TUKAR GANTI VALVE SEAT


Tukar ganti valve seat

Tukar ganti valve seat adakalanya perlu dilakukan sekiranya keadaan valve seat yang rosak,rendah atau tenggelam disebabkan faktor enjin yang telah terlalu lama digunakan.Akan tetapi ada juga cylinderhead yang baru tapi kerosakkan valve seat lebih teruk dari cylinderhead yang lama.Adakah anda tahu apa yang menyebabkannya jadi begitu?.NGV.Penggunaan ngv merupakan salah satu faktor yang menyebabkan valve seat dan valve guide mengalami kerosakkan yang lebih cepat .Sepanjang pengalaman saya membaik pulih cylinderhead pada bahagian valve seat,Cylinderhead dari jenis campro yang banyak mengalami masalah seperti ini kerana kebanyakkan teksi teksi jenis baru menggunakan ngv sebagai bahan api tambahan.
Sememangnya ia lebih menjimatkan dibandingkan dengan penggunaan petrol akan tetapi kesan dalam jangka masa panjang perlu difikirkan juga.Jika dibuat baik pulih,pada pandangan mata kasar kerosakkan memang nampak pada bahagian valve seat dan valve guide sahaja,akan tetapi perlu di pastikan juga pada bahagian o ring dan selinder blok kerana ngv adalah sejenis cacair gas yang bersifat kering apabila berlakunya proses pembakaran.Oleh itu tiada perlindungan dari segi ketahanan untuk melindungi bahagian bahagian ini..


Penyelesaian

Bagi cylinderhead yang mengalami masalah seperti ini ,jalan penyelesaianya ialah dengan menggantikan valve seat dan valve guide dengan yang baru.Caranya ialah dengan mengeluarkannya dengan cara welding atau memotong terus dan gatikan yang baru.Sila lihat gambarajah bagaimana proses tukar ganti dilakukan.


Valve seat

Valve seat akan dikeluarkan dengan cara memotong atau membuang samada dengan menggunakan mesin atau dengan cara welding.










Setelah dipotong keluar valve seat yang baru akan dimasukan semula kedalam tapak yang telah dibentuk dengan cara mengetuk masuk.Cara ini lebih selamat berbanding dengan menggunakan mesin press kerana dengan cara mengetuk kita dapat rasakan kekuatan valve seat itu samada ia cukup ketat atau pun tidak.Sebenarnya untuk cylinderhead kenderaan kecil seperti kereta,sparepart valve seat tiada dijual dimana mana kedai sparepart atau kedai alat ganti.Ia perlu di mesin semula menggunakan Lathe machine dan dari segi bahan bergantung kepada penggunaan enjin itu sendiri.Sekiranya enjin menggunakan sistem turbo,bahan dari iron 709 digunakan kerana ia lebih keras.Sekiranya enjin dalam kategori standart memadai hanya menggunakan cast iron. 


                                                      gambarajah valve seat




Proses seterusnya setelah valve seat dimasukkan ialah membentuk semula supaya menjadi keadaan seperti asal dimana valve dapat duduk dengan betul pada tempatnya.





Begitulah proses yang dilakukan sekiranya sesebuah cylinderhead mengalami kerosakkan yang memerlukan penggantian valve seat.Semuga anda faham dengan penerangan saya diatas.










Comments (5)

Tanpa Nama

28 Disember 2012 pada 12:39 PTG

hi!,I really like your writing so so much! share we communicate
more approximately your post on AOL? I need an expert on this house
to unravel my problem. Maybe that is you! Having a
look forward to see you.
Also visit my site GFI Norte

Ali Hasyimi

16 April 2013 pada 9:59 PTG

kalau valve guide pulak mcm mne nk keluarkan?kena press ke?sy guna mtor je tp twin cam..head bnyi kasar je..clearance valve ok..

Unknown

17 April 2013 pada 6:07 PTG

Salam ali hasyimi...valve guide boleh dikeluarkan dengan cara ketuk sahaja.Tapi sebelum itu ukur dahulu ketinggian valve guide tersebut.Bunyi kasar boleh disebabkan berbagai sebab,biasanya head jarang bunyi kasar sekiranya semua housing dalam keadaan baik.boleh saya tau berapa clearence utk minyak dan api yang saudara setkan

Ali Hasyimi

19 April 2013 pada 8:53 PG

salam adnan..masalah saya sudah settle..valve saya kembang satu..bila diperiksa balik, yang tu rupanya valve local..lagi satu yang buat bunyi bising tu kat block,bukannya head..bunyi tu dari piston ring yang haus..:)

Tanpa Nama

3 September 2024 pada 8:42 PTG

Bleh ketuk kluar atau guna mesin press

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian