Salam Blogger.....
|
TERJERAT |
Salah satu daripada kaedah-kaedah menjana wang daripada rumah yang popular dari sejak zaman dahulu lagi ialah skim cepat kaya, ‘kerja daripada rumah’ , ‘skim dana rakyat’ , ‘surat berantai’ dan seumpamanya.Dengan kewujudan internet skim-skim ini bertambah ‘meriah’ lagi. Jika anda perhatikan di dalam internet masa kini terdapat banyak program-program skim cepat kaya yang dianjurkan oleh insan-insan tidak bertanggungjawab keatas pengguna-pengguna internet.Jika anda seorang yang arif , anda pasti tidak mudah tertipu dengan skim ini.Namun ramai orang yang terlibat dengannya bersubahat menjadi ‘penipu’ dan seterusnya ‘menipu’ orang lain demi kekayaan cara mudah ini.Di dalam skim piramid yang tulin, tiada produk yang diagihkan. Inilah skimyang dipelopori oleh Charles Ponzi pada sekitar tahun 1930an di Itali. Mari kita ‘bedah siasat’ bagaimana operasi skim piramid ini.Anda dimulakan dengan tawaran untuk melabur, menderma atau sedekah kepada 5 orang katakan seorang RM10.
Anda mencari 5 orang
5 orang akan mencari 25
25 orang akan mencari 125
125 orang akan mencari 625
3,125 orang akan mencari 15,625
15,625 orang akan mencari 78,125
78,125 orang akan mencari 390,625
390,625 orang akan mencari 1,953,125
1,953,125 akan mencari 9,765,625
9,765,625 akan mencari 48,828,125
Pada peringkat ini 9 juta orang ini , mereka akan menjadi sukar mencari ahli-ahli kerana pasaran telah tepu. Mereka akan berusaha untuk mencari ahli-ahli baru kerana telah pun melaburkan wang mereka. Hakikatnya memang MUSTAHIL untuk mencari setiap lima orang lagi kerana penduduk Malaysia
adalah hanya 24 juta orang. Ini pun setelah dicampur dengan bayi yang didalam kandungan dan sekalian kanak-kanak.Inilah yang membuat skim ini haram kerana kerugian pasti berlaku kepada ramai orang. Jumlah peserta tidak boleh menjadi infiniti, oleh itu ianya akan tepu dan ramai orang di bawah akan menguntungkan orang di atas ,terutamanya si penganjur
Tali barut Skim Piramid
Berita ‘baik’nya ialah ada peserta yang benar-benar mendapat wang dan‘untung’. Ini memang tujuan penganjur. Penganjur memang sengaja akan mengumpan beberapa orang untuk ‘berjaya’. Inilah yang selalu menjadi kekeliruan kepada orang ramai. Mereka yang ‘berjaya’ ini akan menjadi jurucakap atau PRO kepada skim ini.Mereka adalah peserta yang berada di atas. Lebih mengharukan mereka yang‘untung’ inilah yang menjadi ‘dalang sebenar’ melebihi pihak penganjur itu sendiri. Ini adalah mereka telahpun mendapat wang yang nyata, dan mereka pula secara bermatian-matian mempertahankan sistem ini. Pihak penganjur
yang tahu akan hakikat sistem ini, lebih mudah menjalankan kegiatan ini tanpa sebarang campur tangan. Lebih menyedihkan ‘tali barut’ ini akan berkata ,“Alah ..kalau tak berani melabur camner nak jadi kaya ...setakat RM50 ajer..kalau rugi pun bukannyer sampai bergolok bergadai...adatlah melabur..
Inilah kata-kata yang paling ‘durjana sekali.Namun sesuatu yang batil tetap akan terbongkar kepalsuannya. Selalunya tali barut atau mereka yang untung ini akan dikecam oleh saudara mara atau rakan taulan mereka yang rugi atas syoran mereka ini. Mereka mungkin untung beberapa ringgit, namun hakikatnya mereka kehilangan kepercayaan kepada ramai orang. Lebih menyedihkan mereka obses dengan sistem-sistem seumpama ini dan berusaha untuk mencari dan memasukinya lagi . Kasihan sekali mereka tidak sedar hakikat ini. Mereka yang sebegini hanya mendapat Illusi di dalam pencarian wang dan kaedah sebenarnya.
Hakikatnya jika mereka beragama Islam , mereka semua telah sah memakan wang haram kerana mereka memakan hasil daripada kerugian yang pasti daripada orang lain.
Ini adalah sama dengan prinsip perjudian di mana keuntungan kemenangan seseorang sebenarnya adalah hasil daripada kerugian beribu-ribu orang lain lagi walaupun ribuan yang lain tersebut dengan rela hati memasukinya. Jangan samakan dengan pelaburan tulin , yang mempunyai kebarangkalian untung, skim cepat kaya PASTI ada yang rugi supaya orang lain untung. Itulah perbezaannya.Penganjur boleh war-warkan supaya menggunakan wang tersebut dengan sedekah atau ke arah jalan yang baik sebagai illussi kepada operasinya yangbenar-benar haram.
Ada peserta yang berjaya diumpan berkata , “
Anggaplah sedekah kalau duit anda tu lenyap...tak der ruginya”. Pelik ! Orang sebegini mempermainkan hukum Allah. Mana mungkin niat asal berjudi mereka suka-suka menukarkan niat mereka kemudiannya menjadi sedekah kalau rugi. Saya sekali lagi mengingatkan anda supaya awas, dan jangan sesekali ceburi skim piramid.
Program Affiliate / Reseller /Dropship Yang Tulin
Namun anda jangan sesekali terkeliru dengan peluang perniagaan yang telus dan jujur seperti MLM, affiliate program, reseller program atau dropship. Setiap satu kaedah tersebut adalah peluang perniagaan yang asli (genuine) dan anda boleh mendapat keuntungan jika anda bijak mempromosikan produk mereka dan tidak ‘goyang kaki’. Apabila anda untung , ianya adalah kerana keuntungan anda adalah hasil penjualan sesuatu produk yang benar-benar ingin dimiliki oleh pembeli. Ini adalah lumrah dan kaedah biasa di dalam perniagaan.Program affiliate, dimana anda hanya perlu mengsyorkan orang lain untuk membeli sesuatu barang daripada sebuah halaman web dan anda kemudiannya mendapat ganjaran daripada hasil syoran ini. Ini adalah langkah perniagaan yang telus dan bijak.
Program affiliate yang paling popular di dunia sekarang ialah daripada hasil syoran membeli buku di halaman web amazon.com Reseller program juga bertindak serupa di mana anda mempunyai hak menjadi pengedar dan mengsyorkan sesuatu barangan yang telah anda sendiri berpuashati menggunakannya. Anda akan dibayar sedikit komisen atas syoran anda.Perniagaan MLM mendapat banyak kritikan yang positif mahupun negatif tentang operasinya. Saya secara peribadi dan sebagai seorang yang professional menganggap kejayaan perniagaan MLM memerlukan sedikit kerja keras awalan yang selalunya diselindungi oleh pihak syarikat yang mewar-warkan bahawa program mereka adalah mudah.
Masalah syarikat MLM yang tidak jujur ialah mereka telah ‘mengelirukan’ orang ramai untuk memasuki program mereka melebihi bagaimana mereka mendapat faedah daripada menjual produk mereka. Memang benar programtersebut boleh bermula daripada rumah tetapi program tersebut memerlukan anda kerap keluar rumah untuk berjumpa pelanggan ataupun bermesyuarat.Jika anda seorang yang sanggup bekerja keras , MLM adalah bidang anda.Harus diingat skim MLM adalah sah, namun ada juga syarikat MLM yang sah telah diarahkan ditutupkan operasinya kerana menyeleweng daripada kaedah operasi awalnya.
Saya juga tidak hairan jika terdapat seorang peserta MLM diberi tabung untuk memakai kereta mewah , kerana saya tahu strategi syarikat MLM yang menggunakan kereta mewah sebagai alat promosi kepada orang lain terpikat untuk memilikinya. Bayangkan saya meminjamkan anda kereta BMW mewah milik saya sekarang dan anda menggunakannya untuk balik ke kampung pada hari raya. Tidakkah saudara mara, sepupu, adik beradik anda terperanjat dan ingin menyelidik dan seterusnya menyertai sebarang peluang perniagaan yangsedang anda ceburi ? Fikirkan .