Salam blogger ...
Apa khabar semua......lama juga rasanya saya tak jenguk bengkel ni atas sebab kesibukkan dan sudah tentu juga postnya lama juga tak diupdatekan....Jadi malam ni saya cuba curi sedikit masa untuk postkan entry ni semuga pembaca semua tidak melihat entry yang sama sahaja setiap kali berkunjung disini terutama sekali pembaca setia dari Kuala Lumpur wilayah persekutuan yang sering aku perhatikan menjadi pembaca setia blog ini.Terima kasih saya ucapkan semuga kandungan blog ini dapat memberi manfaat kepada anda.Begitu juga pada pembaca pembaca yang lain yang sudi bertandang disini.Terima kasih sekali lagi.
 |
| bila perlu |
Malam ni saya akan bincangkan bab mengenai bagaimana cara untuk mengenal pasti bila masa yang sepatutnya proses adjustment tappet perlu dilakukan.Biasanya bila clearence tappet dalam keadaan baik,enjin akan berada dalam keadaan senyap.Tetapi sekiranya clearence tappet bermasalah ia akan menghasilkan bunyi yang kurang menyenangkan seperti bunyi ketukan besi yang boleh kita dengar walaupun dari dalam kereta.Ia akan menghasilkan bunyi yang lebih kuat terutama sewaktu kita menekan minyak bertujuan untuk memotong kenderaan lain atau sewaktu kenderaan dalam keadaan mendaki bukit dengan muatan yang berlebihan.
 |
Overload
|
Kita tentu tidak selesa bila mendengar bunyi enjin kenderaan kita seperti enjin pecah,jadi untuk mengatasinya kenalah kita hantar kebengkel untuk dibuat pembaikkan.Tentu memerlukan kos untuk membaikinya.Namun bagi cylinderhead yang sistem tappetnya menggunakan rocker arm ,seperti gambarajah dibawah ,ia tidak perlu melakukan proses top overhoul untuk proses adjustment tappet.Cukup sekadar membuka cover cylinderhead sahaja dan kos membaikinya tidaklah semahal mana jika dibandingkan dengan cylinderhead yang menggunakan sistem lifter valve.
 |
Rocker arm
|
 |
| Lifter Valve |
Untuk kenderaan yang menggunakan sistem lifter valve + sim ,cylinderhead terpaksa dibuat top overhoul memandangkan ia terpaksa diadjust melalui valve seat atau menukar valve yang baru ,tidak melalui lifter dan kosnya pun agak mahal.Bayangkan hanya untuk membuat adjustment tappet sahaja,valve dan valve seat terpaksa dipotong pada bahagian angel untuk menurunkan kedudukan valve agar menjadi rendah sedikit.Bila valve rendah,hujung valve akan menolak semula lifter keatas.Hihihi....saya rasa anda pening nak bayangkan.Ok...kalau masih ada yang kurang faham tinggalkan komen anda dan saya akan terangkan dengan lebih terperinci lagi dimasa akan datang.
 |
| Hydraulic lifter |
Bagi kenderaan yang menggunakan liftervalve dari jenis hydraulic ,seperti enjin campro ,contohnya Gen2,Pesona,saga ,exora dan lain lain keluaran terkini ,ia memerlukan masa yang agak lama untuk mengalami masalah tappet kerana kandungan minyak yang terkandung didalamnya akan ditambah dan diadjust secara outomatic apabila clearence antara liftervalve dengan camshaft semakin besar.Akan tetapi sekiranya ia menghadapi masalah tappet ,ia juga terpaksa menjalani proses top overhoul juga dan kosnya juga agak mahal jika dibandingkan dengan kenderaan lain yang menggunakan sistem rocker arm.Tapi sekiranya anda boleh melakukan proses baik pulih sendiri adalah lebih baik kerana sudah tentu ia akan lebih menjimatkan kos.Jumpa lagi .