Memaparkan catatan dengan label ketuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketuk. Papar semua catatan

Punca valve ketat

                     
Salam Blogger semua

                             Ruangan post ini adalah pembetulan kepada post sebelum ini dan saya akan tumpukan kepada beberapa masalah atau punca punca yang kadang kala boleh memeningkan kepala bila perkara ini berlaku walaupun ia merupakan satu masalah yang dianggap remeh , tapi berkemungkinan ia akan menjadi satu masalah yang lebih besar sekiranya ia tidak ditangani dengan segera.Disini saya akan cuba terangkan apakah punca punca masalah kecil yang sering timbul pada sesebuah cylinderhead.


VALVE


Valve/injap


                      Sebenarnya ada beberapa katogori valve yang terdapat dipasaran bergantung kepada permintaan.Kebanyakkan valve diperbuat dari bahan keluli yang telah dikeraskan dan tahan karat yang dikenali dengan nama Austenit.Namun dari segi kelemahanya ia tidak tahan pada suhu panas yang melampau.Jenis ini biasanya digunakan pada valve jenis intake.Untuk jenis outake /exzos,ia diperbuat dari campuaran nikel dan cromium kerana ia boleh bertahan pada suhu yang agak tinggi.Dari segi kelemahannya ,walaupun ia keras namun ia mudah patah bila menerima impak dan akan meninggalkan kesan yang buruk pada bahagaian lain.Valve yang didatangkan asal bersama enjin adalah lebih baik dari yang terdapat dipasaran kerana dari segi kualiti,valve yang terdapat dipasaran hanya diperbuat dari campuran cromium dengan besi.Sebab itu ia mudah berkarat dan mudah bengkok.




Valve guide

                       Pada keseluruhanya valve gide diperbuat dari besi masak atau cast iron kerana ia bersifat pegun.Maksudnya ia tidak mengembang dan tidak mengecil bila mengalami suhu panas atau sejuk.Selain cast iron ada juga yang diperbuat dari bahan lain seperti copper.Kebanyakkan dari jenis copper hanya digunakan pada kenderaan buatan dari negara German iaitu Mercedes Benz.



MERC



                       Berbalik kepada topik yang akan kita bincangkan mengenai punca valve menjadi ketat,kebanyakkanya ia berpunca semasa sesebuah cylinderhead dikeluarkan dari enjin blok atau kata lain ketika membuat top overhoul.Perlu diingat kadangkala perkara ini terjadi berpunca dari kecuaian kita sendiri.Sebagai contoh semasa mengeluarkan cylinderhead,kita terlupa melonggarkan ikatan Camshaft.Dengan itu sesetengah valve akan berada dalam kedudukan terbuka atau ia lebih tinggi dari permukaan cylinderhead sedikit akibat tekanan dari camshaft yang tidak dilonggarkan ikatanya.Untuk mengelakkan lebihan minyak pelincir tertumpah ke lantai,cylinderhead tadi akan diletakkan dalam keadaan terbalik.Maksudnya valve terletak dibahagian bawah.
                     
                     
     

Kedudukan yang salah

   

                      Bayangkan sekiranya cylinderhead diletak secara menegak pula untuk membuang lebihan minyak dan ia tumbang secara tidak sengaja akan menyebabkan valve yang terkeluar tadi akan bengkok.Memang dari pandangan mata kasar kita mungkin tidak perasan valve itu telah bengkok atau tidak.Ia akan diketahui semasa proses pemasangan semula valve ke dalam valve guide.Valve akan menjadi ketat kerana ia telah bengkok pada bahagian shaft.Selain itu penyebab lain ialah ketika proses pengeluaran valve dengan cara ketuk.Lihat gambarajah dibawah.




cara ketuk

               

                      Jika membuka spring valve tanpa menggunakan alat khas,kita akan menggunakan apa sahaja yang boleh digunakan untuk membuka spring tadi walaupun dengan cara ketuk.Cylinderhead akan diletakkan pada permukaan yang rata dan bila kita melakukan ketukkan,valve akan ikut turun dan kepala valve akan mengenai permukaan lantai.Semakin kuat kita mengetuk maka risiko untuk valve semakin bengkok amat tinggi.Jadi adalah disyorkan agar menggunakan permukaan yang agak lembut seperti papan atau menggunakan kain yang lebih tebal sebagai keselamatan.


akibat
                

                  Sifat valve pada pandangan mata kasar ia kelihatan keras.Akan tetapi ia mudah bengkok apabila terkena sesuatu..Lebih lebih lagi sekarang ini permintaan terhadapa pengeluaran alat tukar ganti  semakin tinggi sementara dari segi kualiti ia semakin menurun.Sebaiknya gunakan valve yang asal sekiranya ia masih boleh digunakan.Disini saya berikan satu tips bagaimana untuk mengenal samada valve itu adalah original atau local terutama pada valve outake kerana ia sukar didapati dipasaran.Gunakan magnet dan letakkan pada permukaan kepala valve.Sekiranya ia tidak melekat bermakna valve itu adalah original.Sekian semuga ia dapat memberi panduan untuk anda semua.



C126/134
                    
Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian