Doa yang dipermainkan

Salam blogger

                     Saban hari kita akan disajikan dengan adegan adegan dalam drama mahupun filem filem yang mengesahkan tentang sketsa kehidupan dan peristiwa yang berlaku disekeliling kita.Adakalanya sehingga kita terlupa untuk menilai apa yang disajikan itu boleh diterima akal atau sebaliknya.Mungkin kita leka dengan kecantikkan dan kekacakkan pelakon pelakon yang melakonkan watak watak tertentu sehingga kadangkala ada yang terover dan memandai mandai mengarahkan pelakon itu agar mengikut kemahuanya walaupun sebenarnya pelakon itu melakukan adegan yang telah ditetapkan oleh direktor

                      Pada entry ini aku hanya ingin meluahkan kemusykilan aku pada mereka mereka yang yang mahir dalam bab hukum ni.Aku nak jatuhkan hukum sendiri,tak bolehlah sebab aku bukanlah alim ulamak.Itu sebabnya aku kemukakan persoalan ini agar sesiapa yang membaca post ini dapat menjelaskan kemusykilan aku ni.



Doa 


                       Antara kemusykilan aku tentang adegan adegan dalam drama mahupun filem adalah pada adegan berdoa.Jika kita perhatikan pada adegan berdoa selepas solat seolah olah pelakon itu bersungguh sungguh berdoa sehingga ada yang menitiskan airmata memohon sesuatu dalam doanya.Memanglah kita tidak boleh salahkan pelakon kerana ia hanya mengikut arahan direktor,akan tetapi tidakkah mereka terfikir akan kesan dan akibat dari perbuatan mereka mempermain mainkan hukum dalam berdoa.

                        Aku pernah mendengar dari orang orang yang mahir dalam  bab bab hukum  agama ni mengatakan...doa sesorang itu akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T sekiranya ia dilakukan dengan ikhlas dan lahir dari sudut hati yang bersih sehingga boleh menitiskan airmata.Tapi bagaimana pula pada mereka mereka yang hanya berdoa tapi hanya sebagai lakonan.Bukan ini seolah mempersendakan hukum Allah dan hukum dalam adab berdoa.

                        Terserahlah pada anda sendiri menilainya.Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud"Berdoalah kamu kepadaku nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang orang yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku,akan masuk dalam neraka dalam keadaan hina."

                          Wallahualam.....

                     

Comment (1)

Rinah

18 Jun 2013 pada 1:40 PTG

menjadi persoalan saya juga..

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian