Salam semua....
Entry ini masih lagi berkisar pada bab bab baik pulih. Bab kali ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai beberapa masalah lain yang timbul dan membabitkan beberapa bahagian kerosakan yang akan berlaku pada cylinderhead. Masalah yang di maksudkan ialah mengapa Cylinderhead perlu dipotong/Skimming. Begitu juga dengan kesan kesan yang akan timbul dan bersangkut paut bila sesebuah cylinderhead itu dipotong.
temp.meter
Sewaktu anda leka memandu, kononnya untuk tumpukan perhatian pada pemanduan ,dan mungkin telah terlupa untuk menumpukan sedikit perhatian anda pada satu alat keselamatan yang terletak disudut tecometer kenderaan anda.Tergamam bila tiba tiba asap berupa wap air terhambur keluar dari celah celah bonet depan kereta . "Ngapa pulak ni..." dan bila anda pandang meter temperature,jarum telah berada pada kedudukan merah...."Alamaaaak...overheatla"...hehehe...sudah terlambat. Sediakan sahaja budget untuk membaikinya.
Pertama sekali proses top overhoul akan dilakukan oleh Makenik. Berpandukan pada keadaan permukaan gasket antara blok dengan cylinderhead, seseorang makenik akan dapat menilai samada cylinderhead itu hanya perlu di potong sahaja atau perlu menjalani proses baik pulih sepenuhnya. Maksudnya ia akan dihantar kebengkel baikpulih menjalani proses:
Sekian jumpa lagi.....

Pereputan akibat coolent |
Pertama sekali proses top overhoul akan dilakukan oleh Makenik. Berpandukan pada keadaan permukaan gasket antara blok dengan cylinderhead, seseorang makenik akan dapat menilai samada cylinderhead itu hanya perlu di potong sahaja atau perlu menjalani proses baik pulih sepenuhnya. Maksudnya ia akan dihantar kebengkel baikpulih menjalani proses:
- Water test / menguji tekanan air dalam cylinderhead untuk memastikan cylinderhead tidak mengalami keretakkan akibat overheat tadi.
- Penukaran pada bahagian bahagian yang kerap rosak seperti water jacket.
- Skimming/potong bertujuan meratakan semula permukaan cylinderhead yang bengkok.bergantung berapa teruk ia bengkok.
- Sekiranya terlalu bengkok ,pemotongan semula pada bahagian valve seat dan valve (graidvalve)akan dilakukan terlebih dahulu.
- Welding pada bahagian laluan air yang mereput
Pada bahagian no 1, sekiranya selepas proses water presure test dilakukan dan didapati ada keretakkan atau bocor pada bahagian yang retak tadi, maka cylinderhead itu sudah dianggap tidak boleh digunakan lagi .Terpaksalah anda mencari cylinderhead pengganti yang lain dikedai kedai potong untuk menggantikan cylinderhead yang telah pecah tadi.
Pemotongan Valve seat |
Pada bahagian no.4,Setelah proses water pressure test selesai dan cylinderhead dalam keadaan baik,pemotongan semula pada bahagian valve seat mesti dilakukan sekiranya cylinderhead terlalu bengkok.Ini adalah untuk memastikan agar cylinderhead tidak akan mengalami masalah lain setelah siap dipasang semula pada enjin. seperti lost compression,enjin sukar untuk hidup,penggunaan bahan api yang berlebihan,spark plug basah atau berkarbon dan semput.
Bahagian yang perlu dibaikpulih |
Sebagai pengetahuan untuk anda, saya akan terangkan serba sedikit tentang sifat sifat valve seat dan valve.. Pada cylinderhead yang berkeadaan normal,sifat fizikal valve seat dan valve adalah bulat 360 darjah seperti gelang. Apabila berlakunya overheatting,Cylinderhead akan melengkung. Begitu juga dengan valve seat. Ia juga akan menerima kesan perubahan pada bentuk fizikal dari keadaan bulat 360 darjah kepada berkeadaan lonjong walaupun tidak kelihatan pada pandangan mata kasar.
Dalam ia berkeadaan lonjong,valve tidak dapat duduk rapat dan inilah punca berlakunya apa yang dikatakan kehilangan kuasa pecutan atau lost compression.Bahagian valve seat yang paling teruk menerima kesanya ialah bahagian selinder 2 dan 3.Sekiranya ia tidak diperbaiki,ia akan menimbulkan masalah seperti yang saya sebutkan diatas dan akhirnya enjin anda terpaksa dibongkar semula untuk kali yang kedua. Oleh itu luangkan sedikit masa semasa pemanduan anda untuk perhatikan pada meter temperature . Usah disebabkan masa 5 saat anda kerugian wang dan masa.
Comments (0)
Catat Ulasan