Memaparkan catatan dengan label HYDRAULIC LIFTER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HYDRAULIC LIFTER. Papar semua catatan

HYDRAULIC LIFTER



Hydraulic Lifter 


Tahukah anda apa yang dikatakan hydraulic lifter?..Untuk sebagai pengetahuan anda dibawah saya sertakan foto bagaimana rupa bentuk hydraulic lifter .Ia mempunyai perbagai bentuk dan jenis mengikut spec.pembuatan sesebuah cylinderhead.





















Hydarulic lifter kebanyakkanya terdapat pada kereta kereta keluaran dari negara Jepun.Kereta keluaran tempatan seperti proton pu ada yang menggunakan sistem ini seperti Gen2,Pesona dan Saga FL .Dari segi baik pulih cylinderhead jenis ini ia sama sahaja seperti yang lain cuma beza dari segi pemasangan semula.Jika dibandingkan dengan cylinderhead yang menggunakan system lama seperti rocker arm,System yang menggunakan jenis hydraulic lifter ini lebih mudah dari tidak perlu untuk membuat adjusment pada tappet kerana ia akan disetting semula secara automatic apabila enjin running.Saya terangkan secara asas sahaja kerana untuk untuk menerangkan secara terperinci amat sukar.


Setelah cylinderhead siap dibaik pulih dan semasa hendak melakukan pemasangan lifter,hendaklah dipastikan kandungan minyak lama yang terdapat dalamnya dibuang terlebih dahulu dengan cara mengeluarkan valve tappet yang terdapat dibahagian tengah Lifter valve hydraulic itu.Untuk mengeluarkannya pun memerlukan skill ,jika tidak sampai bila pun ia tak boleh dikeluarkan.Tujuan membuang minyak lama yang didalam h/lifter adalah supaya valve yang terdapat didalamnya dapat berfungsi semula seperti keadaan asal.Untuk mengujinya ialah dengan cara menekan tombol yang terdapat ditengah tengah Lifter valve hydaraulic itu.Sekiranya ia boleh naik turun apabila ditekan ,maka ia tak perlulah susah payah untuk membuang minyak,akan tetapi sekiranya ianya keras apabila ditekan walau sekuat manapun,maka minyak mesti dibuang terlebih dahulu kerana jika terus di pasang juga pada cylinderhead ,comform enjin tidak akan hidup apabila di start.


Saya akan cuba terangkan mengapa enjin tidak boleh hidup apabila cuba di start.Tapi sekiranya anda tak faham juga saya minta maaf lah,tapi saya akan cuba terangkan sebaik mungkin.


1. Apabila cylinderhead menjalani proses baik pulih disebabkan tiada compression ,Valve seat    atau tapak valve akan dipotong untuk meratakan semula permukaannya.

2. Begitu juga dengan valve,permukaannya akan dipotong juga agar kedua dua permukaan antara valve seat dan valve menjadi rapat apabila dipasang nanti.

3. Apabila kedua duanya dipotong,kedudukan asalnya akan berubah,maksudnya kedudukan valve akan turun atau rendah sedikit setelah tapaknya dipotong.

4. Sementara hydraulic lifter yang maseh tetap dengan berkeadaan asal ,keras kerana tidak dibuang minyak akan terus berfungsi seperti biasa.

5. Valve juga akan berfungsi seperti biasa ,cuma ia tidak dapat duduk rapat pada valve seat kerana tekanan dari hydraulic valve tadi.


Dibawah ini saya cuba lakarkan gambarajah serba ringkas agar lebih jelas lagi.



-Pastikan minyak dibuang terlebih dahulu agar tidak membazir masa,wang,.......sekian


Baca lagi : ADJUSTMENT TAPPET

                                                                                                                                 
Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian