Salam blogger
" Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang."
Itulah ayat suci paling asas yang sering kita gunakan sebagai langkah permulaan sebelum kita memulakan sesuatu perkara yang baik bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T.Itulah juga perkara asas yang telah diterapkan dalam diri kita sedari kecil oleh ibubapa , guru sekolah mahupun guru agama kita agar memulakan sesuatu perbuatan yang baik dengan lafaz "Bismillahirrohmanirrohim". Tapi mengapa ya......kadangkala tanpa kita sedar ....kita sering juga terlupa untuk melafazkan ayat ini sebelum memulakan sesuatu perkara.Ada juga yang sedar yang dia terlupa tapi dah terlajak pulak.Dah dua tiga teguk air masuk kedalam perut baru sedar..."eh....lupa pulak baca bismillah....!".Hihihi.....mengaku atau tidak yang korang pernah terkene perkara seperti ini.Aku sendiri pun sama jugak,kalau ingat bacalah ,kalau terlupa.......cepat cepatlah beristighfar pada Allah dan mohon keampunan dan ketetapan iman.
Sebenarnya aku nak kongsi sikit tentang apa yang tersurat dan apa yang tersirat pada maksud ayat diatas.Kalau setakat faham maksud ayat ,semua orang faham....tapi apa maksud yang tersurat dan yang tersirat pada ayat itu tentu ada yang masih garu kepala.Sebenarnya......dulu aku pernah ditanya soalan yang seperti ini.Garu kepala jugalah jawapnya.Disebabkan tidak berpuas hati dan ingin tahu jawapanya maka aku bertanya kepada beberapa orang guru yang mahir dalam bab bab agama ni.Dalam ramai ramai guru yang aku tanya,hanya ada seorang guru yang aku rasa jawapanya memuaskan hati aku.Bukan bermaksud guru lain tidak arif,cuma cara penerangan maksud agak kabur tapi maksudnya sama sahaja iaitu mengagongkan Allah S.W.T.

"Aduuuh.....lupa lagi" |

Bismillah - Dengan nama Allah
Ok...kita mulakan dengan ayat "Bismilliah".Maksud yang kita faham ialah "Dengan nama Allah."....Apa yang korang faham tentang maksud yang tersurat dan tersirat pada ayat ini.Dari apa yang aku difahamkan dengan maksud ayat ini ialah
- Dengan kehendaknya.
Dengan kehendaknya ,Allah menciptakan bumi,manusia dan alam semesta.Diciptakan bumi sebagai hamparan untuk manusia melakukan amal ibadah kepadanya.Diperkuatkan lagi dengan Firman Allah S.W.T "dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku"
Dengan kemahuanya agar manusia dibumi ini beramal berpandukan al quran kerana ia adalah kalam Allah sebagai peringatan dan petunjuk kepada yang hak dan yang bathil.Petunjuk kepada manusia agar tidak sesat selama lamanya.Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka).Tidaklah kamu akan tersesat buat selama lamanya selama kamu masih berpegang kepada kedua duanya iaitu kitabullah dan sunnah rasulnya"
- Dengan kemahuanya.

- Dengan perintahnya
Dengan perintahnya juga,agar manusia melaksanakan hukum hukum yang telah terkandung didalam Al Quran dan bukan sahaja sekadar melaksanakanya sahaja, bahkan turut diamalkan .
Hirrohman-Yang maha pemurah
Pemurahnya Allah kepada sekian hambanya ialah dengan mengurniakan akal fikiran agar manusia dapat membezakan antara dosa dan pahala.Dikurniakan juga pendengaran,penglihatan dan hati agar manusia bersyukur dan tidak lalai .Sebagai mana Firman Allah S.W.T. yang bermaksud "Dan sesungguhnya ,kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakkan dari kalangan jin dan manusia.Mereka mempunyai hati,tetapi tidak diperguna untuk memahami ayat ayat Allah, dan mereka mempunyai mata tetapi tidak diperguna untuk melihat tanda tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak diperguna untuk mendengar ayat ayat Allah.Mereka itu ibarat binatang ternakkan,bahkan lebih sesat lagi.Meraka itulah orang orang yang lalai."-Al-A'raaf:179
Nirrohim- Yang maha penyayang
Penyayangnya Allah kepada hambanya ialah melalui pemberian pelbagai nikmat kehidupan kepada sekian makhluk yang ada di alam ciptaannya ini.Sebagai manusia yang telah dikurniakan penglihatan dan akal fikiran yang waras ,sudah pasti dapat menilai dan merasai segala kurniaan dan nikmat dari Allah yang maha penyayang kepada sekalian hambanya.Namun adakah mereka bersyukur akan nikmat itu.....?Allah lebih mengetahui sebagaimana Firmanya yang bermaksud "kemudian dia menyempurnakan dan meniupkan kedalamnya roh (ciptaan)-nya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran,penglihatan dan hati.(tetapi) amat sedikit sekali kamu bersyukur.[aS-Sajadah : 9].
p/s:Semuga menjadi renungan kita bersama.
Comments (5)
21 Mac 2013 pada 4:57 PTG
Assalam,
entry yang sangat bermanfaat...
InsyaAllah, semoga jadi renungan bersama..terima kasih..
21 Mac 2013 pada 10:14 PTG
Terima kasih BUNDA a.k.a KN atas komen anda
25 Mac 2013 pada 9:47 PTG
Betul saya pun tak pernah tahu. Tahu maknanya saja dalam Melayu (malunya...)
25 Mac 2013 pada 11:46 PTG
EU..Kita kongsi pengetahuan yang ada sesama kita.
27 Mei 2013 pada 2:21 PTG
:) InsyaAllah.. kena biasa lafazkan lama2 dah tak lupa lagi dah, instead akan jadi habit yang tak merugikan
Catat Ulasan