Salam Blogger.....
Sebagaimana yang kita sedia maklum setiap bahagian peralatan yang terdapat pada sesebuah enjin kenderaan mempunyai fungsi fungsi yang tersendiri.Dalam bab ini saya akan menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan piston dan apa fungsinya.Piston atau nama lainnya omboh adalah satu bahagian yang berfungsi untuk memampatkan gas yang terhasil dalam kebuk pembakaran atau dalam selinder pembakaran.Jadi ia memerlukan daya tahan haba yang tinggi.Oleh itu kebanyakkan piston diperbuat dari bahan alumunium yang telah diadun dengan bahan lain seperti cast iron ,silikon.tembaga atau nikel.Bahan bahan ini lah yang menentukan daya ketahanan sesebuah piston.
Disamping mempunyai daya ketahanan haba yang tinggi,ia juga dibekalkan dengan set gelang omboh atau ring bagi lebih melengkapkan lagi fungsinya untuk mencegah kebocoran dari melepasi ruang pembakaran.
Pembakaran yang dimaksudkan mempunyai beberapa peringkat dimana pada peringkat pertama dikenali sebagai peringkat kemasukkan bahanapi dimana piston akan berada pada kedudukan bergerak menurun kebawah.Ketika ini valve intake akan terbuka untuk kemasukkan udara dan bahanapi dan valve akan tertutup semula apabila piston berada kedudukan paling bawah.
Peringkat kedua dikenali sebagai peringkat mampatan .Semasa valve dalam keadaan tertutup,piston akan mula bergerak keatas .Ini akan menghasilkan daya mampatan yang tinggi dimana suhu ketumpatan bahanapi tersebut akan meningkat.
Ketika proses mampatan tadi, piston masih lagi berada dalam kedudukan pertengahan atau TDC/To dead center.ketika inilah spark plug akan menghasilkan percikkan api dan proses pembakaran pun bermula.Peringkat Ini dikenali sebagai peringkat tenaga.
Semasa proses pembakaran sedang berlaku ,piston akan terus bergerak ke peringkat maksimum dimana pada ketika ini valve bahagian exzos akan terbuka dan tekanan yang diberikan oleh piston akan menyebabkan gas hasil dari pembakaran tadi akan disalur keluar melalui ruang pelepasan exzos.Peringkat ini dikenali sebagai peringkat pelepasan.
Valve exzos akan tertutup semula ketika piston sampai keperingkat paling maksimum.Piston akan turun semula kebawah sambil menyedut bahanapi untuk memasuki ruang pembakaran dimana ketika itu valve pada bahagian kemasukan bahanapi sedang terbuka. .Begitulah proses ini berlaku setiap kali piston turun naik.Untuk pengetahuan anda ,proses pembakaran pada enjin yang mempunyai 4 selinder adalah tidak serentak.Maksudnya semasa piston no 1 dan 4 sedang mengalami proses pembakaran,piston no 2 dan 3 pula sedang melakukan roses kemasukan bahanapi.Bila piston no 1 dan 4 sedang menjalani proses kemasukan bahanapi ,piston no 2 dan 3 pula menjalani proses pembakaran.Proses ini akan berlaku berulangkali sehinggalah enjin dimatikan semula.
Harap dengan penjelasan ini dapat memberi gambaran jelas kepada anda tentang bagaimana piston dan beberapa bahagian lain yang bersangkut paut pada sesebuah enjin berfungsi.
Sebagaimana yang kita sedia maklum setiap bahagian peralatan yang terdapat pada sesebuah enjin kenderaan mempunyai fungsi fungsi yang tersendiri.Dalam bab ini saya akan menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan piston dan apa fungsinya.Piston atau nama lainnya omboh adalah satu bahagian yang berfungsi untuk memampatkan gas yang terhasil dalam kebuk pembakaran atau dalam selinder pembakaran.Jadi ia memerlukan daya tahan haba yang tinggi.Oleh itu kebanyakkan piston diperbuat dari bahan alumunium yang telah diadun dengan bahan lain seperti cast iron ,silikon.tembaga atau nikel.Bahan bahan ini lah yang menentukan daya ketahanan sesebuah piston.
Piston/Omboh |
Disamping mempunyai daya ketahanan haba yang tinggi,ia juga dibekalkan dengan set gelang omboh atau ring bagi lebih melengkapkan lagi fungsinya untuk mencegah kebocoran dari melepasi ruang pembakaran.
Piston ring |
Pembakaran yang dimaksudkan mempunyai beberapa peringkat dimana pada peringkat pertama dikenali sebagai peringkat kemasukkan bahanapi dimana piston akan berada pada kedudukan bergerak menurun kebawah.Ketika ini valve intake akan terbuka untuk kemasukkan udara dan bahanapi dan valve akan tertutup semula apabila piston berada kedudukan paling bawah.
Peringkat kedua dikenali sebagai peringkat mampatan .Semasa valve dalam keadaan tertutup,piston akan mula bergerak keatas .Ini akan menghasilkan daya mampatan yang tinggi dimana suhu ketumpatan bahanapi tersebut akan meningkat.
Ketika proses mampatan tadi, piston masih lagi berada dalam kedudukan pertengahan atau TDC/To dead center.ketika inilah spark plug akan menghasilkan percikkan api dan proses pembakaran pun bermula.Peringkat Ini dikenali sebagai peringkat tenaga.
Semasa proses pembakaran sedang berlaku ,piston akan terus bergerak ke peringkat maksimum dimana pada ketika ini valve bahagian exzos akan terbuka dan tekanan yang diberikan oleh piston akan menyebabkan gas hasil dari pembakaran tadi akan disalur keluar melalui ruang pelepasan exzos.Peringkat ini dikenali sebagai peringkat pelepasan.
Gambaran piston pada enjin |
Harap dengan penjelasan ini dapat memberi gambaran jelas kepada anda tentang bagaimana piston dan beberapa bahagian lain yang bersangkut paut pada sesebuah enjin berfungsi.
Comment (1)
15 Oktober 2014 pada 10:24 PG
tq for sharing..
Catat Ulasan