3.Enjin tiba tiba tidak berfungsi dan gagal untuk dihidupkan .






  Kepastian 
           

           Sebagai memastikan samada alternator betul betul mengalami kerosakkan,ada baiknya anda mencuba cara ini.Hidupkan enjin kenderaan anda dalam jangkamasa 5 minit,kemudian cabut kabel bahagian nagetif( - ).Seandainya enjin masih berfungsi bermakna alternator masih dalam keadaan baik.Gunakan alat multitester dan setkan kepada bacaan V14-V15.Sekiranya bacaan ada multitester kurang ada 12v bermakna alternator telah rosak


Sekian.

                 

Comment (1)

Tanpa Nama

7 Mac 2015 pada 1:04 PTG

mintak izin amik maklumat

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian