Fitting Camshaft
Apabila sesebuah cylinderhead mengalami overheat,Kesannya akan melibatkan banyak tempat.Salah satunya yang akan kita bincangkan ialah mengenai kesannya kepada camshaft.Apabila cylinderhead melengkung,ia akan memberi tekanan kepada camshaft pada bahagian tengah,sementara bahagian tepi kanan dan kiri akan menarik camshaft kebawah.Ini akan menyebabkan camshaft menjadi ketat untuk berpusing .Akibatnya besar kemungkinan ia akan jem ,bengkok atau patah.
Terdapat cara untuk mengetahui samada camshaft anda boleh berpusing atau tidak.Untuk permulaan,anda perlu ..
1. Keluarkan camshaft dari tempatnya.
2. Keluarkan valve spring .
3. Letakkan semula camshaft ditempat asalnya.
3. Pasangkan semula cap beareng no.1 dan no.5 sahaja.
4. Cuba pusingkan camshaft,sekiranya ia boleh berpusing maka cylinderhead anda maseh ok lagi
5. Sekiranya camshaft ketat maka cylinderhead perlu dibuat alignment semula .
Kadang kala ada ketikanya kita membuat baik pulih pada cylinderhead,bahagian ini kita sering lupakan kerana ia tiada kena mengena dengan compression.Valve spring dan camshaft dipasang semula seperti keadaan asal dan terus pasang pada enjin blok tanpa memastikan terlebih dahulu samada camshaft boleh berpusing atau tidak.Kesannya kelancaran enjin menurun,bebanan yang lebih pada timing belt ,beberapa bahagian beareng speprti tensioner beareng akan cepat rosak.
Baca lagi :CYLINDERHEAD IMEJ
Comments (0)
Catat Ulasan