Mengesan kerosakkan pada shim dan lifter .

Salam Blogger.....


         
                             Apabila sesebuah enjin mengalami kerosakkan, khususnya ,pada bahagian bahagian yang  bersangkut paut antara satu sama lain ,dan pemeriksaan secara teliti tidak dilakukan akan menyebabkan kesan sampingan yang mungkin akan menyebabkan sesebuah enjin terpaksa dibongkar semula.Akibat dari kecuaian tadi mungkin akan menyebabkan bahagian yang telah sedia rosak akan menjadi semakin rosak .Pastinya kos perbelanjaan  untuk membaik pulih semula semakin tinggi sementara pengguna pastinya akan teraniaya dan terpaksa menanggung  kos perbelanjaan walaupun kadangkala kecuaian itu bukan dari pengguna.Apa lagi sekiranya  pengguna tersebut tidak begitu arif tentang  hal hal sebegini,maka semakin mudahlah ia diperkotak katikkan oleh sesetengah pengusaha pengusaha bengkel  yang tidak mahu mengaku kesalahan dan seboleh bolehnya cuba mengelak dari membayar gantirugi.  Untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi kepada anda sebagai pengguna kenderaan yang fungsi cylinderheadnya beroperasi berasaskan shim lifter  ,disini saya berikan beberapa garis panduan mengenai cara mengesan sendiri kerosakkan yang berlaku pada shim atau lifter .


Lifter Valve.
.                                                                                                                                                                 

                                           Kebiasaanya shim lifter akan mengalami kerosakkan yang kritikal apabila berlakunya perkara seperti timing belt putus .Selain dari itu,kerosakkan lain tidak akan menyebabkan apa apa kesan kepada shim lifter.Kesemua bahagian bahagian komponen yang ada pada bahagian cylinderhead akan terhenti secara tiba tiba apabila timing belt putus sedangkan pada bahagian enjin blok seperti piston masih bergerak turun naik seperti biasa sehinggalah enjin mati sendiri.Sekiranya timing belt putus dan  beberapa batang valve dalam kedudukan terbuka ,piston yang masih bergerak tadi akan melanggar kepala valve dan secara outomatic valve pula akan menolak lifter keatas.Lifter tidak dapat bergerak kemana
 kerana pada bahagian atas lifter ,camshaft lube telah menahannnya .Akhirnya lifter dan shim akan menerima tekanan dari kedua dua bahagian dimana kerosakkan yang perlu anda teliti pada lifter   adalah dibahagian gambarajah dibawah.






Kerosakkan  bahagian Lifter

                           Untuk pemeriksaan bahagian lifter,anda perlu mengeluarkan shim terlebih dahulu dengan cara mencungkil dibahagian tepi shim.Cuci bersih dan perhatikan pada bahagin tengah lifter.Ia tidak boleh digunakan lagi sekiranya terdapat keretakkan pada bahagian tengah walaupun sedikit kerana ini akan menyebabkan shim tidak dapat duduk rapat pada lifter.Akibatnya shim akan terkeluar sendiri dari lifter semasa enjin sedang running.Kesannya tentu anda sendiri tahu.





Periksa juga bahagian ini



                                        Sementara bahagian shim pula,cuba periksa bahagian permukaan shim .Adakah tanda tanda kerosakkan seperti lekuk dan bengkok.Lekuk pada shim adalah akibat tekan dari camshaft lube.Sekiranya ia lekuk,berkarat ,retak mahupun  bengkok,ada lebih baik gantikan kepada yang baru.



Shim

                                    Inilah dua bahagian yang anda perlu teliti dengan betul agar  seperti yang saya katakan diatas,enjin tidak dibongkar semula gara gara kesilapan kecil dan semuga anda dapat manfaat yang berguna dari  info ini dan ianya sebagai panduan asas untuk anda mengenali masalah masalah yang sering berlaku dan sering diabaikan.Terima kasih.

                                   


Comments (4)

EmpayarUtama

2 Oktober 2013 pada 12:47 PTG

Mungkin saya akan pecah rekod setelah 3 kali tukar alternator. Kali terakhir ialah pada malam raya idilfitri.

Bang dhinai, saya tak fikir alternator itu sendiri menjadi punca alternator bermasalah. Ada cadangan tak?

Unknown

2 Oktober 2013 pada 10:47 PTG

Memang pecah rekod kalau asyik tukar alternator je kerjanya.Sebenarnya alternator tu sendiri puncanya pun boleh jadi jugak kalau pakai dari jenis recon punya.Tak kesahlah walau recon dari jepun ke atau mana mana tempat yang suka buat kerja bab recon merecon ni.Jadi semasa membeli yang baru pastikan ia ori,kalau recon minta jaminan dan pastikan ia bersesuaian dengan model kenderaan kita.Selain itu,pastikan wiring pada kenderaan tiada masalah.

Unknown

21 Mac 2016 pada 7:23 PTG

bang dhinai... mcm mane kitai nak tahu liftervalve dlam keadaan yang bagus... kerta proton saga ada mgeluarkan bunyi dari valve. samaada spring dibahagian dlam liftervalve keras atau lembut mana yang masih bagus boss?

Unknown

21 Mac 2016 pada 7:23 PTG

bang dhinai... mcm mane kitai nak tahu liftervalve dlam keadaan yang bagus... kerta proton saga ada mgeluarkan bunyi dari valve. samaada spring dibahagian dlam liftervalve keras atau lembut mana yang masih bagus boss?

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian