Salam blogger ...
Apa khabar semua......lama juga rasanya saya tak jenguk bengkel ni atas sebab kesibukkan dan sudah tentu juga postnya lama juga tak diupdatekan....Jadi malam ni saya cuba curi sedikit masa untuk postkan entry ni semuga pembaca semua tidak melihat entry yang sama sahaja setiap kali berkunjung disini terutama sekali pembaca setia dari Kuala Lumpur wilayah persekutuan yang sering aku perhatikan menjadi pembaca setia blog ini.Terima kasih saya ucapkan semuga kandungan blog ini dapat memberi manfaat kepada anda.Begitu juga pada pembaca pembaca yang lain yang sudi bertandang disini.Terima kasih sekali lagi.
|
bila perlu |
Malam ni saya akan bincangkan bab mengenai bagaimana cara untuk mengenal pasti bila masa yang sepatutnya proses adjustment tappet perlu dilakukan.Biasanya bila clearence tappet dalam keadaan baik,enjin akan berada dalam keadaan senyap.Tetapi sekiranya clearence tappet bermasalah ia akan menghasilkan bunyi yang kurang menyenangkan seperti bunyi ketukan besi yang boleh kita dengar walaupun dari dalam kereta.Ia akan menghasilkan bunyi yang lebih kuat terutama sewaktu kita menekan minyak bertujuan untuk memotong kenderaan lain atau sewaktu kenderaan dalam keadaan mendaki bukit dengan muatan yang berlebihan.
|
Overload
|
Kita tentu tidak selesa bila mendengar bunyi enjin kenderaan kita seperti enjin pecah,jadi untuk mengatasinya kenalah kita hantar kebengkel untuk dibuat pembaikkan.Tentu memerlukan kos untuk membaikinya.Namun bagi cylinderhead yang sistem tappetnya menggunakan rocker arm ,seperti gambarajah dibawah ,ia tidak perlu melakukan proses top overhoul untuk proses adjustment tappet.Cukup sekadar membuka cover cylinderhead sahaja dan kos membaikinya tidaklah semahal mana jika dibandingkan dengan cylinderhead yang menggunakan sistem lifter valve.
|
Rocker arm
|
|
Lifter Valve |
Untuk kenderaan yang menggunakan sistem lifter valve + sim ,cylinderhead terpaksa dibuat top overhoul memandangkan ia terpaksa diadjust melalui valve seat atau menukar valve yang baru ,tidak melalui lifter dan kosnya pun agak mahal.Bayangkan hanya untuk membuat adjustment tappet sahaja,valve dan valve seat terpaksa dipotong pada bahagian angel untuk menurunkan kedudukan valve agar menjadi rendah sedikit.Bila valve rendah,hujung valve akan menolak semula lifter keatas.Hihihi....saya rasa anda pening nak bayangkan.Ok...kalau masih ada yang kurang faham tinggalkan komen anda dan saya akan terangkan dengan lebih terperinci lagi dimasa akan datang.
|
Hydraulic lifter |
Bagi kenderaan yang menggunakan liftervalve dari jenis hydraulic ,seperti enjin campro ,contohnya Gen2,Pesona,saga ,exora dan lain lain keluaran terkini ,ia memerlukan masa yang agak lama untuk mengalami masalah tappet kerana kandungan minyak yang terkandung didalamnya akan ditambah dan diadjust secara outomatic apabila clearence antara liftervalve dengan camshaft semakin besar.Akan tetapi sekiranya ia menghadapi masalah tappet ,ia juga terpaksa menjalani proses top overhoul juga dan kosnya juga agak mahal jika dibandingkan dengan kenderaan lain yang menggunakan sistem rocker arm.Tapi sekiranya anda boleh melakukan proses baik pulih sendiri adalah lebih baik kerana sudah tentu ia akan lebih menjimatkan kos.Jumpa lagi .
Comments (67)
13 Ogos 2013 pada 11:16 PG
Salam..saya memounyai sebuah kereta satria carbutator. masalah yang dihadapi pada teppet yang telah diselaras dan berbunyi semula. Selaras lagi bunyi lagi. mohon beri pendapat
15 Ogos 2013 pada 1:56 PG
Saudara ....sekiranya teppet tidak dilaras dengan betul ,memang ia akan menyebabkan bunyi kedengaran agak bising.Dan kebiasaanya bunyi itu disebabkan clearence atau kelegaan tidak betul atau terlalu besar.kerap melakukan pickup,membawa bebanan yang berat juga boleh menyebabkan hal sedemikian terjadi.Untuk mengatasi masalah ini cuba saudara setkan clearence untuk minyak kepada 0.10mm dan exzos 0.15mm.Sekiranya tiada filler gauge ,gunakan sahaja pisau lipat yang berharga 20 sen .semuga berjaya.
24 September 2013 pada 6:28 PTG
salam saudara
dimana sy boleh hantar kelisa sy utk proses adjustment tappat
24 September 2013 pada 8:01 PTG
Salam saudara zikry...untuk membuat adjustment tappet,saudara perlu mencari kedai kedai kejuruteraan yg membuat servis baikpulih enjin.Maksud saya kedai yang menjalankan kerja kerja skimming head,graidvalve,korek blok dan dll.
25 September 2013 pada 2:41 PTG
salam
maksudnya workshop biasa memang tidak tahu utk adjust tappet, dimana kedai kejuruteraan yg di maksudkan itu boleh sy temui,
sy tinggal area bandar tasik selatan sungai besi kuala lumpur
25 September 2013 pada 10:47 PTG
Salam ....sebenarnya saudara tidak boleh terus ke kedai kejuruteraan tersebut untuk membuat adjustment tappet kerana tugas mereka hanya hanya membaikpulih componen componan kereta yang telah di leraikan(overhoul/topoverhoul)oleh makenik atau persendirian sahaja.Saudara perlu cari workshop untuk membuat topoverhoul.Kemudian barulah makenik atau saudara sendiri boleh hantar cylinderhead tadi untuk membuat adjustment tappet.semuga saudara faham penjelasan saya.
24 November 2013 pada 10:34 PG
As salam tuan
Naza citra saya pernah mengalami timing belt putus semasa enjin idle tak perlu buat top overhaul mekanik kata tapi bunyi lifter valve agak kuat so boleh tak saya tahu di mana bengkel yg boleh servis dan berapa anggaran kosnya.Jika biarkan saja tanpa servis adakah ia akan efek pada enjin?
3 Januari 2014 pada 2:21 PTG
Asalamualaikum... saya ad sebuah waja enjin mmc,pabila saya strt enjin ketika enjin masih sejuk bunyi ketukan yg teramt bsing kdgran tetapi selepas 2@3 saat bunyi bsing hilg apkh ini mslah tpet atau ad mslah lain.mintk penjlsan...
29 Januari 2014 pada 3:00 PTG
Salam tuan..
Sy ada gen2 2005 dan enjinya berrbunyi malah sgt bising..sy sudah tukar liftervalve dan ia mc berbunyi lagi..adakah sebab sy x melakukan top overhaul atu pun sebab lain..1 lagi mana liftervalve yv b'mslh adakah yv oleh ditekan springnya atau yg keras bila ditekan..
31 Januari 2014 pada 2:25 PG
Assalam.. Adakah pertukaran oil sump akan menyebabkan tappet berbunyi? Tappet Persona saya berbunyi setelah 2 mggu saya menukar oil sump.
Dan adakah akan berlaku apa-apa kerosakan sampingan sekiranya tappet yang berbunyi itu tidak diperbaiki?
Mohon bantuan Tuan.
25 Februari 2014 pada 6:00 PG
Salam saudara
Says pakai kereta waja 1.6 bila tekan minyan bunyi teppet just.
Says penah hntr 3,4 workshop ad setengah workshop kata conroad kereta saya problem kena overhaul dekat 2 ribu atau lbh
27 Februari 2014 pada 11:56 PTG
assalam. saya ingin bertanya. kereta saya selalu berbunyi seperti minyak di press. sedangkan kereta sedang berhenti menunggu lampu isyarat.
16 Mac 2014 pada 7:22 PTG
kendraan yg berbunyi seperti ketukan atau buyi besi berlagA dalam enjin mempunyi bbrpa fktor iaitu pada tapet jikakalau anda mmpunyi masalah tapet kenderaan anda akan mempunyi bunyi ketukan semasa berhenti mahupun semasa bergerak.jikakalau masalah pada oil pump ini juga menyebabkan bunyi ketukan yang sama tetapi dalam bberapa saat bunyi ketukan akan hilang snang ckap minyak lambat naik tray hantar kedai sevis oil pump kot2 ad kotoran tak mahal sekali tukar host jika mampu.
9 April 2015 pada 12:57 PG
tappet ni kt motor ade x?
7 Ogos 2015 pada 6:17 PTG
Boss tanya sikit pasal bunyi kat enjin campro ni macam bergesel jer nyung...nyung kata org water pump tapi dah tukar baru pun masih ade bunyi....pening....tolong bagi tunjuk ajar bro...
12 Oktober 2015 pada 4:53 PTG
Berapakah ukuran untuk wira 1.6 sohcc
24 November 2015 pada 8:41 PTG
Beli kerata baru je
25 Januari 2016 pada 10:22 PTG
Salam bro, saya ejas teppet 15 exzos dan 10 intake tp kuat lh bleh tahu sb apa?
25 Januari 2016 pada 10:24 PTG
Maksud saya bunyi teppet tu kuat.
25 Januari 2016 pada 10:28 PTG
Maksud saya bunyi teppet tu kuat.
25 Januari 2016 pada 10:28 PTG
Salam bro, saya ejas teppet 15 exzos dan 10 intake tp kuat lh bleh tahu sb apa?
8 Mac 2016 pada 11:25 PG
Assalamualaikum.
Selalu nya kalau nak adjust tappet tu nak bagi bunyi senyap mcm first2 beli dulu,motor ex5.
Berapa kosnya ye?
20 Mac 2016 pada 12:04 PTG
Kamu perlu menukar ganti selinder head kepada yg baru....supaya kamu tidak mengalami masalah kerap ulang kali...
20 Mac 2016 pada 12:07 PTG
Sekiranya mahu cantik tukar enjin saykehen yg masih ok
28 Jun 2016 pada 3:15 PTG
Assalamualaikum, saya pakai waja campro 2006, kalau nak adjust tappet tu kena overhaul ke atau pomen boleh buat tanpa perlu overhaul.
28 Jun 2016 pada 3:15 PTG
Assalamualaikum, saya pakai waja campro 2006, kalau nak adjust tappet tu kena overhaul ke atau pomen boleh buat tanpa perlu overhaul.
1 Julai 2016 pada 10:53 PG
dalam 6,7 ringgit je pomen ambik upah..aku dulu buat kt wave 125s..lepas buat mmg kemas bunyi..hehe
19 Julai 2016 pada 4:27 PG
Wsalam..bro..tak perlu overhaul....cuma buat proses Top overhaul shj.. :)
19 Julai 2016 pada 4:28 PG
Wsalam..bro..tak perlu overhaul....cuma buat proses Top overhaul shj.. :)
19 Julai 2016 pada 4:28 PG
Wsalam..bro..tak perlu overhaul....cuma buat proses Top overhaul shj.. :)
22 Ogos 2016 pada 4:05 PTG
Assalam bro...saya pengguna exora cps tahun 2012...masalah saya...bila saya start enjin...enjin bunyi senyap...tp bila lambang temperature enjin y warna biru tu hi-ang...means enjin da panas...terus ada bunyi knocking...masalah tappet ke tu?
22 Ogos 2016 pada 4:06 PTG
Assalam bro...saya pengguna exora cps tahun 2012...masalah saya...bila saya start enjin...enjin bunyi senyap...tp bila lambang temperature enjin y warna biru tu hi-ang...means enjin da panas...terus ada bunyi knocking...masalah tappet ke tu?
2 November 2016 pada 10:02 PTG
Salam...naza citra saya pernah buat top overhual,lepas 2 tahun tappat kuat bunyi dan saya tanya formen kosnya agak mahal so saya bercadang nak buat sendiri so klu tukar semua injap dan sim perlu kah saya hantar untuk buat engenering injap bru tu....sebelum ni fomen asal dah buat semua tu so saya ambil keputusan nak tukar semua bru dan saya buat sendiri...bri komen terima kasih..
26 November 2016 pada 1:21 PTG
Salam tuan, kereta saya ada masalah bunyi ketukan pada enjin. Kereta jenis mitsubishi lancer gt 2.0. Kena di terengganu..saya asal klumpur. Boleh ke saya bawak balik klumpur dalam keadaan enjin berbunyi camtu??
16 Januari 2017 pada 3:19 PTG
Sya dah adjust tappet..mungkin setting tak betul sebab kereta kurang pickup dan kuat makan minyak..betul ke boss
3 Mei 2017 pada 11:21 PTG
Kelisa x pki tepet.. kelisa pakai shim... shim keras tu yg bunyi... x nk bunyi.. tuka shim..
18 Oktober 2017 pada 10:35 PTG
salam tuan..kereta kenari sya bila stat enjine ada bunyi ketukan mcm berlaga kat twin cam.ada kh mslh twin cam tu atau perlu di ganti?
18 Oktober 2017 pada 11:22 PTG
Assalamualaikum...kete proton perdana sei baru buat top overhaul...slps buat enjin bunyi bising...masalah apa dan apa perlu saya buat ?
3 November 2017 pada 7:35 PTG
Assalamualaikum,sy nak tnye,sy pakai waja CamPro,bila sy start,ada bunyi kasar pada enjin,lepas dah start ok,dalam masa 10 ke 15 minit sy start,ada bunyi ketukan di tappet,bila jln x ada bunyi,klau sy benti kerata dalam keadaan mencondong kehadpn tappet akan berbunyi.cuba bgi tips ape yg rosak,minyak hitam ok,bru tukar,tpi atas head minyk hitam nmpak berbuih
17 November 2017 pada 5:06 PTG
Salam... Sya nak tanye... Sya pakai persona... Bru2 ni saya bru tukar liftervalve tpi masih berbunyi juga sbb yg sebelum ni liftervalve saya bunyi teruk... Macam mana cara nak menyelesaikan masalah ni ye? Mohon pencerahan tuan...
1 Januari 2018 pada 7:05 PTG
Salam sejahtera, boleh sy tahu.. kereta sy bila jln mendatar waktu nk memotong akan bunyi knocking pd RPM rendah... Adakah itu masalah knocking *utk makluman sy pakai injin campro iafm*... Ada cara kah utk hilangkan bunyi knocking tu?... Terima Kasih.
14 Februari 2018 pada 6:36 PG
Kereta Gen2 aku pun sama, lepas buat top overhaul engine bunyi mcm nak pecah, bila tanya pomen balik dia kata minyak itam tak naik. pening pala otak dibuatnya.
24 April 2018 pada 10:38 PTG
masih wujud ke page ini?
24 April 2018 pada 10:39 PTG
sya penguna myvi dn selepas buat top overhaul shim bunyi bising, apakah punca dn apakah yg harus pomen buat utk senyapkan balik bunyi shim myvi?
24 April 2018 pada 10:40 PTG
sya penguna myvi dn selepas buat top overhaul shim bunyi bising, apakah punca dn apakah yg harus pomen buat utk senyapkan balik bunyi shim myvi?
24 April 2018 pada 10:40 PTG
masih wujud ke page ini?
4 Februari 2019 pada 3:05 PTG
Apa masalah ye kalau bunyi enjin lambat turun ketika padel minyak dilepaskan..kereta sy jenis kancil.tolong dlu org susa
20 Februari 2019 pada 2:59 PG
Tu masalah radiator tersumbat.. tukar radiator bro...pasti timing cun
21 Februari 2019 pada 6:45 PG
Denyhern
Rpm jadi tinggi lambat utk turun ke idle rpm 700~900,selalu nya ade masalah pada carburator.minta makenik service.
24 Februari 2019 pada 7:28 PG
Brapa mm nk adjust teppet savvy yg sebtulnye
29 Mei 2019 pada 1:44 PTG
Salam.enjin kereta saya ada bunyi macam ketukan besi tu bila on aircond. Kalau off aircond x bunyi. Adakah itu bunyi tappet? Kereta honda city model 2010.
12 Julai 2019 pada 8:49 PG
Salam.kereta saya wira se 2005.minggu lepas dah buat top overhaul dan tukar piston ring..sebelum tukar injin dalam keadaan senyap tapi buat overhaul sebab makan minyak dan ada kebocoran kat gasket.lepas overhaul ,mekanik adjust valve.untuk injin standard..skrng ni dah pickup dan tak makan minyak tapi injin bising berdengung..apakah sebab adjust valve...abdjust size 10/15...
12 Julai 2019 pada 1:01 PTG
salam...brapa rm untuk top overhaul proton exora cps..,?
8 Ogos 2019 pada 1:38 PTG
kereta baru skrg kebanyakan dh pakai lifter valve, shim . xda lagi rocker mcm kereta lama dlu, hanya enjin honda i-vtec lagi ya yg pakai rocker arm sbb proses mekanisma vtec utk menyelaraskan valve nya, low cam shaft & high cam shaft . vtec on 😄😄
15 Ogos 2019 pada 7:48 PG
Askum.. Saya baru2 ni saya overhaul kereta viva saya..pomen menterbalikan head.. Lalu shim semua jatuh.. Dlm shim yg ada nmbr 48 dan sbgnya itu apa dia? Ketinggian ker? Adakah disbbkan itu jgk kereta xboleh hidup??
7 September 2019 pada 3:11 PTG
Asslm.. Nak tnya knpa kereta kenari sy berbunyi kuat seperti benda berketuk ketuk semasa enjin tengah sejuk.. Bila sdh panas bunyi kuat tu akan hilang..
7 Februari 2020 pada 9:47 PTG
Salam saudara. Gen2 sy dulu pun bunyi teppet kuat, hantar pusat servis tukar teppet pun xmenjadi. Rupe2nya bkan masalah pd teppet tp paip sedut myk dlm oilsum xrapat/ ade gap jd myk yg naik xcukup lg2 bile time tekan trotle sampai rapat ke lantai mcm nk mltup enjin. Solution, letak whitetape keliling paip kt dlm oilsum make sure paip x goyang/ade gap.
7 Februari 2020 pada 9:53 PTG
Cube check paip dalm oilsum maybe ade gap/xrapat sbb tu myk yg naik xcukup. Teppet pun bnyi lg2 time tkan myk, makin kuat. Kos pun murah xperlu topoverhaul. Dari pngalmn handle gen2 sy.
21 Jun 2020 pada 10:16 PTG
Ya sama mcm kenari saya masalah tu. Masa mula enjin hidup tak bunyi. Lepas 10 saat bunyi ketukan kuat. Bila dh jalan nanti hilang bunyinya. Sesiapa boleh bantu
8 Julai 2020 pada 11:42 PG
Boss kalau Shim Proton Preve MCM mana plak??
8 Julai 2020 pada 11:42 PG
Boss kalau Shim Proton Preve MCM mana plak??
1 September 2020 pada 8:04 PTG
Bunyi tappet ada kah enjin ala2 sperti 3 selinder?
26 Oktober 2020 pada 12:27 PTG
Sekiranya Shim tepet berbunyi dan tukar semua tepet dan tak bunyi enjin avanza
27 Oktober 2020 pada 1:12 PTG
Assalamualaikum bang..kalo bunyi tappet atau rocker arm..tidak diperbaiki akan effect pada enjin kew?cntohnye valve kew piston atau head?mohon penjelasan
4 Julai 2021 pada 8:40 PTG
This is a unique place for fashionable women's clothing and accessories.
We offer our clients women's clothing, jewelry, cosmetics and health products, shoes, bags and much more.
https://fas.st/Ujfha
13 Januari 2022 pada 2:43 PTG
Salam...macam kereta saya baru siap top overhaul di bengkel...semalam baru ambil kereta...bunyi lifter...tadi pagi saya bawa semula kereta ke bengkel...pomen cakap itu biasa...lama-lama nanti hilang bunyi tu...normal kah?
21 Mei 2022 pada 12:37 PTG
Iswara kna overhaul jugak ke klo nk ejas
Catat Ulasan