LIFTERVALVE / SHIM TAPPET


Liftervalve / shim tappet.

Lifter valve atau nama lain nya shim tappet adalah satu part yang sama dengan hydraulic valve yang saya tuliskan sebelum ini pada tajuk hydraulic tappet.Cuma bezanya hydraulic tappet menggunakan oil adjustment dan setting adjustment pula dilakukan secara automatic.Tetapi berbeza dengan lifter valve dimana ia tidak menggunakan minyak dan ia tidak mempunyai hydraulic valve.Ia cukup simple,cuma ada lifter valve dan shim tappet sahaja.Cuma yang menyukarkan ialah ketika membuat pemasangan semula pada cylinderhead kerana ia perlu disetting secara manual.Jadi sekiranya anda hanya ingin membuat servis sahaja, pastikan anda membuat tanda dahulu pada lifter valve sebelum mengeluarkannya agar ia tidak bercampur aduk .Sekiranya ia dipasang semula tidak mengikut aturan seperti keadaan yang asal,besar kemungkinan enjin tidak boleh dihidupkan kerana terjadi kebocoran pada bahagian valve dimana valve tidak duduk rapat pada valve seat.


                                                           Imej Lifter valve dan shim tappet


Lirtervalve jenis ini kebanyakkanya digunakan pada kenderaan yang menggunakan diesel sebagai bahan api,seperti lori 1 tan dan kebanyakkanya terdiri dari jenis toyota seperti Toyota 2L,3L,5L ,4N40 keluaran mitsubishi dan Nissan Frontier.Sementara yang menggunakan petrol sebagai bahan api terdiri dari Kelisa/Kenari (Daihatsu),Toyota Prado,Toyota Avanza dan banyak lagi yang saya sendiri dah tak berapa ingat kerana banyak sangat model yang pernah saya buat setting sebelum ini.


                                                                       FeIler gauge



Untuk membuat setting adjustment clearence ,ia perlu dilakukan dengan teliti,ia tidak boleh terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.Setiap cylinderhead mempunyai spec yang tersendiri dari segi clearence.Contohnya bagi yang menggunakan petrol sebagai bahan bakar ,clearence yang di perlukan untuk intake ialah antara 0.15mm hingga 0.20mm.Sementara outake antara 0.25mm hingga 0.30mm.Feeler gauge adalah alat yang digunakan untuk mengukur saiz yang kita kehendaki.Tidak lebih dan tidak kurang sekiranya ingin mendapatkan hasil yang memuaskan.




Pada gambarajah diatas adalah gambaran dimana anak panah yang berwarna biru adalah tempat yang perlu dibuat adjustment.Adjustment perlu dibuat sekiranya cylinderhead itu menjalani proses baik pulih seperti reface valve and cut seat.Kebiasaannya makenik tidak perlu bersuasah payah untuk membuat setting adjustmenr sendiri.Sebaliknya setelah cylinderhead di keluarkan dari enjin,ia akan terus dihantar ke bengkel baik pulih dalam keadaan belum dibuka part partnya.Disana ia akan dibuka satu persatu untuk memeriksa kerosakkan dan pelanggan akan diberitahu apa yang perlu diganti dan apa yang tidak.Di bengkel cylinderhead akan dipasang siap dan makenik hanya perlu terus memasang pada enjin .Tidak perlu pening pening kepala.tetapi sekiranya anda ingin mencuba cuba untuk melakukanya sendiri,saya sokong kerana kalau tak dicuba sampai bila bila pun tak tahu...betul tak.Sekiranya ada masalah rajin rajin lah bertanya pada yang lebih mahir atau hubungi saya,saya sedia membantu seyakat yang termampu.Sekian sahaja dari saya semuga anda dapat sedikit sebanyak ilmu hasil dari pembacaan ini.Jumpa lagi.


Baca lagi : HYDRAULIC LIFTER







Comments (10)

Tanpa Nama

28 Ogos 2012 pada 2:31 PG

Salam bro.sy guna gen2 campro 1.6..masalahnya tappet shim sy bunyi knocking,sebelum ni hantar kat kedai lepas tokei tu bukak enjin dia ckp ada 2 tappet kena tukar sebab rosak,pastu dia tukar..setelah apek tu tekan dan himpit dia punya minyak kemudian apk tu masukkan semula kesemua tappet tu,tapi setelah siap pasang start enjin bunyi knocking tu muncul semula..sampai sekarang bunyi mcm helikopter keta sy tu.apek tu bgthu kena ganti pulak semua tappet shim tut.tp sy lum buat sebab sen kureng.harap bro blh bgthu mcmmana nk settle problem ni..perlu ganti kesemua tappet shim ke atau mcmmana..harap sangat boleh tolong sy sbb dh x tahan dengar enjin keta sy mcm helikopter...ini no hp sy,mintak tolong bro sms solution yer..sham..
011-12125432..salam hari raya..

Tanpa Nama

9 Julai 2014 pada 12:51 PG

Salam tuan...mslah proton persona sy pun mcm problem brader kat atas...sebelum ni dh tukar 6 bj shim yg rosak...bila pasang bunyi knocking ttp ada...skrg ni kereta kat bengkel n pomen cakap 9biji shim plk rosak...mohon pandangan tuan,saya dh
buntu
0194187967

pictureKITA

2 November 2015 pada 3:10 PTG

Assalamualaikum Semua..

Ada pomen kata... Kalau Shim tuan2 berbnyi dan blum di buka, boleh cuba dgn flush menggunakan 4 liter Minyak Diesel dan runningkan enjin dalam 20-30 minit. buat ini setiap kali tukar minyak hitam sehingga hilang bunyinya.. (dalam 3-4 kali servis). ini kerana dengan flush gunakan diesel, ianyakan membantu shim yang tersumbat tadi berjalan semula..

Wallahualam....

Tanpa Nama

7 Mac 2016 pada 9:18 PTG

Shim brbunyi tu yg bila tekan pedal minyak ade balance idling tu eh?

Tanpa Nama

16 Mac 2016 pada 11:21 PG

Bg yg brmasalah idling ade balance tu (biase shim prob), tukar minyak itam flush dlu, minyak bru masuk campur dgn x1r engine treatment, gi msuk highway second link, floor pedal abis top speed, 2 ke 3 kali buat camtu, clear dh shim tu. Kwn dh buat, berkesan. Huhu, slamat mencuba.

Unknown

23 Julai 2019 pada 3:46 PTG

Spe2 perlu kn shim campro PM sy. Complite set 16 biji,,baru. Hrga bole runding insyallah kita sma2 bntu... No wtsp 01133661566

Unknown

2 Disember 2019 pada 11:45 PTG

Enjin S4pe saga flx..xde clearance lgsg..cne nk buat ye? Enjin bru lepas top overhaul ptus timingbelt valve semua bru. Tumpang tnye n inginkn jawap segera

zaime

10 Mei 2020 pada 12:33 PG

Shim tu boleh service. Kalau jam pomen boleh keluarkan lifter dia. Dalan tu ada spring. Tapi selalunya pomen nak ganti seketul. Nak untung banyak

Ajit

10 Oktober 2021 pada 12:53 PG

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Ajit

10 Oktober 2021 pada 12:54 PG

Kat mana bleh saya dapatkan lifter valve kelisa 1.0 ?

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian