Cara mengeluarkan stud bolt




Salam blogger...




                          Pada post sebelum ini  saya ada menerangkan tentang cara cara bagaimana untuk mengeluarkan skru yang telah patah atas sebab sebab yang tertentu.Perlu diingatkan bahawa cara cara tersebut tidak 100% akan berhasil.Banyak kemungkinan yang akan berlaku semasa melakukan proses tersebut.Mungkin skru akan patah lagi atau skru tidak berpusing atau bergerak lansung.Namun masih ada jalan penyelesaian yang lain yang akan saya terangkan kemudian memandangkan post kali ini akan berkisar pada bab atau cara untuk mengeluarkan stud yang patah atau rosak.Anda tahu apa itu stud...?Stud ialah sebatang skru yang tidak mempunyai kepala .Ia hanya mempunyai tread atau bebenang pada dua bahagian dan dipasang pada cylinderhead dibahagian kemasukan minyak dan bahagian exzos.





Stud bolt


                             Stud diperbuat dari jenis besi biasa dan disadur atau di crome agar tidak berkarat.Satu lagi jenis stud,ia diperbuat dari jenis besi juga cuma ia lebih keras sedikit kerana telah di harden.Untuk stud yang telah diharden ia akan berwarna hitam.Untuk stud jenis ini ,apabila ia patah ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun dengan cara welding.Jalan terakhir ialah dengan membuang stud tadi dengan cara memanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan api yang panas seperti ocy acetylene untuk melembutkan ia dan kemudian ia akan di korek dengan cara drilling.



Oxy acetylene


                                 Diatas adalah salah satu cara untuk membuka stud yang telah patah.Untuk cara membuka stud yang belum patah dan tidak mahu tread atau bebenangnya rosak,anda hanya perlukan dua nut yang agak keras dan dua common spanar.Seboleh bolehnya yang telah diharden atau yang berwarna hitam kerana ia lebih tahan ketika kita memusingkanya nanti.Untuk cara memasang nut pada bolt,lihat gambarajah dibawah.


Cara mengikat nut



                                     Pastikan kedua dua nut tadi terikat dengan ketat antara satu sama lain dengan mengikut tanda arah anak panah.Setelah itu pusingkan nut bahagian bawah mengikut arah lawan jam seperti gambarajah diatas.Sekiranya ikatan kedua dua nut tadi cukup kuat dan kemas,bolt akan keluar dengan mudah dan tread atau bebenang tidak akan rosak.Oh..ya.hampir terlupa pula saya.Untuk post akan datang saya akan terangkan tentang inisiatif cara mengeluarkan skru yang telah patah dan cara mengeluarkannya dengan chisel dan hamer sahaja sekiranya anda tidak mempunyai kelengkapan tool yang cukup.Semuga panduan ini memberi manfaat untuk anda.




C129/141


Comments (3)

Unknown

20 Ogos 2013 pada 11:04 PG

pak , bisa buat makalah proses awal pembuatan studbolt hingga jadi studbolt beserta stamp dan zinc bichromated and flurocarbon? thanks.. email : david.d.tse@gmail.com

Unknown

20 Ogos 2013 pada 11:08 PTG

Salam pak...sebenarnya untuk membuat makalah mengenai cara pembuatan studbolt agak sukar memandangkan ia bukan bidang saya.Namun agar tidak menghampakan saudara,disini saya saya sertakan link mengenai cara pembuatan studbolt dari peringkat awal hingga siap sepenuhnya....terima kasih
http://www.youtube.com/watch?v=DAOg4_FwOCg

Tanpa Nama

29 April 2014 pada 11:40 PG

Ad saiz kcik skt stlt bolt 2

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian