Hydraulic Lifter
Tahukah anda apa yang dikatakan hydraulic lifter?..Untuk sebagai pengetahuan anda dibawah saya sertakan foto bagaimana rupa bentuk hydraulic lifter .Ia mempunyai perbagai bentuk dan jenis mengikut spec.pembuatan sesebuah cylinderhead.
Hydarulic lifter kebanyakkanya terdapat pada kereta kereta keluaran dari negara Jepun.Kereta keluaran tempatan seperti proton pu ada yang menggunakan sistem ini seperti Gen2,Pesona dan Saga FL .Dari segi baik pulih cylinderhead jenis ini ia sama sahaja seperti yang lain cuma beza dari segi pemasangan semula.Jika dibandingkan dengan cylinderhead yang menggunakan system lama seperti rocker arm,System yang menggunakan jenis hydraulic lifter ini lebih mudah dari tidak perlu untuk membuat adjusment pada tappet kerana ia akan disetting semula secara automatic apabila enjin running.Saya terangkan secara asas sahaja kerana untuk untuk menerangkan secara terperinci amat sukar.
Setelah cylinderhead siap dibaik pulih dan semasa hendak melakukan pemasangan lifter,hendaklah dipastikan kandungan minyak lama yang terdapat dalamnya dibuang terlebih dahulu dengan cara mengeluarkan valve tappet yang terdapat dibahagian tengah Lifter valve hydraulic itu.Untuk mengeluarkannya pun memerlukan skill ,jika tidak sampai bila pun ia tak boleh dikeluarkan.Tujuan membuang minyak lama yang didalam h/lifter adalah supaya valve yang terdapat didalamnya dapat berfungsi semula seperti keadaan asal.Untuk mengujinya ialah dengan cara menekan tombol yang terdapat ditengah tengah Lifter valve hydaraulic itu.Sekiranya ia boleh naik turun apabila ditekan ,maka ia tak perlulah susah payah untuk membuang minyak,akan tetapi sekiranya ianya keras apabila ditekan walau sekuat manapun,maka minyak mesti dibuang terlebih dahulu kerana jika terus di pasang juga pada cylinderhead ,comform enjin tidak akan hidup apabila di start.
Saya akan cuba terangkan mengapa enjin tidak boleh hidup apabila cuba di start.Tapi sekiranya anda tak faham juga saya minta maaf lah,tapi saya akan cuba terangkan sebaik mungkin.
1. Apabila cylinderhead menjalani proses baik pulih disebabkan tiada compression ,Valve seat atau tapak valve akan dipotong untuk meratakan semula permukaannya.
2. Begitu juga dengan valve,permukaannya akan dipotong juga agar kedua dua permukaan antara valve seat dan valve menjadi rapat apabila dipasang nanti.
3. Apabila kedua duanya dipotong,kedudukan asalnya akan berubah,maksudnya kedudukan valve akan turun atau rendah sedikit setelah tapaknya dipotong.
4. Sementara hydraulic lifter yang maseh tetap dengan berkeadaan asal ,keras kerana tidak dibuang minyak akan terus berfungsi seperti biasa.
5. Valve juga akan berfungsi seperti biasa ,cuma ia tidak dapat duduk rapat pada valve seat kerana tekanan dari hydraulic valve tadi.
Dibawah ini saya cuba lakarkan gambarajah serba ringkas agar lebih jelas lagi.
-Pastikan minyak dibuang terlebih dahulu agar tidak membazir masa,wang,.......sekian
Baca lagi : ADJUSTMENT TAPPET
Comments (4)
12 November 2012 pada 10:28 PTG
Nak minta pendapat tuan tanah,
Lifter enjin campro saya yg br nk cecah 70K tu dah mula berbunyi tik2 tek2 sejak 10K km tuhari. Mana yang lebih bagus? tukar lifter trus ke ataupun saya gunakn additive mcm Liquimoly Hyd.Valve Lifter Additive,Tufoil dan seangkatan dengannye?
Brape kebiasaan caj utk baik pulih lifter?
Saya plan nak flush engine utk next servis kot2 ade sludge yang tersekat kat lifter tu, tgh pertimbangkan antara maintain 10W40 semi atau tukar 5W40 Fully.
Trimas
13 November 2012 pada 2:47 PTG
Saudara Pyanto..adakah saudara pasti yang bunyi yang saudara maksudkan itu berpunca dari Liftervalve.?seanadainya ya..buat permulaan adalah lebih baik saudara gunakan valve lifter additive terlebih dahulu untuk memastikan ia benar benar berpunca dari lifter valve.Mengenai persoalan saudara tentang caj baik pulih liftervalve..ia bergantung pada jenis kerosakkan dan kejujuran sesebuah bengkel itu sendiri.Sebenarnya Liftervalve tidak perlu dibaik pulih.Ia hanya perlu diservis sahaja.Sekiranya saudara kurang faham mengenai sistem liftervalve..saya syorkan terlebih dahulu agar saudara membuat rujukan atau pergi ke blog saya diruangan sudut baik pulih cylinderhead bab Adjustment hydraulic tappet untuk proton Gen2.Disitu ada penerangan lengkap mengenai proses baik pulih liftervalve.Harap ini dapat membantu dan terima kaseh atas komen anda.
9 Februari 2014 pada 11:21 PTG
Salam 1mlysia....sy gune 4g91...nk tnye...adkh sbb lifter tu bolh jdi enjin pincg (3slinder)...tpi bile jaln ok j...cume pawenye kurg...sy dh sebis 2x..pkai dalm 10-20ribu km...dia akn stat berbunyi smula...adkh pelu sy tukar...
19 Ogos 2019 pada 4:04 PTG
Nk tahu cara penukaran lifterlh...
Catat Ulasan