ADJUSTMENT TAPPET


Setting adjustment

Dalam bab setting adjustment ini saya akan terangkan beberapa garis panduan bagaimana untuk anda membuat adjustment sendiri  terutama pada cylinderhead dari jenis yang menggunakan lifter valve.Adalah lebih baik kalau anda melakukan sendiri kerana dengan melakukan demikian anda dapat pengalaman disamping dapat  menjimatkan kos membuat setting adjustment diluar .Selain dari itu sekiranya anda sudah mahir  dalam bab membuat setting adjustment,anda boleh jadikanya sebagai salah satu cara untuk mencari duit poket.

Dalam bab ini saya akan tumpukan pada cylinderhead dari jenis Toyota 2L kerana dari apa yang saya dapati banyak cylinderhead dari jenis ini yang mengalami kerosakkan seperti Timing belt putus,Valve terkeluar dari kedudukannya,Hictorplug patah,valve guide longgar dan cylinderhead retak dibahagian chamber.Tidak hairan kenderaan jenis ini banyak mengalami kerosakan kerana ia banyak digunakan dalam industri pengangkutan dan perniagaan.




                                                                          Toyota 2L image





Langkah langkah untuk setting adjustment.



Pastikan cylinderhead dalam keadaan bersih terutama pada bahagian yang hendak dibuat adjustment.







Pastikan juga Lifter valve dan Shim tappet dalam keadaan bersih juga dan pastikan kedua duanya tiada mengalami keretakan terutama pada bahagian top lifter valve.Sementara shim tappet pula pastikan permukaannya tiada kesan lekuk atau bengkok lebih lebih lagi kerosakkanya disebabkan timing belt putus.





Setelah itu letakkan shim tappet keatas permukaan lifter valve.Pastkan permukaan lifter valve disapukan minyak terlebih dahulu agar shim tappet boleh melekat dipermuaaknya.




Masukkan liftervalve tadi kedalam cylinderhead tanpa memasang spring terlebih dahulu.Pasangkan kesemua  camshaft beareng pada tempatnya.


Pasang semula camshaft sehingga menjadi seperti dalam keadaan seperti gambarajah diatas.




Peralatan seperti filler gauge dalam ukuran mm diperlukan.




Untuk bahagian outake atau exzos pastikan ukurannya antara 30 - 35mm.Jangan kurang dari 30 dan jangan melebihi 35 kerana sekiranya lebih ia akan menyebabkan bunyi yang agak bising bila enjin dihidupkan.



Masukan Valve dari bawah dan cuba pusing pusingkan valve dengan menggunakan jari anda.Sekiranya pusingan itu terasa ringan bermakna valve perlu dipotong pada bahagian belakang agar ia menjadi pendek sedikit,tetapi pastikan selepas memotong bahagian belakang valve cuba cek semula untuk mendapatkan ukuran seperti yang dikehendaki.
Dibawah adalah gambarajah bahagian valve yang perlu dipotong sedikit.



Untuk outake ukuran saisnya adalah 30 himgga 35,sementara intake pula kurang sedikit dari outake iaitu antara 25 - 30.
Begitulah proses yang perlu dilakukan sehingga semua valve telah mendapat clearence masing masing.



Pastikan valve dan liftervalve ditanda mengikut pasanganya agar ia tidak bercampur aduk selepas kita mengeluarkanya semula untuk proses pemasangan terakhir nanti.




Akhir sekali pasangkan valve seal,washer,springclose valve dan valve retainer seperti keadaan asal dan setelah itu cylinderhead boleh dipasang semula pada enjin. 



Selamat mencuba dan sekiranya ada masalah bolehlah berhubung dengan saya dengan cara email atau komen ulasan dibawah.insyaallah saya akan cuba membantu sedaya yang mampu.


Baca tajuk berikutnya:- Camchaft fitting





Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian