Modification Cylinderhead part 1

Salam blogger


                         Kebiasaanya jika kita tidak berpuas hati dengan prestasi enjin kenderaan,kita akan membuat sedikit pengubahsuaian pada bahagian bahagian tertentu seperti pada bahagian piston,selinder blok,crankshaft balancing,valve,valve seat,Flyweel atau saluran saluran pada bahagian exzos dan intake.Ini semua memerlukan kos yang agak tinggi dan jaminan untuk mendapatkan prestasi 100% enjin power belum tentu terhasil kerana memang sikap kita tak pernah puas dengan apa yang ada........hehehehe.Dah dapat 100% kalau boleh nak up lagi 110%.



high speed


                         Pada bab ini saya hanya akan membincangkan pada bab babpengubahsuaian pada beberapa bahagian cylinderhead sahaja dahulu memandangkan untuk post bab bab pengubaisuaian ini memerlukan penerangan yang  panjang lebar.Untuk cylinderhead,saya akan terangkan pengubahsuaian pada bahagian bahagian seperti saluran intake dan outake melalui proses port polish.Pengubahsuaian diameter valve seat dan pengubahsuaian pada angel valve akan saya terangkan pada post aakan datang.


Port & polish

Port out/in

                         
                             Sebelum anda memulakan kerja kerja port polish,anda memerlukan beberapa tool yang akan digunakan sepanjang proses port polish ini.Antara tool yang digunakan ialah Hand drill,sand paper yang bersaiz 800 hingga 1000,kain kesat,autosol dan polish tool kit.Sila lihat gambarajah dibawah .


Tool yang diperlukan
                                            


                                Terlebih dahulu anda perlu memastikan bahagian mana hendak dimulakan dahulu.Cadangan saya mulakan pada bahagian exzos kerana bahagian ini agak sukar sedikit untuk di polish.Untuk permulaan tandakan berapa besar bahagian yang anda hendak buang.Tapi jangan terlalu besar kerana ia akan menyebabkan ruang pembakaran menjadi semakin nipis dan kemungkinan akan bocor.Ikat polishing tool yang bernombor 1 pada handrill dan gosokan pada bahagian yang hendak dipolish.Sebagai contoh lihat gambarajah dibawah.


warna merah ialah bahagian yang hendak dibuang


                              Ketebalan bahagian yang hendak dibuang adalah sekitar 1mm sahaja dan jangan lebih.Kelancaran kerja kerja polish ini akan terganggu sedikit apabila tiba dibahagian valve guide.Terserah pada anda samada mahu membuang terus tunggul valve guide itu atau mengekalkannya.Pada saya sekiranya tunggul valve guide masih ada sedikit sebanyak ia akan mengganggu kelancaran perjalanan minyak pada bahagian intake dan pelepasan sisa bahan api pada bahagian exzos.Lihat perbezaannya pada gambarajah dibawah.




Perbezaan



                          Setelah siap ,gunakan pula sand paper yang bersaiz 800 terlebih dahulu bertujuan untuk membuang atau melicinkan sedikit mana mana tempat yang dirasakan agak kasar.Seperti biasa anda perlu gunakan hand drill untuk membuat polishing.Tentu anda terfikir bagaimana cara untuk polis dengan menggunakan sand paper.Takkan nak gosok guna tangan.Begini caranya. Anda cari sebatang besi sebesar welding rod,0.5mm sepanjang 6  inci.Belah bahagian hujung menjadi dua dan selitkan sand paper tadi dicelah celah belahan tadi dan pusingkan mengikut putaran jam.Nak senang lihat gambarajah contoh dibawah.




Tips


                            Akhir sekali setelah siap dan anda rasakan sudah cukup licin,gunakan pula outosol .Seperti gambarajah diatas caranya sama cuma kali ini anda perlu gantikan kertas pasir tadi dengan kain yang agak kesat.Contohnya gunakan kain yang diperbuat dari kain cotton atau kain jeans.Caranya sapukan sedikit outosol pada bahagian yang hendak dipolish  dan polishlah sehingga ia menjadi licin dan berkilat .Kerja kerja ini perlukan kesabaran dan daya tumpuan yang tinggi kerana jika tiada kesabaran dan ketelitian ,anda bukan hanya membuang masa,bahkan cylinderhead anda juga akan dibuang.



p/s: Sekiranya ada masalah sila tinggalkan komen anda.

                         



                                                   

Comments (8)

Hans Hanis

18 Januari 2013 pada 8:13 PTG

teman kereta tak ada lagi
sob sob sob :_(

Unknown

18 Januari 2013 pada 9:14 PTG

hahaha...tak pe....aku doakan ko cepat cepat dapat kereta suatu hari nanti

EmpayarUtama

20 Januari 2013 pada 9:54 PG

Saya nek motor, tapi nak komen juga hahahahah

EmpayarUtama

20 Februari 2013 pada 8:29 PG

Bulan Feb ni nampak macam senang sikit sebab kerja kontrak di kampung dah siap ^_^. Boleh berbelog semula

Ali

25 Julai 2013 pada 6:48 PTG

Salam bro. Nak tanya ada kesan buruk tak kalau valve guide di modified seperti gambar yg bro paparkan? Jadi goyang ke..terima kasih

Unknown

25 Julai 2013 pada 11:13 PTG

Salam...itu salah satu proses port porting.Memang sedikit sebanyak valve akan goyang sedikit.Tapi sekiranya saudara kurang confiden,ada lebih baik saudara kekaklkan kedudukanya.Cuma kerja kerja untuk meratakan ruang yang hendak dibuang pastinya agak sukar sedikit.Untuk langkah mudah saya bagi satu tips. saudara ketuk masuk v.guide tadi sehingga rata atau tenggelam sedikit dari permukaan cylinderhead,kemudian baru lakukan proses membuang bahagian yang hendak dibuang.Setelah siap,ketuk masuk semula v.guide .Tapi pastikan saudara mengukur terlebih dahulu ketinggian valve guide yang asal.Harap dapat membantu.

Ali

12 Ogos 2013 pada 8:30 PG

Salam saudara. Terima kasih atas penerangan di atas.

Frank

19 Ogos 2021 pada 2:32 PTG

Saudara kalau nak port tu kena tanda menggunakan gasket tak?

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian