Adilkah kita......?

Salam blogger





Sekadar gambar hiasan



                     Memang sudah menjadi fitrah sesorang manusia mempunyai sikap suka memilih sesuatu yang dirasakan dapat memberi kebaikan pada dirinya walaupun kadangkala sikap seperti itu sedikit sebanyak memberi kesan nagetif kepada orang lain tanpa di sedari.Begitu juga dengan sikap suka membeza bezakan kasih sayang dalam keluarga.Dalam ertikata lain membeza bezakan atau pilih kasih didalam memberikan kasih sayang diantara anak anak kita.


                    Adakah sikap seperti ini ada pada diri kita ?.Pada mereka mereka yang mempunyai bilangan anak kurang dari 2 orang tentu mengatakan tidak.Begitu juga pada yang mempunyai bilangan anak yang lebih ramai juga akan mengatakan jawapan yang sama,....iaitu TIDAK. walaupun pada hakikatnya ...ya.Mengapa.....,adakah kita takut untuk mengakui yang kita sememangnya mempunyai sikap yang sebegini tetapi enggan mengakuinya. Kita akan cuba sembunyikan sikap itu bila berada dikalangan keluarga kita walhal tanpa kita sedari sikap dan gerak geri kita ketika berinteraksi dengan salah seorang anak kita akan diperhatikan oleh anak anak yang lain.


                     Adakah anda percaya bila saya mengatakan tanpa kita sedar gaya percakapan dan nada suara kita ketika berinteraksi dengan setiap seorang anak anak kita akan berbeza beza ?.Bila kita bercakap dengan along,gaya percakapan dan suara kita lembut sahaja,Bila bercakap dengan angah...tegas sedikit....bila bercakap dengan uda.. nada suara kita tinggi memanjang walaupun ia hanya sekadar percakapan yang tidak perlu untuk kita meninggikan suara.Disitu tanpa kita sedari sikap kita akan dinilai oleh anak anak kita tentang bagaimana cara kita memberikan kasih sayang kepada mereka.Adakah kita masih mahu mengatakan tidak dalam mengakui tentang sikap pilih kasih dalam diri kita?.


                      Sikap kita akan lebih ketara bila kita suka membanding bandingkan antara mereka.Suka membandingkan dari segi pelajaran,kecantikan,aktiviti harian dan macam macam lagi dimana ini akan sedikit sebanyak memberi kesan nagetif kepada anak itu dimana dari situ ia akan menilai sikap kita dengan cara mereka sendiri.Akibatnya akan timbul perasaan rendah diri,murung,iri hati,dan benci dalam hatinya.Andai ini terjadi akibatnya tentu kita sedia maklum.


                      Sebenarnya isu ini aku timbulkan sebagai satu isu untuk renungan kita bersama sahaja.Terserahlah pada kita masing masing menilai diri sendiri dalam membimbing keluarga kita.Jangan tunjukkan sangat sikap suka membeza bezakan diantara anak anak kita.Yang penting kita ingat satu ayat ini....Seadil mana pun kita , pasti ada antara mereka yang tidak akan berpuas hati.......jadi pandai pandailah kita melayan mereka.

Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian