PROSES BAIKPULIH CYLINDERHEAD



Langkah langkah proses baik pulih

Diantara langkah langkah yang dilakukan dalam proses baik pulih cylinderhead adalah bergantung kepada jenis kerosakkan yang dialami oleh cylinder head itu sendiri.Sekiranya ia mengalami overheatting,ia perlu menjalani proses baik pulih dari peringkat awal iaitu


Air pressure test




Proses ini adalah proses untuk memastikan bahawa cylinderhead tiada mengalami kebocoran yang boleh menyebabkan ia di kira lupus dan tidak boleh dibaiki lagi.Permulaan proses adalah dengan menutup kesemua lubang lubang laluan air untuk memastikan semasa ia direndam dalam takungan air nanti tiada udara keluar selain dari tempat tempat yang mengalami keretakkan.Udara mampat yang berkapasiti 40 hingga 60 bar akan dipam masuk kedalam cylinderhead.Sekiranya terdapat keretakkan atau ada kebocoran pada bahagian yang tidak sepatutnya bocor,udara mampat tadi akan keluar melalui tempat itu dan dengan itu dapatlah dipastikan samada cylinder  head itu maseh boleh digunakan atau sebaliknya.

Memeriksa kerosakkan

Setelah proses air pressire test siap dan cylinderhead dalam berkeadaan boleh digunakan semula,maka pemeriksaan kerosakkan akan dilakukan secara manual.Kebiasaannya cylinderhead yang mengalami overheatting ia akan meninggalkan kesan yang agak ketara terutama pada bahagian valve seat.Dengan itu pemeriksaan akan tertumpu pada bahagian valve seat,valve guide dan valve untuk memastikan samada ia maseh boleh digunakan lagi atau perli diganti.

Valve seat


Imej yang bertanda anak panah merah diatas adalah imej apa yang dikatakan valve seat.Ia berfingsi sebagai tapak atau tempat duduk kepada pasangannya iaitu valve.Cylinder head yang mengalami overheatting yang melampau akan mengakibatkan kedudukan dua bahagian  akan berubah sedikit iaitu valve seat dan valve guide dimana inilah punca utama sesebuah enjin mengalami apa yang dikatakan "Lost compression" atau kehilangan daya kuasa pecutan.

Valve








Valve adalah pasangan kepada valve seat seperti gambarajah diatas.Dalam satu ruang selinder piston ada yang terdapat 2,3,4 atau 5 batang valve dimana ia dibahagi kepada 2 bahagian iaitu untuk exzoz dan intake.Berlakunya overheatting akan menyebabkan valve dan valve seat pada bahagian exzoz akan mengalami kerosakkan yang agak teruk dibandingkan dengan intake.Jadi proses baik pulih valve akan dilakukan sekiranya ia maseh boleh digunakan semula dan hasilnya seperti apa yang anda lihat diatas.

Valve guide



Valve guide berfungsi sebagai panduan kepada valve agar valve berkedudukan stabil semasa ia berfungsi buka dan tutup.Ia perlu diganti sekiranya apabila valve terlalu goyang.Cara untuk menguji samada ia perlu diganti atau tidak ialah dengan memegang bahagian kepala velve yang berbentuk seakan akan payung dan gerakkan ia kekanan dan kekiri.Sekiranya terlalu valve terlalu goyang maka ia perlu diganti.

Baikpulih valve seat


Valve seat perlu dibaik pulih semula apabila kesemua bahagian yang rosak tadi sudah siap diganti semula dengan yang baru.Ini bergantung kepada keadaan valve seat itu sendiri,sekiranya terlalu rendah atau tenggelam ia perlu diganti dengan yang baru kerana sekiranya valve seat terlalu tenggelam ia akan meninggalkan kesan juga kepada enjin.


Graind valve / lapping


















Proses lapping atau lebih dikenali dikalangan kita dengan nama graind valve Proses ini bertujuan untuk memastikan valve seat dan valve dapat duduk dengan rapat dan tiada kebocoran apabila proses vacum tester dilakukan.Satu lagi cara yang digunakan untuk mengesan kebocoran adalah dengan menuang minyak petrol keatas permukaan valve dan sekiranya terdapat kebocoran minyak tadi akan berkurangan kerana meresap masuk kedalam ruang exzoz atau intake.

Skimming / memotong permukaan cylinderhead


Skimming adalah proses yang terakhir sekali dilakukan sebelum ia dipasang semula pada enjin.Bertujuan untuk meratakan semula permukaan yang melengkung akibat dari kesan overheatting tadi.Cylinderhead mempunyai tanda limit maksimum sampai tahap mana ia boleh digunakan setelah dipotong.Sekiranya melebihi tahap maksimum,enjin akan lebih cepat panas dan risiko untuk mengalami overheatting semula amat tinggi


.

Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian