Salam blogger...
Bukan bermaksud untuk mengata atau menuduh sesiapa terutama pada kaum kaum muslimin kerana dosa tetap dosa.Begitu juga seandai aku mengata mereka samalah seperti aku mengata diri aku sendiri.Sebab aku dan mereka sama sahaja jika dinilai segi amalan disisi yang maha kuasa.Hanya sekadar luahan hati untuk saling ingat mengingati sesama kita agar segera sedar yang kita sekarang sudah semakin jauh dari landasan penghulu segala hari iaitu Jumaat.
Jumaat |
"Wahai orang orang yang beriman,apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat Jumaat,bersegeralah kamu pergi (keMasjid)untuk mengingati Allah(dengan mengerjakan solat Jumaat)dan tinggalkanlah urusan jual beli (pada saat itu)kerana yang demikian adalah lebih baik bagi kamu jika mengetahui":surah Al jumu'ah ayat 9
Seumur hidup kita,berapa kalikah kita terbaca atau membaca ayat ini....? Jangan pula kata tak pernah baca kerana ini adalah salah satu dari ayat ayat Al Quran dan dalam rukun iman yang ketiga iaitu beriman kepada kitab suci yakni Al-Quran.Persoalanya sekarang berimankah kita ....?Berimankah kita seandainya surah Al-Jumu'ah ayat 9 yang jelas dan nyata mengingatkan kita tentang kepentingan solat Jumaat kita pandang ringan.
Atas sifat Ar-Rahman, Allah telah mengurniakan berbagai nikmat kepada hamba hambanya sebagai ujian duniawi.Tidakkah kita sedar rezeki yang kita cari selama ini adalah salah satu nikmat kurniaan Allah kepada kita.Beringatlah ....Allah tidak menyukai akan hamba hambanya yang berlebih lebihan dalam urusan duniawi sehingga melupakan tanggungjawabnya dalam urusan akhirat.Dengan sebab itulah Allah telah mengingatkan kepada hambanya melalui ayat diatas agar manusia tidak lalai dan saling ingat mengingati.Imam Malik pernah berkata "Apabila sesorang itu zahid(tidak tamakan dunia)maka Allah akan memberikan nikmat kepadanya."
Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud : "Hari yang dijanjikan ialah hari Jumaat,hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana mana hari yang lebih mulia dan afdal selain hari Jumaat."Hadis ini merupakan peringatan dari rasulullah kepada umat islam betapa besarnya pengertian hari Jumaat dimana segalanya bermula dan berakhir pada hari Jumaat.Jumaat bila...?.Wallahualam.
Ibarat melepaskan batuk ditangga atau sambil lewa.Itulah yang berlaku sekarang.Melakukan solat Jumaat seolah olah sebagai syarat memenuhkan masa sahaja.Datang ketika imam sedang membaca khutbah.Kadang datang hanya untuk solat jumaat sahaja tanpa mendengar khutbah yang dibacakan oleh imam.Terdapat juga segelintir antaranya datang awal,tetapi tidak memasuki masjid .Sebaliknya lebih suka bersantai diluar masjid sementara menunggu imam selesai membaca khutbah.Bukan menuduh tapi inilah hakikatnya.
Sebagaimana sabda rasulullah,s.a.w."Barangsiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub,kemudian dia berangkat keMasjid,maka seakan akan dia berkurban seekor unta.Barangsiapa yang berangkat pada waktu kedua,maka seakan akan dia berkorban seekor sapi.Barang siapa yang berangkat pada waktu ketiga,seakan akan dia berkorban seekor kambing yang bertanduk.Barangsiapa yang berangkat pada waktu yang keempat,maka seakan akan dia berkorban seekor ayam.Dan barangsiapa yang berangkat pada waktu kelima,seakan akan dia berkorban sebiji telur.Jika imam(khatib) telah datang,maka Malaikat akan hadir untuk mendengar khutbahnya."
Ini bermaksud pada hari Jumaat , para Malaikat akan menunggu dimuka pintu pintu Masjid sambil memegang buku catatan amal bagi mencatat pahala kedatangan mereka sehingga para Malaikat menutup semula buku catatan untuk mereka mendengar imam membaca khutbah.Alangkah rugi bagi mereka mereka yang tidak mendapat pahala disebabkan kelewatanya.Sebagaimana sabda rasulullah "Pada hari Jumaat,para Malaikat akan duduk dipintu pintu Masjid yang bersama mereka lembaran lembaran catatan.Mereka mencatat mereka mereka (yang datang solat) ,dimana imam(khatib) telah datang menuju ke mimbar,maka lembaran lembaran catatan itu akan ditutup."
Renungkanlah kata kata yang saya dipetik dari imam Malik:Sikap orang munafik ibarat burung didalam sangkar.Apabila dibuka pintu sangkar ,maka berebut rebutlah ia mahu keluar.Sebelum saya mengakhirinya,saya mohon kemaafan kepada sesiapa yang tersinggung mahupun terasa.Bukan niat untuk menuduh sesiapa , cuma sekadar ingat mengingati sesama kita.
C130/141
Comments (4)
6 Januari 2013 pada 1:14 PG
nice entry bro :-)
6 Januari 2013 pada 8:38 PG
Alhamdulillah....ada juga member yang sudi baca post ni...thanks
6 Januari 2013 pada 3:31 PTG
Insyallah..ayuh kita mnmbh iman dan pastikan hadir awal pd stiap jumaat
6 Januari 2013 pada 7:22 PTG
Alhamdulillah...berkat saling ingat mengingati selalu
Catat Ulasan