Alangkah ruginya aku....... Syaaban 1434

Salam Blogger.....





                      

                         Dalam sedar tak sedar,kita sekarang telah berada dihari yang kedua dalam bulan yang dipenuhi dengan keberkatan  dan kemuliaan iaitu bulan Syaaban dimana dalam bulan inilah peluang untuk kita memperbaiki diri dari segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan saban hari tanpa kita sedari.Bulan syaaban adalah bulan yang kedua selepas bulan Rejab dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib) .Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


                    Sebagaimana sabda rasulullah yang bermaksud " “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ". Allah swt juga ada berfirman " Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar ".Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.


                     Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanmu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanmu daripada kemurkaanmu dan aku berlindung  daripadamu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapmu seperti kamu memuji dirimu sendiri ".

                                                   
                      Bagaimana cara  untuk kita memanfaatkan sepenuhnya bulan keberkatan ini....?Tentu ada cara dan langkah yang perlu kita lakukan untuk mendapat kan keberkatanya.Bertaubat .........bertaubatlah dengan sepenuh keikhlasan hati dan penyesalan akan segala dosa dosa yang telah kita lakukan sepanjang tahun sebelumnya agar Allah mengampunkan segala kesalahan dan dosa dosa kita dan percayalah bahawa Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.Sabda Nabi s.a.w." Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga". (dari kitab Al-Barakah).


                      Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.Sebagaimana sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w lagi yang bermaksud “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.


                       Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


                       Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.Ini adalah langkah yang paling mudah untuk kita melakukanya andaiya tidak mamu untuk berpuasa atau melakukan amal amal yang lainya dimana ditakuti akan mendatangkan mudharat kepada kesihatannya.Namun ingatlah Allah itu maha mengetahui dan sedarlah bahawa kita ini adalah hambanya dan kepadanya juga kita akan kembali.














Comments (4)

fyna

15 Jun 2013 pada 10:08 PTG

banyak amalan yang boleh kita lakukan sepanjang bulan syaaban.

Unknown

15 Jun 2013 pada 10:45 PTG

Asalkan ia amalan yang mulia ya...fyna

EmpayarUtama

11 Julai 2013 pada 1:23 PTG

Alamak dah dua hari puasa. Selamat berpuasa dhinai semoga apa yang kita lakukan diberkati

Unknown

12 Julai 2013 pada 9:48 PTG

Terima kaseh dan selamat berpuasa juga buat anda EU.

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian