Modification cylinderhead part 2


Salam blogger


                      Untuk modification bahagian cylinderhead kali ini saya akan tumpukan pada bahagian valve seat.Untuk kerja kerja pada  bahagian ini ia tidaklah terlalu rumit jika dibandingkan dengan bahagian yang lain.Anda cuma perlu hanya perlu hantar ke kedai mechinery dan minta dia orang besarkan 1mm lubang valve seat.Itu sahaja.Begitu juga sekiranya anda ingin membuat pengubahsuaian pada bahagian valve ,hanya perlu membuang bahagian angel yang berlebihan dimana ia sedikit sebanyak menghalang kelancaran aliran minyak atau pelepasan sisa bahan bakar.Saya akan sertakan gambarajah dibawah agar anda lebih mudah untuk memahami dengan apa yang saya maksudkan diatas.





Merah adalah bahagian yang dipotong







Sudut yang perlu dibuang



                      

                         Untuk pemotongan dibahagian sudut valve yang bertanda anak panah berwarna merah ,ianya perlu dilakukan berhati hati agar ia tidak melepasi bahagian tapak duduk valve seat untuk mengelakkan berlakunya kebocoran apabila berlakunya proses compress.Akhir sekali saya berharap agar anda dapat memahami bagaimana proses ini dilakukan.Terima kasih.





Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian