Persoalan tentang zakat dan berzakat.

Salam Blogger.....

                           Walaupun bulan ramadhan telah berlalu,namun bila tiba masanya ia akan menjelma semula tanpa kita sedari dan mungkin ada juga sesetengah dari kita yang merindui kedatangan bulan yang mulia ini untuk menambahkan pahala  yang selama ini dirasakan masih belum mencukupi dari segi amalan atau pahala sedekah. .Namun bulan Ramadhan ini akan datang menjenguk kita dan akan tetap pergi meninggalkan kita semula sedangkan diantara kita termasuk saya sendiri mungkin masih belum memahami tentang permasalahan yang timbul mengenai erti sebenar zakat dan berzakat dari status hukum dan  cara untuk melaksanakanya .






                            Melalui ruangan ini saya ingin kongsikan bersama tentang persoalan persoalan yang timbul dan sering menjadi permasalahan bagi sesetengah kita tentang status hukum berzakat dan bagaimana melaksanakanya.Ruangan info ini saya perolehi dari sumber LZS dan semuga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua melalui ruangan soal jawab dibawah.


Adakah anak yatim,anak angkat atau anak tiri wajib dibayar dan membayar zakat ?

                 Perkara paling asas,Fuqaha menyatakan orang yang wajib menanggung nafkah itulah wajib  memberikan zakat fitrah tanggunganya.Disini ,yang wajib ialah mereka yang dinamakan  sebagai wali nasab (sedarah sedaging ) atau penanggung nafkah,iaitu bapa,datuk,bapa saudara,dan sebagainya lagi.Jika anak angkat , andai sudah tiada wali nasab yang boleh dihubungi,maka  penjagalah yang wajib membayarkan zakatnya.Ada juga pandangan ,jika sudah dibuat perjanjian dengan bapa kandungnya bahawa bapa angkat akan menanggungnya,maka terlepaslah kewajipan bapa kandungnya dari membayarkan zakat.

                Andai anak yatim,sama juga jika sudah tidak berjumpa dengan mana mana wali nasab,maka penjaganya yang wajib membayarkan zakatnya.Jika anak tiri,pun masih kena lihat andai sudah tiada wali nasabnya,maka bapa tirinyalah yang wajib membayarkanya.Namun jika mereka semua sudah ada kemampuan diri sendiri,misalnya walau masih belajar namun mendapat biasiswa atau wang hasil kerja sampingan,maka mereka lebih berhak mengeluarkan zakat mereka sendiri.Tetapi,penjaga yang bukan wali nasab,masih boleh membayarkanya dengan syarat memaklumkan dahulu kepada anak anak jagaanya.

Adakah anak anak perempuan yang sudah bekerja dikira masih tanggungan bapanya ?
                    
                 Anak yang sudah bekerja sendiri samada anak lelaki atau  perempuan,maka mereka lebih berhak mengeluarkan zakat fitrah mereka sendiri.Mereka juga boleh untuk membayarkan zakat fitrah ibubapa mereka sendiri dengan syarat  perlu memaklumkan kepada ibubapa mereka terlebih dahulu.

Adakah orang miskin juga wajib untuk membayar zakat fitrah ?

                  Zakat fitrah adalah diwajibkan kepada semua umat islam tidak mengira samada mereka kaya , miskin , merdeka atau hamba sahaya.Syaratnya mereka mesti mempunyai makan yang mencukupi bermula dari malam satu syawal hingga tamat satu syawal.Orang miskin yang memenuhi syarat ini wajib untuk mengeluarkan zakat.Cuma ada sebahagian fuqaha menyatakan,jika orang miskin itu menjadi mampu disebabkan bantuan dari zakat,maka mereka tidak dibebani untuk mengeluarkan zakatnya kerana punca hartanya dari zakat juga.Wallahualam.

Ada orang meahu membayar zakat fitrah dengan beras dan bukan wang.

                    Menurut ketetapan asal ,zakat fitrah sememangnya begitu.Tetapi sebahagian fuqaha berpendapat adalah harus mengeluarkan zakat dengan wang.Pada zaman Umar bin Abdul Aziz r.a ,baginda berfatwa,zakat fitrah boleh dibayar dengan nilai wang memandangkan penggunaan wang lebih sesuai pada hari ini dan ia akan lebih diraikan demi kemaslahatan ummah seluruhnya.

Adakah majikan wajib membayarkan zakat fitrah untuk pembantu rumahnya ?

                   Majikan tidak wajib untuk membayarkan zakat fitrah untuk pembantu rumahnya kerana ia bukan tanggungan yang wajib dinafkahinya.Pembantu rumah itu mempunyai gajinya sendiri dan dia wajib menjelaskan zakat fitrahnya sendiri.Namun jika majikan mahu membayarkanya juga,ia perlu memberitahu kepada pembantunya sebagai tanda minta izin darinya.

Adakah seorang mualaf (saudara baru) juga wajib membayar zakat fitrah ?

                      Jika seorang mualaf itu masih kecil atau belum baligh,maka orang yang menaunginyalah yang mengeluarkan zakat untuknya.Tetapi jika sudah remaja atau dewasa,maka jika mereka mampu , mereka keluarkan zakat fitrah mereka sendiri.Jika mereka tidak mampu,maka tidak wajiblah zakat fitrah keatasnya.

Adakah anak yang baru lahir pada waktu maghrib hari terakhir dalam bulan ramadan wajib zakat  fitrah juga ?
      
                        Tidak wajib kerana anak itu hidup pada waktu syawal sahaja.Bukan sekadar itu,orang yang hidup sepanjang ramadan dan meninggal dunia sebelum masuknya waktu syawal,maka tidak wajib juga zakat fitrah keatasnya.Ini kerana hanya orang yang hidup dua waktu iaitu ramadan dan syawal sahaja wajib zakat.

Apakah anak yang dikandung sudah cukup bulan tapi belum lahir hingga masuk syawal wajib zakat juga ?

                         Tidak wajib dan cuma sunat muakkad sahaja.Islam tidak mengambil kira semasa bayi masih dalam berkeadaan janin (dalan rahim ibu )dan inilah pendapat yang kuat sebagaiman disebut oleh Dr .Yusuf al Qardawi didalam kitabnya.Hukum Zakat

Adakah kita boleh mengeluarkan zakat harta selain fitrah dibulan ramadan ?

                          Memang boleh dan sangat sangat dianjurkan kerana mafhum daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman Al Farsi,bahawa setiap amalan sunat dalam bulan ramadan diganjari pahala wajib dan satu amalan wajib akan diganjari dengan 70 kali ganda pahala.Maka andai kita berzakat RM1 ribu,maka pahalanya seolah olah kita sudah berzakat RM70 ribu.Orang yang haul zakatnya belum tiba,boleh berniat mendahului haul zakat dan disisi Islam ia memang diharuskan.


                 Alhamdulillah,semuga anda semua dapat manfaat dari penerangan ini dan terima kasih kepada LZS.

Mengesan kerosakkan pada shim dan lifter .

Salam Blogger.....


         
                             Apabila sesebuah enjin mengalami kerosakkan, khususnya ,pada bahagian bahagian yang  bersangkut paut antara satu sama lain ,dan pemeriksaan secara teliti tidak dilakukan akan menyebabkan kesan sampingan yang mungkin akan menyebabkan sesebuah enjin terpaksa dibongkar semula.Akibat dari kecuaian tadi mungkin akan menyebabkan bahagian yang telah sedia rosak akan menjadi semakin rosak .Pastinya kos perbelanjaan  untuk membaik pulih semula semakin tinggi sementara pengguna pastinya akan teraniaya dan terpaksa menanggung  kos perbelanjaan walaupun kadangkala kecuaian itu bukan dari pengguna.Apa lagi sekiranya  pengguna tersebut tidak begitu arif tentang  hal hal sebegini,maka semakin mudahlah ia diperkotak katikkan oleh sesetengah pengusaha pengusaha bengkel  yang tidak mahu mengaku kesalahan dan seboleh bolehnya cuba mengelak dari membayar gantirugi.  Untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi kepada anda sebagai pengguna kenderaan yang fungsi cylinderheadnya beroperasi berasaskan shim lifter  ,disini saya berikan beberapa garis panduan mengenai cara mengesan sendiri kerosakkan yang berlaku pada shim atau lifter .


Lifter Valve.
.                                                                                                                                                                 

                                           Kebiasaanya shim lifter akan mengalami kerosakkan yang kritikal apabila berlakunya perkara seperti timing belt putus .Selain dari itu,kerosakkan lain tidak akan menyebabkan apa apa kesan kepada shim lifter.Kesemua bahagian bahagian komponen yang ada pada bahagian cylinderhead akan terhenti secara tiba tiba apabila timing belt putus sedangkan pada bahagian enjin blok seperti piston masih bergerak turun naik seperti biasa sehinggalah enjin mati sendiri.Sekiranya timing belt putus dan  beberapa batang valve dalam kedudukan terbuka ,piston yang masih bergerak tadi akan melanggar kepala valve dan secara outomatic valve pula akan menolak lifter keatas.Lifter tidak dapat bergerak kemana
 kerana pada bahagian atas lifter ,camshaft lube telah menahannnya .Akhirnya lifter dan shim akan menerima tekanan dari kedua dua bahagian dimana kerosakkan yang perlu anda teliti pada lifter   adalah dibahagian gambarajah dibawah.






Kerosakkan  bahagian Lifter

                           Untuk pemeriksaan bahagian lifter,anda perlu mengeluarkan shim terlebih dahulu dengan cara mencungkil dibahagian tepi shim.Cuci bersih dan perhatikan pada bahagin tengah lifter.Ia tidak boleh digunakan lagi sekiranya terdapat keretakkan pada bahagian tengah walaupun sedikit kerana ini akan menyebabkan shim tidak dapat duduk rapat pada lifter.Akibatnya shim akan terkeluar sendiri dari lifter semasa enjin sedang running.Kesannya tentu anda sendiri tahu.





Periksa juga bahagian ini



                                        Sementara bahagian shim pula,cuba periksa bahagian permukaan shim .Adakah tanda tanda kerosakkan seperti lekuk dan bengkok.Lekuk pada shim adalah akibat tekan dari camshaft lube.Sekiranya ia lekuk,berkarat ,retak mahupun  bengkok,ada lebih baik gantikan kepada yang baru.



Shim

                                    Inilah dua bahagian yang anda perlu teliti dengan betul agar  seperti yang saya katakan diatas,enjin tidak dibongkar semula gara gara kesilapan kecil dan semuga anda dapat manfaat yang berguna dari  info ini dan ianya sebagai panduan asas untuk anda mengenali masalah masalah yang sering berlaku dan sering diabaikan.Terima kasih.

                                   


Kalau dah jodoh.....

Salam Blogger.....


               kalau jodoh tidak kemana.....hehehe.....itu bukan tajuk entry yang aku nak bincangkan kali ini setelah lama tak update blog yang tak berapa popular ni.Pun bukan pasal nak bincang dan menggatal nak tambah kuota lagi satu ye.Cuma nak kongsi cerita dan pengalaman aku selepas kereta aku mengalami kemalangan yang tak dijangka jangka walaupun aku cuba sedaya untuk mengelakkanya.Tapi memang betul kata orang tua tua,"kalau jodoh tak kemana",kita elak macamana pun kalau dah ditakdirkan jodoh kita ,kene terima juga walaupun kadangkala ianya manis dan kadangkala pahit.

              27.8.13 ,seperti kebiasaannya jam 7.00am aku akan hantar anak anak aku kesekolah yang jauhnya boleh tahan jugalah....5 km.Selepas 5 minit perjalanan aku terhenti sekejap disebabkan sebuah lori 10 tan yang penuh dengan muatan tandan sawit sedang bergerak keluar ke jalan besar.Aku perhati muatannya memang melebihi had muatan yang sepatutnya dan untuk keselamatan dan mengelakkan tandan sawit dari jatuh ,ia cuma ditutup dengan kain canvas walaupun sepatutnya untuk lebih selamat jika gunakan jaring.Disebabkan muatan yang berlebihan ,maka merangkaklah lori tu termasuk aku sekali dibelakang.Aku rasa naik basikal lagi laju.

             Disebabkan takut anak anak terlambat sampai kesekolah , aku mengambil inisiatif ikut jalan pintas.Haaa.....lega rasanya dapat elak dari membontot lori sawit tu......Maka berdesuplahlah aku nak kejar masa.Seperti yang aku katakan tadi "kalau jodoh tak kemana",sewaktu hampir sampai kesekolah aku telah bertembung semula dengan lori yang aku follow tadi.Pelik........dan sewaktu berselisih dengan lori tu jugalah satu tandan sawit telah jatuh diatas jalanraya  akibat tersangkut pada dahan pokok.Yang tak seronoknya ia melantun betul betul depan kereta aku.Akhirnya aku tak boleh buat apa selain langgar sahaja tandan sawit tu......

tandan sawit


             Dalam keadaan tangki air yang bocor dan mungkin air tangki telah kering ,aku cuba kejar lori tu. walaupun aku perhati tempurature air sudah cecah keparas merah.Nekad.............Setelah berbincang dengan tuan punya lori dan mungkin dia mengaku akan kesalahanya ,akhirnya dia sanggup menanggung segala kos gantirugi baikpulih kereta aku ni.


kalau jodoh tak kemana....
           
             
                    Sekarang kereta ni tersadai dalam workshop untuk dibaikpulih pada bahagian bumper,radiator yang bocor,main lamp sebelah kiri ,signal ,grill dan part part kecil yang lain.Alhamdulillah kerana tandan sawit tadi tidak masuk kedalam kereta,kalau tak ...tau tau je lah....Pesanan aku pada korang,berhati hatilah bila memandu kerana malang tidak berbau.......tapi kalau dah jodoh ,nak buat camna.....hehehe.

Kulhuallahhuahad......

Salam Blogger.....


                     ‘Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismillahirrahmannirrahim’


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



                     Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Ada lebih baiknya jika diamalkan sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.Kemudian masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah…Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

                    Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:‘Barang siapa membaca Qul huwa’llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. 






                      Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:''Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. ''Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

                       Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya ''Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?'' Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran… Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

                    Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ''Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.''Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
''Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan…''

               Sabda Rasulullah SAW lagi:''Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya:-
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

                 Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali, selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya. .Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. Insyaallah.....

















Alangkah ruginya aku....... Syaaban 1434

Salam Blogger.....





                      

                         Dalam sedar tak sedar,kita sekarang telah berada dihari yang kedua dalam bulan yang dipenuhi dengan keberkatan  dan kemuliaan iaitu bulan Syaaban dimana dalam bulan inilah peluang untuk kita memperbaiki diri dari segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan saban hari tanpa kita sedari.Bulan syaaban adalah bulan yang kedua selepas bulan Rejab dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib) .Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


                    Sebagaimana sabda rasulullah yang bermaksud " “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ". Allah swt juga ada berfirman " Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar ".Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.


                     Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanmu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanmu daripada kemurkaanmu dan aku berlindung  daripadamu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapmu seperti kamu memuji dirimu sendiri ".

                                                   
                      Bagaimana cara  untuk kita memanfaatkan sepenuhnya bulan keberkatan ini....?Tentu ada cara dan langkah yang perlu kita lakukan untuk mendapat kan keberkatanya.Bertaubat .........bertaubatlah dengan sepenuh keikhlasan hati dan penyesalan akan segala dosa dosa yang telah kita lakukan sepanjang tahun sebelumnya agar Allah mengampunkan segala kesalahan dan dosa dosa kita dan percayalah bahawa Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.Sabda Nabi s.a.w." Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga". (dari kitab Al-Barakah).


                      Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.Sebagaimana sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w lagi yang bermaksud “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.


                       Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


                       Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.Ini adalah langkah yang paling mudah untuk kita melakukanya andaiya tidak mamu untuk berpuasa atau melakukan amal amal yang lainya dimana ditakuti akan mendatangkan mudharat kepada kesihatannya.Namun ingatlah Allah itu maha mengetahui dan sedarlah bahawa kita ini adalah hambanya dan kepadanya juga kita akan kembali.














Segeralah beristighfar.......

Salam Blogger.....





               
             Sebagaimana sabda nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "Barangsiapa yang tidak luput dari beristighfar,nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari tiap tiap kesempitanan rezki dari arah yang tidak disangka sangka".Didalan Al Quran sendiri terdapat nas yang mengatakan beristighfar dan bertaubat itu adalah sebagai langkah memohon keampunan kepada Allah S.W.T agar kita dikurniakan rahmat berupa rezki sebagaimana kata kata nabi Noh A.S kepada kaumnya "‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai’.” (Nuh: 10-12)


Mohonlah keampunan


             Beristighfar ialah melafaskan perkataan Astaghfirullah hal Azim yang bermaksud (Aku mohon keampunan  daripada Allah yang Maha Agung) diikuti dengan meminta ampun dengan ucapan dan perbuatan. Dari segi perbuatan, ialah meninggalkan kesalahan yang telah kita lakukan dan berharap agar Allah akan mengampunkan kesalahan kita sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud, Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.” (Nuh: 10)



             Maksud atau pengertian beristighfar ialah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah s.w.t. sambil memohon ampun dari segala dosa. .Dari satu sudut, istighfar dan taubat mempunyai maksud yang sama iaitu kembali kepada Allah..Firman Allah s.w.t. maksudnya “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka pula kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.”( Surah al-Imran ayat 135-136)


 
           Seorang ulama pernah berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).



                  Manusia mana yang tidak sunyi dari melakukan  kesalahan. Rasulullah sendiri pernah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim ).Hadis ini telah diperkuatkan lagi melalui ayat al quran dari surah Ali Imran ayat 135-136 yang bermaksud " Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(Nuh: 10)




Post santai.........

Salam Blogger.....

                          Hai semua.....hari ni aku hanya nak bersantai je dan nak ajak korang sama sama kongsi gambar  aksi pelik penunggang penunggang motosikal yang aku pinjam dari beberapa blog member kita sebagai hiburan korang.



Hahahaha...
      




pigy...pigy...pigy






Original jaket




6 in 1








bahaya ni....






macam keldai jugak








alahai....anak omak..







overload







aksi terlampau







L.T.D.Langkawi        












Punca asap...

Salam Blogger.....



berbagai bentuk valveseal


                          Adakah kenderaan anda mengeluarkan asap setiap kali enjin kenderaan dihidupkan tanpa mengira waktu bila ia dihidupkan....?Adakah anda merasa selesa atau sedikit malu bila kenderaan yang anda pandu meninggalkan kesan asap yang  agak keterlaluan jika dibandingkan dengan kenderaan lain.Lebih lebih lagi sewaktu kenderaan anda mahu mula bergerak.Asap keluar berkepol kepol dan mungkin akan membahayakan orang belakang kita.Jadi bagaimana dan apa punca terjadinya asap itu.Dan untuk menjawabnya saya akan terangkan  apa punca terjadinya asap secara satu persatu dibawah.




valve seal


        Bermula dari bahagian cylinderhead, yang mana ia memunyai beberapa bahagian yang boleh menyebabkan terjadinya asap seperti valve seal .Gambarajah diatas ialah apa yang dikatakan valve seal.Ia mempunyai berbagai bentuk bergantung kepada jenis model kereta.Secara asasnya ia diperbuat dari getah kenyal dan dibahagian luarnya disalutkan dengan lapisan zing untuk mengawal agar getah  tadi tidak mengembang atau berubah bentuk apabila ia dtekan masuk pada valve guide.Ia juga dilengkapkan lagi dengan pemasangan lingkaran yang  berupa seakan  spring (anak panah) untuk memberikan cengkaman yang lebih kemas pada batang valve .



                      Ketahanan valve seal bergantung kepada kualiti pembuatan dan jenis getah yang digunakan.Kualitinya kita dapat ketahui melaui harga yang dipasarkan dipasaran.Sekiranya murah bermakna rendahlah kualitinya dan ia tidak tahan lama.Jadi ada lebih baik sekiranya anda menggunakan dari jenis kualiti yang baik jika tidak mahu tidak masalah masalah dalam waktu yang singkat dikemudian hari.Kedudukan valve seal yang sentiasa terendam dalam takungan minyak enjin yang sentiasa berada pada suhu panas dan sejuk , akan menyebabkan ia berubah sifat dari lembut menjadi keras atau pegun.Bila ini berlaku,ia tidak lagi dapat memberi cengkaman yang kemas pada batang valve yang mana akan menyebabkab minyak enjin sedikit demi sedikit akan memasukinya (gamabarajah dibawah) dan berkumpul diruang pembakaran.




ruang masuk minyak


          Sewaktu enjin dihidupkan,ia akan membakar kandungan minyak yang terkumpul tadi.Hasil dari pembakaran tadi akan dilepaskan melalui valve outake/exzos dan dusalurkan ke saluran exzos pipe.Dari situlah terhasilnya asap.Untuk mengetahui berapa seriusnya masalah asap ini pada sesebuah kenderaan bergantung kepada jenis warna asap tersebut.Asap yang berwarna putih kebiru biruan menandakan ia berpunca dari bahagian cylinderhead iaitu pada bahagian valve seal sahaja.Sekiranya berwarna kehitaman dan terdapat sisa sia lebihan minyak disaluran exzos,ia berpunca dari enjin blok pada bahagian dinding selinder liner yang telah haus. .




            Bahagian yang lebih serius jika terjadinya asap ialah jika melibatkan bahagian dalaman enjin blok iaitu selinder liner atau piston ring.Bermula dari selinder liner,kebanyakkannya ia diperbuat dari material cast iron kerana ia mempunyai sifat  yang  lambat untuk mengalami suhu kepanansan sewaktu proses geseran turun naik piston.Namun lama kelamaan sedikit demi sedikit hakisan akan terhasil pada dinding liner akibat dari geseran piston ring.Walaupun dinding selinder liner tadi telah dilindungi dengan lapisan minyak enjin,namun ada ketikanya ia akan berada dalam keadaan kering lebih lebih lagi jika kenderaan lama diparking.Dalam waktu yang singkat,sewaktu permulaan  enjin dihidupkan, piston ring akan bergerak dan bergeser dengan selinder liner dalam keadaan kering.Bagaimana sekiranya ini berlaku setiap hari.Tentu lama kelamaan ia akan meninggalkan kesan pada dinding selinder mahupun pada ring itu sendiri.




              Walaupun piston dibekalkan dengan tiga atau empat lapisan  ring,apabila  lapisan dinding selinder liner semakin besar akibat dari kesan geseran tadi, ia akan meyebabkan sebahagian kecil minyak enjin yang dibawa naik sewaktu piston menuju peringkat TOP,akan tertinggal atau terlepas sewaktu piston turun semula kebahagian bawah.Apabila piston naik semula keatas atau sewaktu compress,ia akan dapat  membakar sebahagian  sahaja kandungan minyak enjin ,sementara sebahagian lagi akan ditendang keluar kesaluran exzos.Hasil dari pembakaran tadi lama kelamaan akan menyebabkan lebihan minyak yang tidak terbakar akan meleleh keluar melalui saluran exzos..Bayangkan bagaimana kesan yang akan  terhasil jika pembakaran adalah dari gabungan  lebihan minyak enjin dari cylinderhead .ditambah lagi dari lebihan minyak enjin dari selinder blok.


bahagian kerosakkan

                Bermula semula pada bahagian cylinderhead ,selain dari valve seal yang telah  mengalami kerosakan disebabkan dari jenis kualiti atau telah expired,kerosakkan dari segi semasa pemasangan juga boleh terjadi.Ada terdapat sesetengah valve seal amat sukar untuk dipasang dengan menggunakan tekanan tangan.beberapa kali mencuba namun masih gagal untuk dipasang dan akhirnya keadaan fizikal valve seal itu akan berubah samada dari segi bentuk mahupun keadaan getah tersebut.Ada juga sesetenganya dipasangkan dengan cara ketuk ,namun ia menggunakan sejenis tool yang kadangkala boleh dibuat sendiri dengan menggunakan valve guide.Jika menggunakan cara ini ...perlu diperhati betul betul pada bahagian yang bertanda merah(gamabajah diatas)  memandangkan bahagian ini yang paling mudah untuk rosak tanpa disedari.Ada lebih baik sekiranya dilakukan dubble check.


tool pasang valve seal


                 Ini adalah sebahagian dari info yang dapat saya kongsikan bersama anda yang berminat untuk ambil tahu mengenai bab bab permasalahan pada bahagian enjin .Sebagai pesanan dari saya mengenai bab asap ni,sekiranya anda ingin mengatasi masalah ini ada lebih baik sekiranya anda beli sendiri spare part dan pastikan ia berkualiti sebelum dipasangkan pada bahagian enjin.Ini kerana ia akan melibatkan kos penyelengaraan yang agak tinggi dan tiada jaminan sekiranya ia dibuat sambil lewa atau terlalu percaya pada sesetengah bengkel yang anda tidak kenali.Sebelum anda ingin membuat baikpulih pada kenderaan anda ,bertanyalah pada rakan rakan dimana tempat atau bengkel yang boleh dipercayai untuk menyelenggara kenderaan anda agar anda tidak tertipu atau menyesal dikemudian hari..Sekian dari saya.
            

Pahitnya....!!!!

Salam Blogger.....

                       Bila sebut perkataan “Pahit” sahaja, pasti sesetengah dari kita sudah dapat membayangkan bagaimana rasanya dan pastinya kita akan cuba untuk mengelak seboleh mungkin kerana sememangnya begitu sikap dan naluri manusia.Kita tidak akan menyukai kepada sesuatu yang dianggap tidak menepati cita rasa naluri kita walaupun sedar disebalik sesuatu yang dikatakan pahit itu ,ada mengandungi hikmah tersendiri yang kadangkala kita tidak menyedarinya melainkan orang lain menyedarkan kita dengan izin Allah S.W.T. Bercakap mengenai perkataan pahit ni....,fikiran kita akan lebih fokus kepada bab makanan.Makanan yang disertakan dengan ulam ulaman yang sesetengah dari kita tidak menyukainya dan sesetengah dari kita pula menyukainya kerana mereka sedar dalam kepahitan ulam ulaman ini ada terselit kebaikkan.Itu kita sendiri sedar tapi disebabkan ketidakbiasaan,maka kita pun buat buat tak sedar.


Peria katak


                       Peria Katak.....tentu korang pernah dengar dan pernah rasa ulaman ni.Sememangnya ia mempunyai rasa yang agak pahit ,tapi banyak keistimewaanya,terutama pada mereka mereka yang ingin awet muda...kononnya.Pada yang belum pernah merasa ulam ni ,cuba cubalah rasa ,mesti bila rasa sekali ....pasti tak nak lagi.....huhuhu....Aku sendiri kadang kembang tekak .jugak bila nak kunyah ulam jenis ni.Pahit......!!!!...namun tak sepahit Bakawali.Tapi disebabkan nak berkongsi info dengan korang tentang kebaikkan khasiat peria katak ni, maka jom teruskan membacanya.Mana tau selepas membacanya nanti tiba tiba naluri korang terbuka nak makan berulam pulak.



Jenis ulaman


                   Diabetis atau kencing manis.....kenelah amalkan makan ulam ni 4 hingga 5 biji dalam sehari.Kalau tak lalu nak kunyah boleh lah dibuat jus sebagai minuman.Sukar membuang air besar atau lebih dikenali dengan panggilan Sembelit.....Amalkan minum air rebusannya.Disamping itu air rebusanya juga boleh merawat rambut yang kurang bermaya(kusut),membersihkan darah dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi ,disamping merawat batuk ,cirit birit,penyakit mata dan mengawal ketagihan alkohol. Pada mereka mereka yang mempunyai masalah penyakit buasir pula,kenelah amalkan minum perahan daun peria katak perlu dicampur dengan susu selama sebulan sementara akarnya pula perlu disapu pada bahagian buasir tadi..........tapi ingat akar perlu dihancurkan terlebih dahulu ,kalau tak ....calar balar nanti......



Daun peria



                   Daun peria katak yang dicampurkan dengan kunyit hidup dan di lumatkan,boleh digunakan untuk merawat penyakit demam campak dan menghilangkan kesan gatal akibat dari demam campak tadi.Setakat ni Itu sahaja...... Amalan memakan ulam ulaman ini adalah jalan alternatif pada mereka mereka yang berpenyakit dan sudah bosan atau tidak berkesan dengan ubat ubatan dari hospital mahupun farmasi.



Ubatan moden




                   Jadi amalkan lah makan ulam ulaman untuk kesihatan sahaja kerana ia lebih asli dan selamat .Lebih lebih lagi ia adalah kurniaan nikmat dan kasih sayangnya Allah S.W.T kepada sekian hamba hambanya asalkan kita berusaha, berikhtiar dan bertawakal kepadanya.Insyaallah......







7 tool mengeluarkan stud bolt.

Salam Blogger.....




Stud bolt



                          Selamat sejahtera semua semuga anda sihat sejahtera dan selamat bertemu semula.Entry ini adalah lanjutan dari entry yang terdahulu iaitu langkah dan  cara untuk mengeluarkan stud bolt yang telah rosak.Kalau dahulu saya menerangkan cara dan langkah langkahnya,kali ini saya akan terangkan apakah jenis jenis tool yang sering digunakan untuk mengatasi masalah bolt yang rosak atau patah .Begitu juga saya serta langkah langkah alternatif yang lain sekiranya anda tidak memiliki special tool yang tertera dibawah.  Diantara langkah langkah dan tool yang digunakan ialah.


1. Lisle sturd remover

                                 Ia adalah sejenis tool yang agak selamat digunakan sekiranya anda ingin menggunakan  sturd itu semula.Stud yang ingin dibuka akan dimasukkan kedalam salah satu dari 2 lubang bergantung ada saiz bolt tersebut.Dengan menggunakan handle bar, ia akan dipusing dengan melawan arah pusingan jam.Namun begitu kadangkala ada juga stud bolt yang patah sewaktu membukanya walaupun menggunakan tool dari jenis seperti ini.Kemungkinan stud bolt terlalu ketat atau sudah jem didalam.Sekiranya ini berlaku terpaksalah anda menggunakan langkah terakhir yang akan saya terangkan dibawah nanti.




2. Stud remover sockets

                                       Kebaikan tool jenis ini ialah ia mudah digunakan ada tempat tempat yang agak sempit yang sukar untuk spanar atau tool jenis yang lain untuk memasuki celahan yang sempit itu.Namun keburukannya ialah ia akan meninggalkan 3 kesan garisan kemek........(betulke perkataan ni....) akibat dari tekanan ada bahagian bebenang skru swaktu anda memusingkanya.Ini tentu akar menyukarkan untuk kita memasang semula nut akibat kesan tekanan tadi dan besar kemungkinan bebenang pada nut atau stud akan rosak sekiranya kita mengikat dengan cara paksa.





3. Vise grip

                           Langkah ini mungkin semua orang tahu cara untuk menggunakanya kerana ia adalah satu cara yang amat mudah.Namun begitu bukan semua stud bolt boleh dibuka dengan cara ini.Jadi sekiranya cara ini tidak berkesan ,kenelah gunakan cara yang pertama atau yang kedua diatas.





4. Duble nut

                          Langkah ini adalah salah satu cara alternatif sekiranya anda tiada mempunyai special tool.Cuma menggunakan 2 nut dan pastikan  kedua dua nut diikat sekuat mungkin terutama ada nut bahagian atas dan pastikan juga ia tidak berpusing sewaktu anda memusingkan untuk membukanya.



 
Alternatif


5. Welding.

                   Langkah berikutnya adalah dengan cara welding .Anda carilah apa apa besi yang panjang dalam sekaki kerana lagi panjang bar itu lagi ringan untuk anda memusingkanya.Kemudian weldingkan hujung besi pada stud seperti gambarajah diatas.Setelah sejuk cuba pusingkannya kekanan dan kekiri terlebih dahulu untuk melonggarkan pergerakkan stud tadi.




   

 6. Stud extructer

                              Tool  jenis ini mempunyai bentuk bebenang yang melawan arah pusingan jam dan biasanya digunakan sebagai langkah terakhir sekiranya stud bolt telah patah dan sukar untuk dikeluarkan lagi.Caranya ialah stud yang telah patah tadi akan dibakar menggunakan oxy sehingga merah,kemudian disejukan dengan air untuk mengubah sifat besi dari keras menjadi lembut.Kemudian satu lubang yang bersais 2mm lebih kecil dari saiz stud akan dikorek sepanjang 1",kemudian mata  tool stud extructer akan dimasukan  dan dipusing melawan arah jam sehingga sisa stud yang dikorek tadi keluar.Namun begitu tool jenis ini agak melecehkan kerana banyak langkah langkah yang perlu dilakukan.






7. Langkah terakhit (korek)

                                     Ini adalah sebagai langkah terakhir sekiranya stud bolt gagal untuk dikeluarkan.Dengan cara mengorek dan membuang kesemua bahagian stud bolt tadi ,satu bebenang baru akan dibuat semula .Untuk mendapatkan saiz asal semula, RECOIL SPRING akan dimasukan.Apa itu recoil spring...?,anda boleh rujuk pada bab  Cara pasang recoil spring

                                     Semuga panduan ini bermanfaat untuk anda semua.





Confuse.....

Salam Blogger.....


                              Mood aku untuk berblogging sekarang semakin hilang.Aku sendiri tidak pasti apa puncanya.Dari apa yang aku perasan sejak kebelakangan ini setiap kali untuk aku menghasilkan post terbaru ,mesti separuh jalan dan akhirnya kebanyakkan post yang aku hasilkan tersadai dalam draf.Mengapa ye.....adakah ini tanda tanda karier berblogging aku telah sampai ke penghujung.jalan....?Atau aku telah ketandusan idea.........mungkin juga.... sebab dari apa yang aku perhati,kebanyakkan blog yang berplatformkan  sumber maklumat sebagai identitinya suatu masa ia akan terhenti begitu sahaja bila sudah ketandusan sumber. Jadi sekarang aku sudah merasa bahangnya dan sekarang masih merasa serba salah samada mahu meneruskan karier ini atau berhenti dan tutup sahaja blog ini ?...........pendapat korang macamana ye...

Bagaimana piston pada enjin kenderaan berfungsi..

Salam Blogger.....



                         
                       Sebagaimana yang kita sedia maklum setiap bahagian peralatan yang terdapat pada sesebuah enjin kenderaan mempunyai fungsi fungsi yang tersendiri.Dalam bab ini saya akan menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan  piston  dan apa  fungsinya.Piston atau nama lainnya omboh adalah satu bahagian yang berfungsi untuk memampatkan gas yang terhasil dalam kebuk pembakaran atau dalam selinder pembakaran.Jadi ia memerlukan daya tahan haba yang tinggi.Oleh itu kebanyakkan piston  diperbuat dari bahan alumunium yang telah diadun dengan bahan lain seperti  cast iron ,silikon.tembaga atau nikel.Bahan bahan ini lah yang menentukan daya ketahanan sesebuah piston.






Piston/Omboh


                               Disamping mempunyai daya ketahanan haba yang tinggi,ia juga dibekalkan dengan set gelang omboh atau ring bagi lebih melengkapkan lagi fungsinya untuk mencegah kebocoran dari melepasi ruang pembakaran.



Piston ring



                               Pembakaran yang dimaksudkan mempunyai beberapa peringkat  dimana pada peringkat pertama dikenali sebagai peringkat kemasukkan bahanapi dimana piston akan berada pada kedudukan bergerak menurun kebawah.Ketika ini  valve intake akan terbuka untuk kemasukkan udara dan bahanapi dan valve akan tertutup semula apabila piston berada kedudukan paling bawah.

                                Peringkat kedua dikenali sebagai peringkat mampatan .Semasa valve dalam keadaan tertutup,piston akan mula bergerak keatas .Ini akan menghasilkan daya mampatan yang tinggi dimana suhu ketumpatan bahanapi tersebut akan meningkat.

                                 Ketika proses mampatan tadi,  piston  masih lagi berada dalam kedudukan pertengahan atau TDC/To dead center.ketika inilah spark plug akan menghasilkan percikkan api dan proses pembakaran pun bermula.Peringkat Ini dikenali sebagai peringkat tenaga.

                                    Semasa proses pembakaran sedang berlaku ,piston akan terus bergerak ke peringkat  maksimum dimana pada ketika ini valve bahagian exzos akan terbuka dan tekanan yang diberikan oleh piston akan menyebabkan gas hasil dari pembakaran tadi akan disalur keluar melalui ruang pelepasan exzos.Peringkat ini dikenali sebagai peringkat pelepasan.

                                     
Gambaran piston pada enjin
                                    Valve exzos akan tertutup semula ketika piston sampai keperingkat paling  maksimum.Piston akan turun semula kebawah sambil menyedut bahanapi untuk memasuki ruang pembakaran dimana ketika itu valve pada bahagian kemasukan bahanapi sedang terbuka. .Begitulah proses ini berlaku setiap kali piston turun naik.Untuk pengetahuan anda ,proses pembakaran pada enjin yang mempunyai 4 selinder adalah tidak serentak.Maksudnya semasa piston no 1 dan 4 sedang mengalami proses pembakaran,piston no 2 dan 3 pula sedang melakukan roses kemasukan bahanapi.Bila piston no 1 dan 4 sedang menjalani proses kemasukan bahanapi ,piston no 2 dan 3 pula menjalani proses pembakaran.Proses ini akan berlaku berulangkali sehinggalah enjin dimatikan semula.





                               
                                      Harap dengan penjelasan ini dapat memberi gambaran jelas kepada anda tentang bagaimana piston dan beberapa bahagian lain yang bersangkut paut pada sesebuah enjin berfungsi.
                                 







Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian