Persoalan tentang zakat dan berzakat.

Salam Blogger.....

                           Walaupun bulan ramadhan telah berlalu,namun bila tiba masanya ia akan menjelma semula tanpa kita sedari dan mungkin ada juga sesetengah dari kita yang merindui kedatangan bulan yang mulia ini untuk menambahkan pahala  yang selama ini dirasakan masih belum mencukupi dari segi amalan atau pahala sedekah. .Namun bulan Ramadhan ini akan datang menjenguk kita dan akan tetap pergi meninggalkan kita semula sedangkan diantara kita termasuk saya sendiri mungkin masih belum memahami tentang permasalahan yang timbul mengenai erti sebenar zakat dan berzakat dari status hukum dan  cara untuk melaksanakanya .






                            Melalui ruangan ini saya ingin kongsikan bersama tentang persoalan persoalan yang timbul dan sering menjadi permasalahan bagi sesetengah kita tentang status hukum berzakat dan bagaimana melaksanakanya.Ruangan info ini saya perolehi dari sumber LZS dan semuga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua melalui ruangan soal jawab dibawah.


Adakah anak yatim,anak angkat atau anak tiri wajib dibayar dan membayar zakat ?

                 Perkara paling asas,Fuqaha menyatakan orang yang wajib menanggung nafkah itulah wajib  memberikan zakat fitrah tanggunganya.Disini ,yang wajib ialah mereka yang dinamakan  sebagai wali nasab (sedarah sedaging ) atau penanggung nafkah,iaitu bapa,datuk,bapa saudara,dan sebagainya lagi.Jika anak angkat , andai sudah tiada wali nasab yang boleh dihubungi,maka  penjagalah yang wajib membayarkan zakatnya.Ada juga pandangan ,jika sudah dibuat perjanjian dengan bapa kandungnya bahawa bapa angkat akan menanggungnya,maka terlepaslah kewajipan bapa kandungnya dari membayarkan zakat.

                Andai anak yatim,sama juga jika sudah tidak berjumpa dengan mana mana wali nasab,maka penjaganya yang wajib membayarkan zakatnya.Jika anak tiri,pun masih kena lihat andai sudah tiada wali nasabnya,maka bapa tirinyalah yang wajib membayarkanya.Namun jika mereka semua sudah ada kemampuan diri sendiri,misalnya walau masih belajar namun mendapat biasiswa atau wang hasil kerja sampingan,maka mereka lebih berhak mengeluarkan zakat mereka sendiri.Tetapi,penjaga yang bukan wali nasab,masih boleh membayarkanya dengan syarat memaklumkan dahulu kepada anak anak jagaanya.

Adakah anak anak perempuan yang sudah bekerja dikira masih tanggungan bapanya ?
                    
                 Anak yang sudah bekerja sendiri samada anak lelaki atau  perempuan,maka mereka lebih berhak mengeluarkan zakat fitrah mereka sendiri.Mereka juga boleh untuk membayarkan zakat fitrah ibubapa mereka sendiri dengan syarat  perlu memaklumkan kepada ibubapa mereka terlebih dahulu.

Adakah orang miskin juga wajib untuk membayar zakat fitrah ?

                  Zakat fitrah adalah diwajibkan kepada semua umat islam tidak mengira samada mereka kaya , miskin , merdeka atau hamba sahaya.Syaratnya mereka mesti mempunyai makan yang mencukupi bermula dari malam satu syawal hingga tamat satu syawal.Orang miskin yang memenuhi syarat ini wajib untuk mengeluarkan zakat.Cuma ada sebahagian fuqaha menyatakan,jika orang miskin itu menjadi mampu disebabkan bantuan dari zakat,maka mereka tidak dibebani untuk mengeluarkan zakatnya kerana punca hartanya dari zakat juga.Wallahualam.

Ada orang meahu membayar zakat fitrah dengan beras dan bukan wang.

                    Menurut ketetapan asal ,zakat fitrah sememangnya begitu.Tetapi sebahagian fuqaha berpendapat adalah harus mengeluarkan zakat dengan wang.Pada zaman Umar bin Abdul Aziz r.a ,baginda berfatwa,zakat fitrah boleh dibayar dengan nilai wang memandangkan penggunaan wang lebih sesuai pada hari ini dan ia akan lebih diraikan demi kemaslahatan ummah seluruhnya.

Adakah majikan wajib membayarkan zakat fitrah untuk pembantu rumahnya ?

                   Majikan tidak wajib untuk membayarkan zakat fitrah untuk pembantu rumahnya kerana ia bukan tanggungan yang wajib dinafkahinya.Pembantu rumah itu mempunyai gajinya sendiri dan dia wajib menjelaskan zakat fitrahnya sendiri.Namun jika majikan mahu membayarkanya juga,ia perlu memberitahu kepada pembantunya sebagai tanda minta izin darinya.

Adakah seorang mualaf (saudara baru) juga wajib membayar zakat fitrah ?

                      Jika seorang mualaf itu masih kecil atau belum baligh,maka orang yang menaunginyalah yang mengeluarkan zakat untuknya.Tetapi jika sudah remaja atau dewasa,maka jika mereka mampu , mereka keluarkan zakat fitrah mereka sendiri.Jika mereka tidak mampu,maka tidak wajiblah zakat fitrah keatasnya.

Adakah anak yang baru lahir pada waktu maghrib hari terakhir dalam bulan ramadan wajib zakat  fitrah juga ?
      
                        Tidak wajib kerana anak itu hidup pada waktu syawal sahaja.Bukan sekadar itu,orang yang hidup sepanjang ramadan dan meninggal dunia sebelum masuknya waktu syawal,maka tidak wajib juga zakat fitrah keatasnya.Ini kerana hanya orang yang hidup dua waktu iaitu ramadan dan syawal sahaja wajib zakat.

Apakah anak yang dikandung sudah cukup bulan tapi belum lahir hingga masuk syawal wajib zakat juga ?

                         Tidak wajib dan cuma sunat muakkad sahaja.Islam tidak mengambil kira semasa bayi masih dalam berkeadaan janin (dalan rahim ibu )dan inilah pendapat yang kuat sebagaiman disebut oleh Dr .Yusuf al Qardawi didalam kitabnya.Hukum Zakat

Adakah kita boleh mengeluarkan zakat harta selain fitrah dibulan ramadan ?

                          Memang boleh dan sangat sangat dianjurkan kerana mafhum daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman Al Farsi,bahawa setiap amalan sunat dalam bulan ramadan diganjari pahala wajib dan satu amalan wajib akan diganjari dengan 70 kali ganda pahala.Maka andai kita berzakat RM1 ribu,maka pahalanya seolah olah kita sudah berzakat RM70 ribu.Orang yang haul zakatnya belum tiba,boleh berniat mendahului haul zakat dan disisi Islam ia memang diharuskan.


                 Alhamdulillah,semuga anda semua dapat manfaat dari penerangan ini dan terima kasih kepada LZS.

Comments (2)

EmpayarUtama

2 Oktober 2013 pada 12:44 PTG

Soalan saya;

kami sekeluarga makan beras RM24 sepuluh kilo. Itu yang kami mampu sejak mula berkahwin hinggalah berkeluarga. Bayaran zakat fitrah ditetapkan pada kadar 3 kali lebih tinggi dari nilai rutin keluarga (per kilo beras).

Persoalannya bagaimana kadar zakat fitrah dikira berdasar kemampuan pemakanan keluarga seperti kami?

Unknown

2 Oktober 2013 pada 10:05 PTG

sebenarnya aku sendiripun kadangkala keliru juga dengan cara pengiraan kadar zakat fitrah ni.Namun aku cadangkan ko pegi kelaman ini utk jawapannya.....aku tak layak nak jawab persoalan ni....http://www.ustazamin.com/2008/09/berapakah-nilai-zakat-fitrah-anda.html

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian