Kaedah mengesan gangguan .

Salam semua....



 


            Kalau sebelum ini saya pernah  kongsikan beberapa kaedah tentang khasiat yang terdapat  dari surah Yasin tentang khasiat ayat 7 mubin,kali ini saya akan kongsikan tentang satu kaedah yang diambil dari ayat ayat suci al Quran bertujuan untuk mengesan dan merawat diri sendiri .Kaedah ini saya pelajari dari seorang uztaz yang juga seorang pengamal perubatan secara islam.Kaedah perubatan yang saya pelajari itu adalah untuk mengesan samada diri kita ada mengalami simptom gangguan dan anda merasa was was adakah ini disebabkan penyakit biasa atau penyakit buatan orang.

Syaratnya ia mesti diamalkan dan disamping berdoa memohon petunjuk dari Allah semuga ia memberi petunjuk pada kita selepas selesai setiap solat lima waktu dan lebih afdal dilakukan selepas kita berzikir.Dimulakan dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w,kemudian membaca surah Al Fatihah 1 kali, surah Al falaq sebanyak 41 kali dan terakhir baca surah AN Nas 41 kali. Amalkan.


Firman Allah s.w.t.

"Barangsiapa yang berdoa kepadaku, nescaya akan aku kabulkan doanya..Barangsiapa yang meminta kepadaku nescaya akan aku berikan dan barang siapa yang memohon ampun kepadaku,nescaya akan aku ampunkan"


Apabila anda mengamalkan bacaan ini dan jika terdapat gangguan seperti gangguan jin atau iblis,paling tidak anda akan kerasa denyutan berulang kali pada anggota badan anda dan adakalanya ia akan berubah tempat.Untuk gangguan yang melibatkan unsur unsur sihir,anda akan mengalami rasa mengantok yang amat sangat sehingga anda akan tertidur sebelum sempat anda menghabiskan bacaan ayat ayat tersebut.

Andainya salah satu atau kedua dua unsur  gangguan  yang saya sebut diatas  melibatkan diri anda atau keluarga anda,segeralah berikhtiar untuk mengubatinya sebelum terlewat.

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

"Allah tidak menurunkan penyakit kecuali dia menurunkan ubatnya,ada yang mengetahui dan ada yang tidak mengetahui."




Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian