Jalan pintas adjustment tappet

Salam Blogger.....


                                Entry ini saya akan cuba membicarakan tentang dua cara penyelarasan tappet yang berbeza dari segi penyelenggaraanya.Penyelenggaraan yang saya maksudkan ialah dari segi kerosakkan yang dialami oleh Shim tappet  dan lifter akibat kesan dari putusnya timing belt.Kesan dari akibat ini akan menyebabkan shim dan lifter mengalami kerosakkan yang tidak mungkin dapat dibaiki kecuali menukar kepada yang baru.Bila menukar kepada yang baru,adjustment terpaksa dilakukan semula memandangkan dalam satu cylinderhead ,shim dan lifter mempunyai saiz clearence yang berbeza beza.

                                 Untuk cara penyelarasan yang pertama ia tidak perlu untuk membuat proses top overhoul.Ia akan dilaraskan terus hanya dengan membuka head cover sahaja.Kemudian dengan hanya menggunakan magnet dan air gun,shim akan dikeluarkan dengan cara menembak angin pada shim agar kandungan minyak yang menyebabkan shim melekat pada lifter akan bersih dan dengan itu shim akan senang dikeluarkan dengan menggunakan magnet.Tetapi sebelum itu camshaft perlu dipusingkan terlebih dahulu untuk memastkan lube tidak menekan shim.Langkah ini akan dilakukan satu persatu ,dan shim yang telah dikeluar tadi akan ditukar kepada yang baru dan agak tebal sedikit dari saiz yang lama.Permukaan shim yang baru tadi akan dipotong sehingga sama dengan saiz yang lama dengan menggunakan mesin khas.Begitulah proses yang dilakukan secara satu persatu bergantung kepada berapa jumlah bilangan shim yang mengalami kerosakkan.

                                   Cara ini adalah jalan pintas tanpa mengeluarkan cylinderhead dan pasti ada keburukanya yang kita sendiri tidak tahu.Cara ini dilakukan sekiranya terdapat bunyi yang terlalu bising yang diyakini berpunca dari shim dan lifter dan sebagai jalan mudah ia akan dilakukan proses adjustment seperti yang saya sebutkan diatas tadi.Kesan yang akan timbul kemudian hari ialah kehilangan daya compression akibat dari valve yang tidak diselenggara semula semasa membuat adjustment tappet.Selain valve,valve guide,valve seal dan valve seat juga tidak dapat dipastikan adakah ia masih boleh digunakan untuk jangkamasa tertentu atau sudah uzur.Silap haribulan baru beberapa hari guna dah kena masuk workshop semula.

                                  Untuk cara kedua tentu anda semua sedia maklum .Sekiranya cylinderhead mengalami apa apa masalah yang kita sendiri tidak pasti apa masalahnya,jangan cuba cuba lakukan perkara seperti diatas.Serahkan saja pada yang mahir dalam bidang ini.Dibawah saya akan sertakan beberapa tips sebagai panduan untuk anda mengenal pasti masalah dan langkah langkah mengatasinya.


  1. Water pressure test -sekiranya berlaku overheatting ( wajib ).
  2. Change valve seat - sekiranya kehilangan compression ( selain o ring ).
  3. Change valve guide - sekiranya terdapat tanda tanda asap berwarna biru pada saluran exzos.
  4. Change valve seal - sekiranya banyak asap keluar melalui saluran exzos.
  5. Fitting camshaft housing - sekiranya camshaft ketat untuk berpusing.
  6. Check shim /lifter - sekiranya berlaku timing belt putus atau valve patah.
  7. Skimming - sekiranya cylinderhead bengkok.(WAJIB)

Comments (0)

Protected by Copyscape Web Plagiarism Tool

Wikipedia

Hasil carian