Punca valve ketat

                     
Salam Blogger semua

                             Ruangan post ini adalah pembetulan kepada post sebelum ini dan saya akan tumpukan kepada beberapa masalah atau punca punca yang kadang kala boleh memeningkan kepala bila perkara ini berlaku walaupun ia merupakan satu masalah yang dianggap remeh , tapi berkemungkinan ia akan menjadi satu masalah yang lebih besar sekiranya ia tidak ditangani dengan segera.Disini saya akan cuba terangkan apakah punca punca masalah kecil yang sering timbul pada sesebuah cylinderhead.


VALVE


Valve/injap


                      Sebenarnya ada beberapa katogori valve yang terdapat dipasaran bergantung kepada permintaan.Kebanyakkan valve diperbuat dari bahan keluli yang telah dikeraskan dan tahan karat yang dikenali dengan nama Austenit.Namun dari segi kelemahanya ia tidak tahan pada suhu panas yang melampau.Jenis ini biasanya digunakan pada valve jenis intake.Untuk jenis outake /exzos,ia diperbuat dari campuaran nikel dan cromium kerana ia boleh bertahan pada suhu yang agak tinggi.Dari segi kelemahannya ,walaupun ia keras namun ia mudah patah bila menerima impak dan akan meninggalkan kesan yang buruk pada bahagaian lain.Valve yang didatangkan asal bersama enjin adalah lebih baik dari yang terdapat dipasaran kerana dari segi kualiti,valve yang terdapat dipasaran hanya diperbuat dari campuran cromium dengan besi.Sebab itu ia mudah berkarat dan mudah bengkok.




Valve guide

                       Pada keseluruhanya valve gide diperbuat dari besi masak atau cast iron kerana ia bersifat pegun.Maksudnya ia tidak mengembang dan tidak mengecil bila mengalami suhu panas atau sejuk.Selain cast iron ada juga yang diperbuat dari bahan lain seperti copper.Kebanyakkan dari jenis copper hanya digunakan pada kenderaan buatan dari negara German iaitu Mercedes Benz.



MERC



                       Berbalik kepada topik yang akan kita bincangkan mengenai punca valve menjadi ketat,kebanyakkanya ia berpunca semasa sesebuah cylinderhead dikeluarkan dari enjin blok atau kata lain ketika membuat top overhoul.Perlu diingat kadangkala perkara ini terjadi berpunca dari kecuaian kita sendiri.Sebagai contoh semasa mengeluarkan cylinderhead,kita terlupa melonggarkan ikatan Camshaft.Dengan itu sesetengah valve akan berada dalam kedudukan terbuka atau ia lebih tinggi dari permukaan cylinderhead sedikit akibat tekanan dari camshaft yang tidak dilonggarkan ikatanya.Untuk mengelakkan lebihan minyak pelincir tertumpah ke lantai,cylinderhead tadi akan diletakkan dalam keadaan terbalik.Maksudnya valve terletak dibahagian bawah.
                     
                     
     

Kedudukan yang salah

   

                      Bayangkan sekiranya cylinderhead diletak secara menegak pula untuk membuang lebihan minyak dan ia tumbang secara tidak sengaja akan menyebabkan valve yang terkeluar tadi akan bengkok.Memang dari pandangan mata kasar kita mungkin tidak perasan valve itu telah bengkok atau tidak.Ia akan diketahui semasa proses pemasangan semula valve ke dalam valve guide.Valve akan menjadi ketat kerana ia telah bengkok pada bahagian shaft.Selain itu penyebab lain ialah ketika proses pengeluaran valve dengan cara ketuk.Lihat gambarajah dibawah.




cara ketuk

               

                      Jika membuka spring valve tanpa menggunakan alat khas,kita akan menggunakan apa sahaja yang boleh digunakan untuk membuka spring tadi walaupun dengan cara ketuk.Cylinderhead akan diletakkan pada permukaan yang rata dan bila kita melakukan ketukkan,valve akan ikut turun dan kepala valve akan mengenai permukaan lantai.Semakin kuat kita mengetuk maka risiko untuk valve semakin bengkok amat tinggi.Jadi adalah disyorkan agar menggunakan permukaan yang agak lembut seperti papan atau menggunakan kain yang lebih tebal sebagai keselamatan.


akibat
                

                  Sifat valve pada pandangan mata kasar ia kelihatan keras.Akan tetapi ia mudah bengkok apabila terkena sesuatu..Lebih lebih lagi sekarang ini permintaan terhadapa pengeluaran alat tukar ganti  semakin tinggi sementara dari segi kualiti ia semakin menurun.Sebaiknya gunakan valve yang asal sekiranya ia masih boleh digunakan.Disini saya berikan satu tips bagaimana untuk mengenal samada valve itu adalah original atau local terutama pada valve outake kerana ia sukar didapati dipasaran.Gunakan magnet dan letakkan pada permukaan kepala valve.Sekiranya ia tidak melekat bermakna valve itu adalah original.Sekian semuga ia dapat memberi panduan untuk anda semua.



C126/134
                    

Comments (7)

Ali

22 Julai 2013 pada 11:40 PTG

Salam bro. Nak tanya sikit lah. Kenapa valve ekzos boleh terbakar ya? Yg aku paham ialah suhu yg terlampau tinggi dalam kebuk pembakaran kan. Tapi apa sebab nya? Adakah minyak tak cukup ke, atau oktana minyak yg rendah ke, atau pun ignition timing yg terlampau advanced? Terjadi kepada kereta aku sendiri..campro cps..terima kasih.

Unknown

23 Julai 2013 pada 7:30 PTG

Saya kurang faham apa yang saudara maksudkan terbakar.Kebiasaanya valve bahagian exzos akan bersifat kering.Ini kerana semasa proses pembakaran berlaku,valve exzos lebih terdedah berbanding intake.Sekiranya ia terlalu kering dan seolah olah berkarbon putih ,ini bermaksud ighition timing tidak tepat dan perlu dilaras semula.

Ali

25 Julai 2013 pada 8:17 PTG

Maafkan sy bro. Maksud sy terbakar tu adalah bermakna valve itu mengalami kepanasan melampau sehingga valve head itu retak dan pecah. Sy rasa itu disebabkan oleh detonation. Tapi apa punca detonation tu sy tak pasti sama ada kerana oktana minyak rendah atau kurang minyak atau pun seperti yg bro nyatakan iaitu timing ignition. Tapi bagaimana nak laraskan timing pada enjin campro? Terima kasih

Unknown

25 Julai 2013 pada 11:56 PTG

maaf saudara...untuk solan ini ia memerlukan penjelasan yang terperinci dan panjang lebar.Jadi secara ringkasnya ruang pembakaran akan mengalami suhu yang melampau sekiranya terdapat beberapa pengubahsuaian pada sesebuah enjin dimana sekiranya ia tidak diselenggara dengan betul.akan meninggalkan kesan terutama pada bahagian ruang pembakaran.Jadi saya cadangkan agar saudara bawa kenderaan saudara untuk diselenggara semula terutama pada bahagian timing oleh makenik makenik yang mahir dan berpengalaman....bukan bertauliah ye....

Ali

26 Julai 2013 pada 12:57 PG

Baiklah. Sy akan cari mekanik yg berpengalaman tentang campro ini. Terima kasih kerana sudi menjawab. Salam Ramadan.

Unknown

17 November 2018 pada 2:10 PG

Salam bos....kedudukan cam kena free masa making kan.... Tapi kenapa sy punya masih bengkok lagi dah dua kali kne

Unknown

3 Mac 2022 pada 9:34 PTG

Bagaimana untuk mengeluarkan valve yg bengkok di bahagian atas(batang lurus yg masuk ke valve seal)..

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian